SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' ...

Read more »

KUALA BESUT - Dipatuk spesies ular tidak berbisa telah menyebabkan seorang wanita dari Kampung Beris Lampu, di sini, diserang sakit jantung sehingga tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Ra ...

Read more »

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu. Mohamad, yang lebih ...

Read more »

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Dalam hubungan perkahwinan, istilah ‘gila talak’ biasanya merujuk kepada satu pasangan suami isteri yang telah pun berpisah tetapi salah satu pihak sentiasa menganggap bekas ...

Read more »

KOTA BHARU – Malang berganda buat seorang peragut yang bukan sahaja kempunan melarikan beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Jalan Hamzah, di sini, semalam malah dicekup dan dibelasah pula o ...

Read more »

“Tiada kredibiliti”, itulah yang saya dapat rumuskan setelah membaca sebuah artikel yang dikatakan sebagai mewakili lidah rasmi PAS Terengganu menerusi artikelnya yang gigih menghentam kepimpinan ...

Read more »

Kuala Nerus : Menteri Besar Terengganu Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman amat terkejut dengan 3 keping gambar yang telah diviralkan dalam media social seperti facebook, whatsapps serta telegra ...

Read more »

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam memberi bantuan dan menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ketua ...

Read more »
BERITA TERKINI

FAMA Sasar Hasil Jualan Di Pasar Tani RM35 Juta

Written By Unknown on Sunday, 8 November 2015 | 03:08


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menyasarkan kira-kira RM35 juta hasil jualan di 27 pasar tani seluruh Terengganu sepanjang tahun ini.

Pengarah FAMA Negeri, Hasan Jusoh berkata, FAMA yakin sasaran itu mampu dicapai, kerana perolehan jualan sehingga Oktober lalu sudah melebihi RM33 juta.

Katanya, jumlah itu pastinya berbeza jika dibandingkan dengan perolehan jualan yang dicatat pada tahun lalu iaitu hanya kira-kira RM32 juta.

“Peningkatan jualan hasil pembukaan pasar tani baharu, penganjuran pelbagai aktiviti dan selain kesedaran orang ramai yang mahu mendapatkan barang keperluan murah dan segar,”katanya kepada Teganukita.my.

Mengulas lanjut mengenai Pasar Tani Tepoh, Hasan mengakui pasar tani yang beroperasi April lalu kurang mendapat sambutan.

Katanya, menyedari situasi itu, FAMA dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Tepoh mengambil inisiatif mengadakan pelbagai aktiviti termasuk cabutan bertuah, pertandingan mengubah bunga hidup dan tata hias makanan.

“Pelaksanaan program setiap pagi Sabtu itu dimulakan lebih sebulan lalu dan kesannya cukup membanggakan kerana yang hasil jualan yang diperolehi peniaga semakin meningkat setiap minggu,”katanya.

PKR Umpama Kambing Hitam, Budak Suruhan Dap Untuk Lari Debat


JELUTONG, 5 Nov – Keputusan Dap untuk memilih ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dari PKR untuk menggantikan Tony Pua dalam program debat bersama Arul Kanda, memperlihatkan  seolah-olah PKR bagaikan budak suruhan Dap dan bersedia menanggung risiko menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan sekiranya debat tersebut tidak memihak kepada mereka, demikian menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Noordin.

Menurut beliau, umum mengetahui bahawa Dap dalam keadaan kelam kabut berhubung isu debat ini apabila cabaran debat pengerusi publisiti Dap Selangor, Tony Pua disambut serta merta oleh CEO 1MDB, Arul Kanda.

“Saya kira apabila Arul Kanda menyatakan persetujuannya untuk berdebat dengan Tony Pua,

mungkin Dap lihat debat ini berisiko dan boleh menjejaskan imej Dap sekiranya Tony Pua ArulKandaVsTonyPuagagal berhujah dengan fakta dalam debat tersebut.

“Saya juga yakin Dap tahu bahawa Tony Pua bukanlah lawan Arul Kanda dan disebabkan itu, maka mereka terpaksa  memilih orang lain untuk menggantikan Tony Pua dalam debat ini.

“Dalam isu debat ini saya lihat PKR nampaknya bersetuju untuk menjadi pak sanggup bagi menggantikan Tony Pua dengan pemilihan Rafizi Ramli sebagai galang ganti untuk berdebat dengan CEO 1MDB itu,”ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Katanya lagi, keputusan Dap ini juga seolah-olah satu persediaan awal untuk menyelamatkan imej parti mereka sekiranya debat tersebut akhirnya tidak memihak kepada mereka.

“Saya merasa musykil mengapa Dap memilih ahli PKR  untuk menggantikan Tony Pua.  Ya, kita tahu bahawa Rafizi  merupakan seorang pendebat sejak dari zaman persekolahan lagi, tetapi cabaran debat itu datangnya daripada Dap dan sepatutnya Dap menggantikan Tony Pua dengan ahli dari parti mereka sendiri dan bukannya dari parti yang lain.

“Tindakan Dap itu saya lihat ada dua kemungkinan yang pertamanya, Dap benar-benar ketandusan pemimpin yang mampu berhujah secara fakta dan yang keduanya ada kemungkinan juga ini merupakan muslihat Dap sebagai jalan selamat untuk menjaga imej parti mereka sekiranya debat itu tidak memihak kepada mereka.

“Sekiranya debat itu tidak memihak kepada pembangkang maka Dap tidak akan dipersalahkan kerana gagal berhujah,  sebaliknya PKRlah yang akan yang akan dijadikan kambing hitam untuk dipersalahkan,”jelasnya.– MediaUMNO

Pesanan akhir suami sebelum dijemput selamanya


KEMAMAN - Seorang jurutera yang baharu enam bulan berkahwin sempat mengemaskini status Instagram yang menyentuh hati sebelum maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) malam tadi.

Mangsa, Muhammad Faizol Mohammad, 26, terbunuh selepas Perodua Myvi dipandunya terbabas dan melanggar tembok kepala jambatan sebelum kenderaan itu terbalik.

Nahas berkenaan berlaku kira-kira jam 10.45 malam di Kilometer 252.1 di Jabor, dekat sini, ketika mangsa yang bekerja di syarikat minyak dan gas, Athlene Kerteh dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.

Beberapa minit sebelum kemalangan, mangsa mengemaskini statusnya ketika berada di Plaza Tol Jabor dan kata-kata terakhirnya seolah-olah menggambarkan mangsa dapat merasakan ajalnya sudah tiba.

"Demi cinta yang suci, ku rela korbankan kepentingan diri, demi sinar bahagia, ku dambakan diri padaNya Yang Esa...," itu antara catatan terakhir Allahyarham.

Lebih memilukan, Allahyarham turut berpesan kepada isterinya agar menjaga diri dan mendoakan isterinya agar sentiasa dilindungi ALLAH SWT.

"Jaga diri, ALLAH akan sentiasa bersamamu."

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Kemalangan terbaharu berkenaan menjadikan angka kematian di LPT2 terus meningkat.

Perkampungan Industri Nelayan Bernilai RM170 Juta Bakal Dibangunkan Tahun Depan

Written By Unknown on Saturday, 7 November 2015 | 20:30

Kerajaan negeri bakal membangunkan perkampungan industri nelayan di kawasan berkeluasan 8.8 hektar di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir, bermula tahun depan.

Pusat industri baharu yang menelan belanja kira-kira RM170 juta itu akan menjadi sumber ekonomi yang mampu memberi pendapatan tambahan dan membuka peluang pekerjaan kepada ramai rakyat tempatan terutama keluarga nelayan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembangunan industri yang melibatkan kilang memproses isi ikan sebagai pembekal utama kepada pengusaha keropok di seluruh Terengganu antara langkah meningkatkan tahap kebersihan berikutan pengusaha tidak lagi perlu memproses bahan mentah itu bagi menghasilkan keropok di premis jualan masing-masing.

“Untuk permulaan, Kerajaan Pusat sudah meluluskan RM10 juta bagi penyediaan rekabentuk dan kerja awal lain termasuk untuk kerja membina penghadang bagi membangunkan kilang pemprosesan isi ikan dan beberapa kemudahan nelayan yang lain.

“Perkara ini sudah saya kemukakan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan beliau bersetuju meluluskan peruntukan keseluruhan kira-kira RM170 juta untuk tujuan ini sebagaimana pembentangan bajet di Parlimen baru-baru ini. Bagaimapun pembangunan seterusnya kita akan laksanakan sebaik memperolehi bajet penuh berkenaan daripada Pusat ,”katanya selepas merasmikan program Himpunan Jemaah Wanita Islam Terengganu, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Seri Sharizat Abdul Jalil dan Ketua Wanita UMNO Terengganu, Datuk Fatimah Hamat.
Ahmad Razif berkata, kewujudan industri itu akan membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 500 penduduk setempat sekali gus merancakkan pembangunan sosio ekonomi di sekitar kawasan terbabit.

Tambahnya, kilang itu juga nanti mampu mengembalikan semula cara pembuatan keropok secara tradisional yang sudah lama ditinggalkan generasi kini, sesuai dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu cara lama dimensi baharu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut melantik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai konsultan projek yang akan menjalankan kajian dan penilaian keseluruhan pembangunan serta hal ehwal nelayan.

4 lelaki bawa dadah ditahan di LPT2


HULU TERENGGANU - Operasi Khas Trafik Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) hari ketiga semalam menyaksikan polis berjaya membongkar penemuan dipercayai daun ketum dan dadah jenis pil.

Ia terbongkar susulan penahanan sebuah Toyata Estima atas kesalahan memandu melebihi had laju.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ajil itu, polis mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki empat lelaki itu turut menggunakan nombor pendaftaran palsu dari Singapura.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hussin Deraman berkata, terdahulu pihaknya menahan kenderaan itu dalam sekatan di kawasan hentian rehat setelah kamera perangkap had laju mengesan MPV berkenaan dipandu melebihi had laju.

“Ekoran penahanan itu, hasil pemeriksaan awal mendapati kenderaan terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu. Pemeriksaan lanjut berjaya membawa pihak polis menemui barangan terlarang itu yang diletakkan dalam bonet.

“Selain menemui 10 bungkus plastik dipercayai daun ketum seberat 46 kilogram dan 911 biji pil disyaki dadah, pihak polis juga turut menemui tiga ekor ayam laga. Kesemua empat lelaki berusia 29 tahun hingga 45 tahun ditahan sebelum dibawa ke IPD Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

“Kenderaan dinaiki suspek dipercayai dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke selatan. Kesemua mereka kini ditahan di lokap IPD Hulu Terengganu sebelum mendapat perintah tahanan reman daripada mahkamah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambah Hussin, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan juga Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Untuk rekod, Operasi khas trafik dijalankan bermula 5 hingga 9 November ini dengan kekuatan pegawai dan anggota trafik kontinjen Terengganu serta dibantu pegawai serta anggota trafik dari Bukit Aman dengan jumlah keseluruhan kekuatan 27 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.

Kenapa bukan Amanah yang tanding?


KOTA BHARU - Pas yakin dapat mempertahankan lapan kerusi Dun Selangor miliknya walaupun bakal ditandingi DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebelum ini Pas telah berulang kali menyatakan tidak pernah berganjak daripada perjuangan mengekalkan kerusi milik parti itu termasuklah pada PRU14.

“Kami yakin, insya-ALLAH, Pas mampu kekalkan kerusi tersebut, yang penting semua sayap bergabung dan kuatkan saf untuk hadapi PRU14,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

[ ARTIKEL BERKAITAN: ‎Tanding lapan kerusi, taktik DAP pecah undi Pas ]

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu mengulas mengenai tindakan DAP yang bercadang bertanding di lapan kerusi Pas di Dun Selangor pada PRU14.

Mengenai kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad didakwa sebagai berkata, tindakan DAP untuk bertanding kerusi tersebut bukanlah disebabkan kurang yakin dengan Amanah, namun disebabkan hilang keyakinan kepada Pas, kata Mohd Amar :

"Jika benar hilang keyakinan terhadap Pas, maka DAP sepatutnya membuat keputusan sebaliknya dan bekerjasama dengan rakan komponennya dalam Pakatan Harapan itu.

“Kalau hilang keyakinan, dia (DAP) patut bagi laluan kepada Amanah".

Ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor, beliau hanya menjawab ringkas, perkara tersebut perlu dirujuk terus dengan Abdul Hadi
Previous 12345678910 Next

Berita Kemalangan Dan Bencana

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger