BERITA TERKINI
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Peniaga di tangkap kerana jual bangkai ayam

Written By Unknown on Tuesday, 14 July 2015 | 16:22


Semarang, Indonesia: Polis bandar ini menahan seorang penjual ayam kelmarin kerana menjual bangkai ayam.
Penjual ayam itu ditangkap di sebuah pasar di bandar ini selepas polis membuat intipan terhadap premis berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Ketua polis Semarang, Burhanudin berkata, pihaknya membuat intipan selepas beberapa pengguna membuat laporan, ayam yang dibeli dari penjual itu sudah busuk.
Katanya, ketika disoal siasat penjual berkenaan mengaku mengambil ayam yang sudah mati dari pengedar sebelum dijual sebagai daging segar.
“Peniaga ini mengambil ayam yang mati ketika dihantar ke kilang memproses ayam secara percuma.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64386#sthash.ocFRtgjd.dpuf

Pesawat Hercules tentera Indonesia terhempas di Medan, 20 disahkan maut

Written By Unknown on Tuesday, 30 June 2015 | 01:27


MEDAN: Sejumlah 20 orang telah disahkan terkorban dalam nahas pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang jatuh terhempas di perkampungan di Simalingkar, Medan, Sumatera Utara pada Selasa.

Terdahulu, Ketua Polis Medan Mardiaz Dwihananto menegsahkan tentang penemuan beberapa mayat yang dikeluarkan dari bangkai pesawat dan dari bawah runtuhan bangunan di kawasan nahas.



Lokasi pesawat itu jatuh terhempas tidak jauh daripada Pangkalan Udara Soewondo atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Polonia Medan, lapor portal berita negara itu.

Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan udara berkenaan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.

“Pesawat berkenaan digunakan dalam urusan logistik TNI. Belum dipastikan berapakah jumlah mangsa. Selain juruterbang, pesawat itu turut membawa kru lain,” kata jurucakap tentera Fuad Basya.

Setakat ini  gambar mengenai kemalangan itu banyak disebarkan ke media sosial, termasuk yang menunjukkan fiuslaj pesawat yang masih terbakar dan menyelubungi kawasan sekitar dengan asap hitam. Beberapa bangunan di kawasan nahas juga musnah.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/pesawat-hercules-tentera-indonesia-terhempas-di-medan-20-disahkan-maut-64284?cp

Video Terkini Serang balai polis dengan van perisai, bom

Written By Unknown on Saturday, 13 June 2015 | 04:28


TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah balai polis di Dallas diserang dan ditembak bertalu-talu dari sebuah van yang dilengkapi perisai, sebentar tadi.

Menurut laporan BBC, kenderaan tersebut kini dikepung di sebuah kawasan parkir selepas dikejar berpuluh-puluh kereta polis.

Sebuah beg mengandungi bahan letupan, termasuk bom paip juga ditemui di luar balai polis tersebut.

Motif serangan belum dikenalpasti.

Bapa rakam aksi seks anak sendiri

Written By Unknown on Monday, 9 March 2015 | 01:48


UNITED KINGDOM- Ayah seorang remaja lelaki dihukum penjara selama empat tahun kerana perbuatan meluat yang memasang kamera pengintip atas katil anak sendiri  untuk melihat aksi anaknya mengadakan hubungan seks dengan teman wanita.
Menurut mahkamah, lelaki berusia 53 tahun yang sudah berkahwin itu didapati sering mendengar bunyi dari bilik tidur pasangan itu dan berasa ingin tahu akan eksploitasi seksual mereka.
Oleh itu, dia pun memasang kamera pengintip di loteng atas katil mereka dan kemudian merakamkan aktiviti seksual pasangan tersebut.
Tambahan lagi, lelaki miang itu telah menghubungkan susulan video tersebut pada televisyen di dapur supaya dia boleh menontoninya ketika memasak.
Tetapi malang bagi lelaki tua tersebut kerana anak perempuannya pula ternampak akan filem rakaman bapanya itu secara tidak tersenjaga semasa dia menukar saluran televisyen di dapur mereka.
Anak muda itu kemudian memberitahu kepada teman wanita abangnya itu dan mereka berdua dengan segera memeriksa bilik abang dimana mereka telah mengesan kamera tersembunyi disitu.
Apa yang lagi memeranjatkan adalah apabila mereka menemui ‘screenshot telanjang’ teman wanita tersebut daripada video rakaman yang dibuat oleh bapa teman lelakinya itu.
Lelaki itu yang tidak dapat dinamakan bagi melindungi identiti anak-anaknya, menundukkan kepalanya kerana rasa malu dihadapan hakim dimahkamah.
Dia dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun oleh hakim atas jenayah mengkhianati keluarga sendiri.
Selain itu, lelaki tersebut juga dilaporkan telah berkelakuan tidak senonoh dengan menyentuh dan meraba anggota badan anak perempuannya yang berusia 12 tahun itu.
Wanita muda itu kemudian telah memberanikan diri untuk memberitahu kepada ibunya tentang kejadian yang berlaku ke atasnya selepas peristiwa kamera tersembuyi ayahnya itu terbongkar.

Kucing disahkan mati ‘pulang’ ke rumah

Written By Unknown on Wednesday, 28 January 2015 | 16:28


FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT.  Seekor kucing yang telah selamat dikebumikan lebih seminggu lagu mengejutkan pemiliknya selepas ia ‘pulang’ ke rumah pemiliknya di Tampa, Florida.

Bart, sebelum ini dijumpai dengan berlumuran darah selepas dilanggar sebuah kereta telah disahkan meninggal dunia oleh doktor haiwan di klinik haiwan berdekatan.

Menurut pemilik kucing berkenaan, Ellis Hutson, Bart ditemui di luar rumahnya dengan kesan luka di bahagian muka, kepala, patah rahang dan mata kirinya rosak.

"Saya tidak pasti bagaimana kucing ini 'melepaskan' diri, tetapi saya yakin kucing itu telah berusaha keluar untuk mendapatkan makanan," katanya dipetik Mail Online.

Laporan itu juga dipetik sebagai berkata, mata Bart kini tidak lagi akan berfungsi walaupun telah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, semangat juang Bart untuk terus hidup amat menyentuh perasaan.

Sementara itu, petugas di Pusat Komuniti Kemanusiaan Tampa Bay, di mana Bart sedang dirawat percaya, haiwan itu cuba menggali sendiri untuk keluar dari ‘kuburnya’ dan merangkak perlahan-lahan sebelum pulang ke rumah pemiliknya

Jurutera Malaysia mengaku adakan seks dengan 31 kanak-kanak lelaki

Written By Unknown on Sunday, 18 January 2015 | 16:25


SINGAPURA - Seorang jurutera berusia 31 tahun dari Malaysia mengaku mencabuli 31 mangsa berusia antara 11 dan 15 tahun dalam tempoh tiga tahun. Kes ini dianggap jenayah seks paling teruk terhadap kanak-kanak lelaki.
Yap Weng Wah berkawan dengan kanak-kanak lelaki berkenaan di Facebook menggunakan identiti yang berbeza dan mula berbual-bual dengan mereka di laman sosial itu sebelum memujuk mereka untuk berjumpa dengannya.
Antara November 2009 dan Jun 2012, dia memujuk 30 kanak-kanak lelaki untuk mengadakan hubungan seks dengannya di beberapa lokasi seperti rumah pangsa sewaannya, tandas awam di pusat beli-belah, kompleks renang, bilik hotel dan taman awam. Yap juga merakamkan perbuatan itu di telefon bimbitnya.
Dia kemudian menyimpan rakaman tersebut di dalam komputer ribanya dengan teliti seperti meletakkan dalam ruang khas yang merekodkan nama, umur dan tahun dia mengenali kanak-kanak itu.
Selepas mengadakan hubungan seks kali pertama dengan Yap, sebahagian daripada mangsa terus berjumpa dengannya dan melibatkan diri dengan perbuatan tidak bermoral itu.
Ia berterusan sama ada mereka sememangnya selesa berkawan dengan Yap mahupun kerana bimbang rakaman aksi mereka akan disebarkan. Bagi seorang lagi mangsa, Yap meminta kanak-kanak berusia 12 tahun untuk menghantar video melakukan perbuatan lucah kepadanya. Pegawai polis yang menyerbu rumahnya selepas salah seorang mangsa membuat laporan menemui lebih 2,000 klip video dalam komputer ribanya.
Jumaat lalu, Yap mengaku bersalah di mahkamah terhadap 12 tuduhan kesalahan seksual. Yap bekerja di Singapura sejak 2009.
Peguamnya, Daniel Koh berkata anak guamnya itu mengaku pernah mengadakan hubungan seksual selama sembilan bulan bersama guru lelakinya ketika berusia 12 tahun, lapor The Straits Times.

Detik detik terakhir unit pemusnah bom terakam

Written By Unknown on Wednesday, 7 January 2015 | 20:40




BEBERAPA video yang menunjukkan detik-detik terakhir seorang pegawai unit pemusnah bom sebelum terkorban ketika mematikan bom tersebar laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pegawai berkenaan dilihat menghampiri sebuah beg yang diletakkan berhampiran sebuah stesen minyak, dimana orang ramai mengeluarkan telefon bimbit mereka dan merakam.

Pegawai berkenaan memegang sebuah alat yang kemudiannya meletup di tanganya.

Selepas melambung beberapa kaki, pegawai tersebut tidak lagi bergerak dan orang ramai bergegas untuk membantu.

Menurut Daily Mail, kumpulan pengganas Ajnad Misr mengaku meletakkan bom tersebut yang menyasarkan balai polis berdekatan.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Cairo, Mesir.

Video berkenaan yang dimuatnaik pada 6 Januari itu juga dikongsi ke laman sosial Facebook dan laman mikro Twitter.

Dipukul, dipaksa menyusukan kekasih di khalayak ramai

Written By Unknown on Saturday, 3 January 2015 | 20:04


INDIA – Seorang wanita yang telah bersuami dan mempunyai dua anak telah dipukul serta dipaksa menyusukan kekasihnya di hadapan orang ramai sebagai balasan kerana berlaku curang. Wanita berusia 24 tahun itu menetap di sebuah kampung kecil, Wardha di Mudhya Predesh.
Selain itu, dia turut dicukur kepala sebagai hukuman untuk memalukannya.Menurut polis, wanita itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki berusia 20-an dikenali sebagai Kamlesh.
Pasangan itu kemudiannya telah melarikan diri.Namun suami wanita itu berjaya mengesan mereka dan dia membawa pasangan kekasih itu kepada ketua kampung.
Meskipun suaminya tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan, namun penduduk di situ tetap mahukan hukuman itu dilaksanakan.Pasangan kekasih itu kemudiannya membuat laporan polis dan beberapa orang telah ditahan susulan kejadian berkenaan.

Jam RM79j berpuaka

Written By Unknown on Tuesday, 18 November 2014 | 05:54


London: Jam tangan eksklusif ini terkenal sebagai yang paling mahal di dunia, tetapi dikatakan membawa nasib malang kepada pemiliknya.
Sheikh Saud bin Mohammed Al-Thani pemilik jam paling mahal bernilai ร‚£15 juta (RM79 juta), meninggal dunia secara mengejut di kediamannya minggu lalu.
Bilionair berusia 48 tahun itu yang terkenal sebagai pengumpul hasil seni terbesar di dunia, ingin menjual jam itu dan bersedia untuk melelongnya.
Namun, dia meninggal dunia akibat serangan jantung dua hari sebelum jam itu dilelong.
Jam tangan yang dihasilkan oleh Patek Phillipe pada 1933 sering dikatakan membawa malang kepada pemiliknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9792#sthash.z0Lza027.dpuf

G20: Amerika Syarikat, Australia, Jepun bidas Rusia dalam isu MH17

Written By Unknown on Saturday, 15 November 2014 | 21:47


BRISBANE: Amerika Syarikat, Australia dan Jepun membidas Rusia serta menggesanya agar menghentikan campur tangan dalam isu Ukraine.

Ketiga-tiga negara itu juga turut menuntut keadilan terhadap mangsa tragedi pesawat MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia.

Pemimpin ketiga-tiga negara itu berkata mereka bersatu di dalam "menentang penaklukan Crimea dan tindakan yang menjejaskan kestabilan timur Ukraine.

Mereka juga menuntut dalang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada MH17 dibawa ke muka pengadilan.

Seruan itu dibuat di dalam satu kenyataan selepas perbincangan tiga penjuru antara Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Perdana Menteri Australia, Tony Abbott; dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ketika sidang kemuncak G20 di Australia.

Sidang kemuncak itu dihujani pertikaian antara pemimpin Barat termasuk Obama dan Abbott dengan Presiden Rusia Vladimir Putin berhubung isu Ukraine dan tragedi MH17 pada Julai.

Pihak Barat mendakwa pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan oleh Rusia.

Pihak Moscow bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Ekoran pertelingkahan itu, Putin dilapor merancang untuk meninggalkan sidang kemuncak G20 lebih awal pada Ahad, namun dinafikan Kremlin.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/g20-amerika-syarikat-australia-jepun-bidas-rusia-dalam-isu-mh17-48493?cp

Wanita bunuh diri terjun dalam kolam sarat dengan buaya

Written By Unknown on Tuesday, 16 September 2014 | 16:46


BANGKOK: Seorang wanita bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kolam yang sarat dengan buaya di sebuah taman haiwan tarikan ramai pelancong di pinggir ibu kota Bangkok, lapor AFP.

Menurut polis, kejadian berlaku hanya seketika selepas taman itu dibuka. Selain menjadi ladang ternakan  buaya, taman terbabit juga menempatkan zoo dimana pengunjung dibenarkan untuk bergerak bebas dan memberi makan haiwan.

Menurut polis kejadian berlaku Jumaat lalu di Taman Haiwan Samut Prakan dimana wanita terbabit dikatakan terjun dari satu ruang rehat yang mempunyai laluan di bahagian tengah kolam terbabit yang sarat dengan ratusan ekor buaya dewasa.

Menurut saudara wanita terbabit, dia sedang mengalami tekanan dan kemurungan.

Kawalan keselamatan di taman  tarikan pelancong itu sememangya longgar dimana adakalanya pagar pemisah hanya berketinggian beberapa kaki bagi membolehkan pengunjung memberi makan haiwan.
--awani


Suami tuntut cerai gara-gara sikap melampau isteri

Written By Unknown on Saturday, 6 September 2014 | 22:40


Seorang suami terpaksa merayu kepada hakim supaya meluluskan permohonannya untuk bercerai dengan isteri gara-gara tidak terdaya memuaskan kehendak batin wanita terbabit.
Lelaki itu memberitahu mahkamah di Mumbai isterinya sering ‘membulinya’ untuk mengadakan hubungan seks secara berterusan sejak mereka berkahwin pada April 2012.
Menurut laporan media semalam, lelaki berkenaan mendakwa isterinya turut memaksa dia melakukan pelbagai cara untuk memuaskan dirinya, termasuk aksi luar tabii.
“Apabila saya cuba menolak permintaan melampau berkenaan, dia mula mendera sehingga akhirnya saya terpaksa akur permintaan itu,” kata lelaki terbabit.
Dalam keterangannya, lelaki terbabit mendakwa sikap melampau isterinya kian menjadi-jadi sejak dia mengalah. Pada ketika tertentu, kata lelaki itu, isterinya membeli ubat tenaga batin dan memaksanya mengambil bahan berkenaan.
“Dia juga memaksa saya meminum arak untuk menambah nafsu,” katanya.

Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia mengalami tekanan kerana suasana di rumah tidak sedikit pun membantunya selepas kepenatan bekerja.  Katanya, dia bekerja secara syif.
Untuk menguatkan tuntutannya, lelaki terbabit mendedahkan pada 2012 dia mengalami masalah kesihatan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.  Isterinya pula enggan menemani, sebaliknya pulang ke rumah kakaknya.
Dua minggu kemudian apabila si suami pulih sedikit, isterinya pulang dengan kemahuan sama dan enggan mengambil kira keadaan kesihatannya.
“Kini saya uzur terus dan tidak boleh berehat,” katanya ketika ditemui.  Kesabaran lelaki itu berakhir ekoran insiden pada Oktober tahun lalu.
Selepas menjalani pembedahan membuang apendiks nasibnya tidak berubah dan terpaksa berdepan dengan tuntutan melampau si isteri, lapor Agensi.

Gadis kahwin anjing untuk buang sial

Written By Unknown on Wednesday, 3 September 2014 | 23:44


Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya.
Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya memberitahu ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa kemusnahan kepada keluarga dan penduduk di situ.
“Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin dengan lelaki buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan diturunkan kepada haiwan berkenaan.

“Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” katanya. Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.
“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan sumpahan terhadap anak saya,” katanya. Percaya atau tidak ini bukan kali pertama perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung berkenaan.
“Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan seperti itu,” kata Sri.
Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang yang banyak untuk majlis berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada Sheru, sama seperti mana-mana pengantin lelaki.
Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh berkahwin kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu.
“Saya diberitahu ramai gadis melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia selepas itu. Jadi saya juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya. Dia kini perlu menjaga haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang, lapor Agensi.

Mahkamah arah ukur kemaluan pesalah

Written By Unknown on Monday, 25 August 2014 | 22:26


Leer (Jerman) – Seorang lelaki yang dituduh menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis belasan tahun memberitahu mahkamah, kemaluannya itu terlaku kecil untuk membolehkan seseorang melihatnya.
Lelaki berusia 54 tahun yang hanya dikenali sebagai Herbert O didakwa mempamerkan kemaluannya kepada gadis itu ketika dia menghantar bungkusan kepada mangsa, Ogos tahun lalu. Gadis itu bersama ibunya membuat laporan polis terhadap Herbert yang berasal dari Leer, Jerman.

Herbet, dalam perbicaraannya semalam memberitahu mahkamah, kemaluannya terlalu kecil untuk dilihat gadis itu, malah turut meminta isterinya memberi kenyataan di mahkamah.
“Maaf sayang, kemaluan awak terlalu pendek untuk terjuntai dari seluar,” kata isterinya kepada mahkamah di Leer.Peguam bela, Lutz Winkler meminta hakim Ulrike Andrees mengukur organ sulit tertuduh bagi mengesahkan dakwaan itu.
Andress bagaimanapun menolak, sebaliknya mengarahkan pejabat koroner di Oldenburg mengukurnya.
“Saya akur jika si isteri sendiri mendedahkan perkara itu,” kata Andrees.
Winkler mahu memastikan anak guamnya bebas daripada tuduhan itu dan menolak hukuman denda untuk menyelesaikan kes berkenaan, Mahkamah mungkin perlu menanti beberapa bulan untuk mencapai keputusan.
“Ini kes pertama seumpamanya di mahkamah,” kata pegawai mahkamah Norbert Bruns, lapor Agensi.

Terkini - Gambar Gambar Pesawat Iranian airliner Terhempas 40 maut

Written By Unknown on Sunday, 10 August 2014 | 00:10


TEHRAN - Sebuah pesawat awam terhempas ketika berlepas berhampiran lapangan terbang Mehrabad Tehran hari ini, agensi berita Iran berkata, televisyen negara melaporkan bahawa lebih daripada 40 orang terbunuh.

More than 40 people, including several children, died when a small passengers plane crashed near the Iranian capital Tehran, state media report.

The aircraft went down in a residential area close to Mehrabad airport, in the west of the city, on Sunday morning, state media said.

The plane was reportedly heading to the eastern city of Tabas.

Iran has suffered a series of plane crashes, blamed on its ageing aircraft and poor maintenance record.

Iran is still flying planes bought before the Islamic Revolution in 1979.

International trade sanctions were imposed after the hostage crisis which followed, during which 52 Americans were held hostage in Tehran for 444 days.

Many Iranian planes are fitted with unofficial spare parts.

There have been more than 200 accidents involving Iranian planes in the past 25 years, leading to more than 2,000 deaths.


Initial reports indicate the latest incident involved an Iran-140 jet carrying 48 people, including 40 passengers and eight crew.

The plane was said to have crashed at 9:18 local time (4:48 GMT).

VIDEO: Pakcik ‘Hati Kering’ Bawa Roket Palsu Lawan Tentera Zionis

Written By Unknown on Friday, 8 August 2014 | 23:20


MEMANG hati kering sungguh pakcik ini.

Bayangkan dia sanggup berjalan di tengah-tengah kawasan pertempuran untuk berdepan dengan tentera Zionis dengan hanya memegang roket palsu.

Tindakannya itu mendapat sorakan daripada warga Palestin yang turut berada di situ.

Pertempuran ini berlaku di Hebron petang semalam dan sekurang-kurangnya 40 orang cedera dalam kejadian itu.

Apa yang dapat kami simpulkan, semangat ini hanya boleh ditemui pada warga Palestin yang sudah cukup menderita dengan kekejaman Israel sehingga mati tidak lagi menjadi perkara yang menakutkan baginya. --Mynewshub

VIDEO: Hal Kecik Je … Habis Keling, Islam, Melayu Semua Keluar

Written By Unknown on Tuesday, 5 August 2014 | 23:48

Bila kemarahan dibiarkan menguasai akal fikiran berlakulah kejadian yang tidak sepatutnya.

Inilah yang dapat digambarkan dalam rakaman di bawah apabila makcik berbaju hitam terlalu bengang bila keretanya dilanggar dari belakang lalu dia bertindak keluar dari kereta, meluru kepada pemandu di belakang lantas menunjukkan jari tengah dan mula memaki hamun.

Kejadian dikatakan berlaku pada 1 Ogos lalu sekitar jam 5.45 petang di laluan menuju Kastam Singapura di Woodlands.


Sebenarnya kita faham sesiapa pun akan naik angin bila kereta dilanggar dari belakang namun silapnya makcik ini bila dia bertindak tidak sepatutnya untuk menyelesaikan masalah apatah lagi memaki hamun sampai tahap menghina kaum tertentu.

Tambah memburukkan keadaan bila gadis bertudung yang menaiki keretanya turut bertindak gangster dengan menendang kereta yang melanggar.



Dari sudut lain kami berpendapat sikap cool pemandu yang memuat naik rakaman ini sememangnya wajar dipuji namun dia juga sebenarnya ada kesilapan iaitu melanggar kereta wanita yang dihonnya tetapi selepas itu tidak berusaha untuk memadamkan kemarahan makcik tersebut dengan meminta maaf.

Tidak kira apa pun alasannya, dia tidak sepatutnya mengekori kereta hadapan terlalu hampir. - MYNEWSHUB.MY

Israel mula kecut perut!

Written By Unknown on Monday, 4 August 2014 | 17:23


SHAH ALAM - 'Serangan' bertali arus rakyat Malaysia terhadap laman rasmi Facebook Israel Defense Forces (IDF) menyebabkan ‘fanpage’ tersebut mengaku kalah.

Tindakan berani rakyat Malaysia menyebabkan ‘fanpage’ IDF menghalang akaun dari Malaysia untuk mengakses ke laman tersebut.

Menurut sumber Facebook Aman Palestin, IDF mula gusar dengan tindakan tersebut hinggakan terpaksa menyekat rakyat Malaysia daripada berbuat demikian.

“Ini satu kejayaan rakyat Malaysia yang telah menyerang akaun ini dengan penuh berani,” tulis laman Facebook NGO itu.

Memetik kenyataan itu lagi, kejayaan tersebut telah menyerlahkan sikap penakut Israel terhadap Malaysia.

“Siapakah di kalangan anda yang telah menyerang mereka? Penakut rupanya mereka dengan orang Malaysia.Tahniah Malaysia".

Penumpang pesawat bungkus diri dalam plastik


ISRAEL - Gambar seorang lelaki ultra ortodok Yahudi yang berbungkus dalam beg plastik menaiki kapal terbang menjadi perdebatan di Internet sejak seminggu lalu.
Gambar tersebut telah diambil oleh salah seorang penumpang dalam penerbangan El Al Israel dan menghantarnya ke sebuah portal Ateisme dengan keterangan gambar yang menyebut: “Seorang ortodok Yahudi membungkus dirinya dengan beg plastik kerana terbang dengan penumpang wanita.”
Menurut laporan Haaretz sebuah portal media negara itu, ultra ortodok Yahudi berpegang kuat kepada peraturan ketat pengasingan jantina di khalayak ramai.
Syarikat penerbangan El Al Israel telah melihat peningkatan dalam bilangan penumpang lelaki ultra ortodok ini untuk menukar tempat duduk mereka bagi mengelak duduk di sebelah penumpang wanita.

Laporan itu juga menyebut seorang wanita telah menyaman syarikat penerbangan itu kerana mendakwa dia terpaksa duduk di bahagian belakang pesawat kapal terbang selepas seorang lelaki ultra ortodok tidak mahu duduk di sebelahnya.
Walau bagaimanapun, perbuatan lelaki itu tiada kena mengena dengan terpaksa duduk di sebelah wanita berkenaan, sebaliknya seorang pengguna laman sosial dengan nama ‘thenewyorkgod’ menjelaskan beliau (lelaki ortodok Yahudi) adalah cohen, iaitu ‘keturunan imam suci’ di gereja.
“Golongan ini tidak dibenarkan untuk berjalan atau terbang di atas kawasan tanah perkuburan, yang akan menyebabkan mereka tidak suci lagi,” katanya.
Malah, sudah menjadi kebiasaan untuk lelaki suci (atau lebih dikenali sebagai Kohen atau Cohen) membungkus diri mereka dalam beg plastik ketika dalam perjalanan ke Israel.
Pada tahun 2001, El Al Airlines telah memutuskan tidak membenarkan ultra ortodok Yahudi berketurunan imam untuk menggunakan beg plastik ketika penerbangan itu melintas di atas tanah perkuburan Holon.
Syarikat penerbangan itu menjelaskan: “Bagi pertimbangan keselamatan dalam penerbangan, penumpang tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat dengan berlindung dalam beg plastik, lapor The Rakyat Post.

Gambar Jupe berpeluk sakan dengan anjing cetus kontroversi

Written By Unknown on Saturday, 2 August 2014 | 17:25


Kalau tidak mencetuskan sebarang isu kontroversi bermakna itu bukanlah pemilik nama Julia Perez atau lebih dikenali dengan Jupe. Selebriti tanah seberang ini memang tidak pernah takut atau berselindung dengan apa yang ingin dia lakukan.
Terbaru aksi mesranya bersama seekor anjing bernama Xena dilihat mengundang reaksi negatif daripada peminat dan juga pengikut di laman Instagram miliknya. Mana tidaknya, bukan sekadar gambar bersama anjing, malah dia dilihat memberikan aksi kurang menyenangkan setiap mata yang memandang apabila telah bergomol dengan anjing berkenaan tanpa batasan.
Beberapa foto ini telah menjadi bukti tindakan Jupe yang seolah-olah seperti sudah lupa tentang soal halal dan haram di dalam agama. Sudahlah membela anjing sebagai binatang peliharannya adalah haram (kecuali untuk buruan dan menjaga keselamatan), bergomol dengan anjing berkenaan juga apatah lagi.
Dan seperti yang dijangka foto-foto Jupe ini sememangnya menyakitkan mata yang memandang ini telah mengundang kemarahan peminat Muslim yang mengetahui bahawa dia adalah selebriti Muslim dan tindakannya itu seolah-olah seperti menghina agamanya sendiri.

Lebih-lebih lagi pada saat semua masyarakat Islam sedang menyambut kedatangan Syawal yang mulia ini, tidak kira di bumi mana sekalipun mereka berpijak.
Sekalipun dikritik, Jupe bagaimanapun tetap mempertahankan tindakannya dengan memberikan jawapan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar rasa kemanusiaan dan kasih sayang terhadap binatang, namun hukum-hukum agama telah diketepikan dengan sewenang-wenangnya.
Antara kapsyen foto di Instagram miliknya itu adalah “Cinta itu adalah tangung jawab .. #xenamybaby #forbiddenactress #doglover #loveanimal” dan “Anjing itu setia.. Manusia aja yg kadang berhianati #doglover #xenamybaby.
Selain itu dia turut membalas komen daripada peminat yang mempersoalkan tindakannya itu, antara yang dibalas Jupe “@salmayanti19 jangan tiru apa yg tidak bagus disaya… Maff tapi buat saya tidak ada di bumi ini yg tidak di sayang allah.. Xena anjing penjaga yg baik.. Setia dan pintar.. Saya tidak baik mbak jangan di tiru adegan ini… Ini adegan saya lagi menyayangi binatang nanty saya kasih adegan yg mbak suka.. saya akan berusaha buat kalian semua bahagia. Dengan porsi saya, Julia Perez Rule.”
Bagi pembaca yang tidak mengetahui asal usul pelakon yang dulu pernah bergaduh dengan Dewi Persik ini, Julia Perez adalah wanita yang dilahirkan sebagai seorang Muslim.
Julia Perez meminjam nama bekas suami pertamanya Damien Perez sebenarnya dilahirkan dengan nama Yuli Rachmawati dan berketurunan Sunda-Betawi. Dia kini berusia 34 tahun dilaporkan aktif menyanyi dan berlakon di Indonesia.
Jupe bermula sebagai model setelah mengenali Damien Perez (Yusuf Perez) yang kemudian menjadi suaminya dan sempat diambil untuk menjadi model bagi majalah FHM dan Maxim ketika di Perancis. Dek kerana ini juga, Jupe dicalonkan 100 perempuan terseksi versi majalah FHM dan Maxim di negara itu, lapor Murai.com
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger