BERITA TERKINI
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

20:30
Perkampungan Industri Nelayan Bernilai RM170 Juta Bakal Dibangunkan Tahun Depan
Written By Unknown on Saturday, 7 November 2015 | 20:30
Kerajaan negeri bakal membangunkan perkampungan industri nelayan di kawasan berkeluasan 8.8 hektar di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir, bermula tahun depan.
Pusat industri baharu yang menelan belanja kira-kira RM170 juta itu akan menjadi sumber ekonomi yang mampu memberi pendapatan tambahan dan membuka peluang pekerjaan kepada ramai rakyat tempatan terutama keluarga nelayan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembangunan industri yang melibatkan kilang memproses isi ikan sebagai pembekal utama kepada pengusaha keropok di seluruh Terengganu antara langkah meningkatkan tahap kebersihan berikutan pengusaha tidak lagi perlu memproses bahan mentah itu bagi menghasilkan keropok di premis jualan masing-masing.
“Untuk permulaan, Kerajaan Pusat sudah meluluskan RM10 juta bagi penyediaan rekabentuk dan kerja awal lain termasuk untuk kerja membina penghadang bagi membangunkan kilang pemprosesan isi ikan dan beberapa kemudahan nelayan yang lain.
“Perkara ini sudah saya kemukakan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan beliau bersetuju meluluskan peruntukan keseluruhan kira-kira RM170 juta untuk tujuan ini sebagaimana pembentangan bajet di Parlimen baru-baru ini. Bagaimapun pembangunan seterusnya kita akan laksanakan sebaik memperolehi bajet penuh berkenaan daripada Pusat ,”katanya selepas merasmikan program Himpunan Jemaah Wanita Islam Terengganu, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Seri Sharizat Abdul Jalil dan Ketua Wanita UMNO Terengganu, Datuk Fatimah Hamat.
Ahmad Razif berkata, kewujudan industri itu akan membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 500 penduduk setempat sekali gus merancakkan pembangunan sosio ekonomi di sekitar kawasan terbabit.
Tambahnya, kilang itu juga nanti mampu mengembalikan semula cara pembuatan keropok secara tradisional yang sudah lama ditinggalkan generasi kini, sesuai dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu cara lama dimensi baharu,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut melantik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai konsultan projek yang akan menjalankan kajian dan penilaian keseluruhan pembangunan serta hal ehwal nelayan.

Labels:
Berita Semasa
11:38
KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Tabung Haji (TH), Datuk Johan Abdullah hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat TH membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) menggunakan wang pendeposit yang disimpan dan bukannya wang kerajaan.
Laporan polis dibuat olehnya di Balai Polis Dang Wangi sekitar jam 3.24 petang tadi.
Terdahulu dalam sidang media sebelum itu, Johan berkata, laporan polis itu dibuat kerana dokumen dikeluarkan oleh blog tersebut dengan cara yang tidak betul.
"Ini dokumen sulit. Bagaimana dokumen tersebut boleh dimasukkan dalam blog itu?
"Cara maklumat sulit itu digunakan untuk orang ramai iaitu memanipulasi fakta telah menyebabkan ramai orang keliru. (Akibatnya) banyak andaian yang tidak betul timbul," katanya sebelum itu pada sidang media di Kompleks Tabung Haji, di sini.
Terdahulu, Johan turut menafikan TH membeli Signature Tower (Fasa 2) sepertimana yang dilaporkan di blog-blog tertentu.
Beberapa blog sebelum ini memuatnaik dokumen-dokumen berkaitan pembelian tanah TRX dan mendakwa ia menggunakan wang pendeposit yang disimpan dan bukannya wang kerajaan.
TRX: Tabung Haji buat laporan polis
Written By Unknown on Thursday, 7 May 2015 | 11:38

02:55
JERTIH - Majlis Daerah Besut (MDB) bertindak mengunci tayar lima kenderaan dalam operasi kunci tayar hari pertama dilakukan di sekitar bandar Jertih kelmarin.
Setiausaha MDB, Fakrulrazi Ibrahim berkata, tindakan itu dikenakan pada kenderaan yang didapati pemiliknya melanggar undang-undang ketika meletak kenderaan masing-masing.
Menurutnya, kenderaan yang dikunci tayar termasuk yang diparkir di atas garisan kuning dan meletak kenderaan di luar petak parkir disediakan di sekitar bandar tersebut.
“Operasi ini terpaksa dilakukan bagi melancarkan sistem aliran trafik di bandar ini dan tidak menyusahkan pengguna jalan raya lain.
“Pihak kami mendapat banyak aduan orang ramai mengenai kesesakan jalan raya disebabkan sikap segelintir pemandu yang meletak kenderaan mereka sesuka hati,” katanya.
Fakrulrazi berkata, langkah yang diambil di bawah Perintah Lalu Lintas MDB 1993 dan Akta 333 itu bertujuan mendisiplinkan pengguna jalan raya sekali gus mewujudkan sebuah bandar yang harmoni serta tidak menimbulkan ketidakpuasan hati pihak lain.
Menurutnya, tindakan segelintir mereka yang tidak mematuhi peraturan meletak kenderaan itu bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas tetapi turut menghalang kenderaan lain untuk keluar dari petak parkir dan sebagainya.
“Beberapa lokasi di bandar ini telah digazetkan sebagai zon kunci tayar dan papan tanda amaran telah dipasang antaranya sepanjang Jalan Tuan Hitam (sekitar depan Ambank sehingga Bank Islam).
“Lokasi lain ialah sepanjang Jalan Haji Jusoh (bersebelahan Medan Selera Jertih), depan Pasaraya Econjaya Jaya, lorong berdekatan sebuah makanan segera dekat Maybank Jertih dan jalan utama berdekatan Bangunan Umno Bahagian Besut,” katanya.
Fakrulrazi memberitahu lagi, pemilik yang mendapati kenderaan mereka dikenakan tindakan kunci tayar perlu ke Unit Letak Kereta di Jalan Bukit Mok Mek di sini untuk membuka tayar dengan bayaran denda sebanyak RM50.
Kata beliau, bagi mengelak berdepan dikenakan tindakan tersebut, beliau berharap pengguna mematuhi peraturan .
“Operasi seperti akan dilaksanakan setiap hari di kawasan terbabit dan MDM turut mengingatkan orang ramai mempunyai tunggakan surcaj atau kompaun berkait letak kereta agar menyelesaikan segera untuk mengelak dikenakan tindakan mahkamah,” katanya.
Operasi kunci tayar kenderaan
Written By Unknown on Wednesday, 6 May 2015 | 02:55

07:31
KUALA LUMPUR: Penyanyi yang juga aktivis agama, Yusuf Islam, menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin sepanjang zaman kerana kehebatan daya pemikiran dan juga visi beliau.
Seniman legenda yang dahulu dikenali sebagai Cat Stevens itu berkata demikian ketika ditemui selepas menjayakan program Agenda AWANI pada Isnin sempena kunjungannya ke negara ini bagi mempromosi buku kisah hidupnya 'Why Do I Still Carry A Guitar'.
“Ini bukan yang pertama berjumpa dengannya tapi dalam kunjungan kali ini memang saya ingin bertemunya untuk menyampaikan naskhah buku ini,” ujar Yusuf yang bakal menginjak usia 67 pada 21 Julai nanti.
Yusuf menyifatkan Mahathir sebagai salah seorang pemimpin Islam bijaksana di dunia dan beliau masih kekal diingati sebagai pemimpin hebat.
“Saya melihat beliau terus membentuk negara Malaysia walaupun dalam kedudukannya sekarang ini,” ujarnya yang telah berkongsi momen pertemuannya dengan Mahathir melalui akaun Twitternya @YusufCatStevens.
“Saya tinggal di Dubai. Saya tidak fikir Dubai akan wujud tanpa Mahathir kerana beliau telah mengatur visinya untuk Malaysia dan semua itu difahami oleh pemerintah Dubai lalu mula membina pembangunan di sana,” ujar Yusuf.
Penyanyi yang masih aktif menjayakan persembahan muzik kerohanian itu turut menyatakan bahawa Mahathir banyak meninggalkan impak yang besar dalam landskap politik global.
“Beliau dikenali kerana gaya pendekatan dan juga pandangannya yang luas, lebih-lebih lagi beliau seorang Muslim. Itulah yang kita perlukan, bukannya pemimpin yang berfikiran sempit atau terlalu nasionalistik,” jelasnya.
Pada 1 Mei lalu, Yusuf sudah berada di ibu negara untuk mempromosikan bukunya sempena Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Buku yang kini sudah berada di pasaran tempatan tersebut turut diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dengan judul 'Mengapa Saya Masih Memetik Gitar'.
Semua maklumat tentang aktiviti dan promosi Yusuf Islam boleh diikuti di akaun Facebook, Let The Change Be.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/yusuf-islam-kagumi-visi-dan-daya-pemikiran-tun-mahathir-59274?cp
Yusuf Islam kagumi visi dan daya pemikiran Tun Mahathir
Written By Unknown on Tuesday, 5 May 2015 | 07:31

21:28
BESUT - Seorang nenek putus dua urat tangan kanan dan cedera di beberapa bahagian lain badannya manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun turut cedera selepas diserang seekor beruk jantan di Kampung Keluang di sini semalam.
Dalam kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa seorang warga emas, Lijah Ismail, 85, diserang beruk berkenaan ketika sedang menyapu sampah berseorangan di halaman rumahnya.
"Ketika sedang asyik menyapu sampah seekor beruk jantan tiba-tiba berada di belakang saya dan terus menerkam dan menggigit tangan kanan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Beliau berkata selepas serangan beruk itu dia meminta pertolongan daripada keluarga untuk membawanya ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu seorang lagi mangsa yang juga merupakan anak Lijah, Mohd Idris Salleh, 67, memberitahu selepas menyerang ibunya, beruk itu datang ke rumahnya pula yang terletak selang beberapa buah dengan rumah ibunya.
Katanya ketika itu dia sedang berada di halaman rumah apabila didatangi beruk yang beratnya dipercayai dalam lingkungan lapan kilogram yang terus menyerangnya.
"Beruk itu cuba menggigit tangan kiri tetapi mujur saya sempat menepis dan memukul beruk itu dengan kayu kecil dan hanya mengalami kecederaan kecil di tangan sahaja," katanya ketika ditemui Bernama.
Mohd Idris berkata selepas menyerangnya beruk itu pergi ke rumah anak saudaranya yang terletak di seberang jalan besar Tembila ke Kampung Raja kira-kira 300 meter dari rumahnya.
Katanya beruk itu kemudiannya bertindak menyerang pula cucu saudaranya Nurain Syuhada Danial Hamizan, 6.
Susulan kejadian tersebut pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut telah mengadakan operasi menangkap beruk itu yang dipercayai terlepas daripada jagaan tuannya.
Bagaimanapun, sehingga hari ini mereka masih belum berjaya mengesan beruk terbabit. - Bernama
Nenek putus urat tangan diserang beruk jantan
Written By Unknown on Sunday, 3 May 2015 | 21:28

08:27
KUALA LUMPUR – Penerbit filem terkenal, Julie Dahlan yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini 7.30 malam tadi.
Julie, 62, atau nama sebenarnya, Junaidah Dahlan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang.
Keadaan beliau makin serius sejak setahun lalu hingga perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.
Julie Dahlan meninggal dunia
Written By Unknown on Thursday, 30 April 2015 | 08:27
KUALA LUMPUR – Penerbit filem terkenal, Julie Dahlan yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini 7.30 malam tadi.
Julie, 62, atau nama sebenarnya, Junaidah Dahlan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang.
Keadaan beliau makin serius sejak setahun lalu hingga perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.
Labels:
Berita Semasa
07:51
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa.
Menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada Bernama hari ini, harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.
Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei ini. - Bernama
\
Harga minyak kekal tidak berubah bagi Mei ini

05:38
KUALA LUMPUR : Dakwaan bahawa warga asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini apabila kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), adalah tidak benar.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengetuai rundingan berkenaan berkata, hartanah bukan sebahagian daripada perjanjian justeru ia tidak tersenarai dalam perjanjian berkenaan.
“Ini tidak benar. Malah kerajaan sendiri memutuskan bahawa TPPA akan dibahaskan di Parlimen sebelum ia ditandangani.
“Kita akan hebahkan, jadi isu berahsia tidak akan berbangkit. Tidak pernah berlaku dalam undang-undang kita dan kerajaan juga tidak perlu rujuk Parlimen (untuk FTA).
“Tapi kita membuat keputusan untuk membentangkannya di Parlimen kerana TPP ini penting dan melibatkan banyak pihak. Ini janji kerajaan,” katanya di sini, hari ini.
Mustafa berkata demikian bagi mengulas mengulas mengenai laporan Selangor Kini yang memetik dakwaan bekas Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob bahawa warga asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini apabila Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani TPPA nanti.
Menurut Dr. Rosli, ini berlaku apabila perjanjian itu tidak membenarkan sebarang sekatan kepada warga dan pelabur asing di negara ini untuk memiliki hartanah dengan menikmati keistimewaan yang sama dinikmati warga tempatan.“Kedatangan Barrack Obama adalah untuk memastikan Malaysia tandatangani TPPA ini.
Dr Rosli turut mendakwa harga hartanah jadi lebih tinggi, rakyat sendiri kena bersaing dengan pelabur asing yang mempunyai kewangan yang lebih baik untuk memiliki hartanan di negara sendiri.
Mustapa memberitahu, sebelum membuat keputusan muktamad, kerajaan akan membuat analisis kos faedah bagi menentukan sama ada TPP secara keseluruhannya memberi faedah kepada Malaysia.
“Kita ada pendirian. Memang banyak hal yang kita bangkitkan dalam negara diambil kira oleh semua negara lain dan sekarang ini, negara TPP tahu mengenai dasar Bumiputera bahawa ia penting untuk kita,” katanya seperti yang dipetik dalam temubual dengan Sinar Harian sebelum ini.
Jelasnya, Malaysia adalah sebuah negara membangun dan Amerika Syarikat sememangnya kuasa kuasa ekonomi dan politik yang besar, namun tidak bererti negara ini harus ada inferiority complex ( perasaan rendah diri melampau) dalam menentukan bagaimana Malaysia hendak memainkan peranan di arena antarabangsa.
– tv14
TPPA: Rakyat Asing Tidak Bebas Beli Hartanah Di Malaysia
Written By Unknown on Wednesday, 29 April 2015 | 05:38

05:36
MARAN - Akibat gagal kawal kemarahan, seorang lelaki bertindak di luar kewarasan apabila membakar kereta Proton Perdana milik kawan sekampungnya dalam satu kejadian di Felda Sungai Nerek dekat sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berpunca daripada salah faham sehingga mencetuskan pertikaman lidah dan tuduh-menuduh melibatkan hal peribadi di hadapan rumah pemilik kenderaan terbabit.
Enggan memanjangkan pertengkaran, pemilik kenderaan tersebut beralih masuk ke dalam rumah tanpa mengetahui tindakannya itu telah membuatkan suspek tidak puas hati dan berang sehingga sanggup membakar keretanya menggunakan pemetik api.
Selepas melakukan perbuatan salah tersebut, suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak melarikan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, tindakan suspek berusia lingkungan 20-an itu telah mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian dalam kereta milik mangsa.
"Mujur jiran berdekatan bertindak segera bantu memadamkan kebakaran tersebut sebelum merebak dan tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan berlaku," katanya sekali gus memberitahu suspek turut dipercayai mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Beliau berkata, siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek setelah melarikan diri sebaik membakar kereta mangsa juga sedang giat dilakukan.
Bakar kereta kawan sekampung

05:32
PUTRAJAYA: Mulai 1 Mei ini, kad prabayar telefon dikekalkan harganya sama seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad, turut mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan kaedah penggunaan GST sama seperti kaedah pengenaan cukai perkhidmatan sebelum ini.
“Kelmarin saya keluarkan surat kepada semua syarikat telekomunikasi bagi mengekalkan harga asal berdasarkan konsep termasuk cukai (tax inclusive) berkuatkuasa 1 Mei ini.
“Jika mereka bayar RM10, maka nilai kredit sama seperti apa yang pengguna bayar. Jika ada yang mengambil kesempatan, tindakan susulan akan diambil,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.
bharian
GST: Muktamad, Kad Prabayar Kekal Harga

05:30
PUTRAJAYA: Sebanyak 348 barangan di seluruh negara didapati mengalami penurunan harga selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Penurunan itu membabitkan 99 barangan di Semenanjung Malaysia manakala 147 barangan di Sabah dan 102 di Sarawak. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata ia adalah hasil perbandingan harga oleh Majlis Harga Negara bagi minggu ketiga bulan ini berbanding tempoh sama pada Mac.
Alias berkata, antara barangan yang mengalami penurunan harga termasuk kategori barangan basah, kering, berbungkus/tin dan barangan bayi. “Kita tidak nafikan ada barangan yang naik harga, tapi ada juga yang turun. “Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kenaikan harga (selain GST) termasuk cuaca, tukaran mata wang dan kenaikan harga bagi barangan import di negara asal,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.PUTRAJAYA: Sebanyak 348 barangan di seluruh negara didapati mengalami penurunan harga selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Alias berkata, antara barangan yang mengalami penurunan harga termasuk kategori barangan basah, kering, berbungkus/tin dan barangan bayi. “Kita tidak nafikan ada barangan yang naik harga, tapi ada juga yang turun. “Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kenaikan harga (selain GST) termasuk cuaca, tukaran mata wang dan kenaikan harga bagi barangan import di negara asal,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
GST: 348 Barang Turun Harga, Impak GST Dah Mula Berkesan

22:37
Video Remaja Tendang Warga Emas Jadi Viral Di MEDIA Sosial
Written By Unknown on Sunday, 26 April 2015 | 22:37
Labels:
Berita Semasa
22:37
Beluran – Seorang wanita sanggup menjadikan sepupunya yang berusia 31 tahun sebagai hadiah perpisahan untuk suaminya dengan alasan lelaki itu ke Semenanjung untuk bekerja serta mendakwa sudah lama mengidam tubuh sepupunya itu.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di perkampungan air di pekan Beluran, di sini, Isnin lalu, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan memanggil mangsa yang kebetulan melintasi rumahnya untuk ke kedai berhampiran.
Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, bertemu wanita itu dan dia dipelawa masuk serta dibawa ke dalam bilik bertemu suaminya.
“Ketika berada dalam bilik, lelaki berusia 36 tahun itu memeluk mangsa sebelum mengheretnya ke katil.
“Mangsa meronta untuk melepaskan diri namun gagal sebelum suspek menanggalkan pakaian wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.
Menurutnya, isteri suspek yang turut berada dalam bilik, hanya memerhatikan perbuatan keji suaminya terhadap sepupunya.
“Selepas selesai, isteri suspek menemui wanita itu dan berkata ‘Kasi (bagi) rasalah abangmu, nanti kempunan dia mau (mahu) ke Semenanjung.’
“Mangsa dibawa ke tandas untuk membersihkan diri sebelum diarah pulang,” katanya.
Sumber berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu dan pasangan suami isteri terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan juga mendapati hanya mangsa dan pasangan suami isteri itu berada di rumah kerana anak mereka bersekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sivanathan berkata, mangsa masih bujang dan mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.
“Susulan maklumat diterima, polis melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek dan mereka ditahan jam 12.20 tengah hari semalam manakala mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent, untuk pemeriksaan,” katanya, lapor Harian Metro.
Isteri ‘hadiahkan’ suami tubuh sepupu
Written By Unknown on Saturday, 25 April 2015 | 22:37

22:34
PASIR GUDANG - “Saya hanya mampu menangis dan membiarkan ayah rogol saya kerana terlalu takut,” luah seorang remaja 14 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri, Julai tahun lalu.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Suria berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur bersama empat adik yang masih kecil di ruang tamu rumah di sebuah kampung, di sini selepas ibu pulang ke kampung bersama adik bongsu.
Menurutnya, peristiwa hitam itu hanya diberitahu kepada rakan ibunya yang juga jiran sekampung dan dirahsiakan daripada pengetahuan ibu kerana bimbang tidak dipercayai ibu kandungnya.
“Saya sebelum itu memang menumpang tidur di rumah jiran selepas ibu pulang ke kampung, namun memikirkan adik-adik nak bersekolah keesokan harinya saya membuat keputusan tidur bersama mereka di ruang tamu, manakala ayah di dalam bilik tidur.
“Saya terkejut dan sedih diperlakukan sedemikian rupa oleh ayah, sedangkan saya anak kandungnya sendiri.
“Kawan ibu nak bawa saya buat laporan polis, tapi saya menolak kerana terlalu takut. Saya hanya fikir apa perasaan ibu jika dia mengetahui perlakuan ayah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Suria berkata, ibu saudara yang baharu mengetahui peristiwa hitam yang berlaku Julai lalu itu terlalu marah lalu membawanya membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Gudang kelmarin.
Menurutnya, hatinya sebak tatkala melihat raut wajah ibu yang mungkin kecewa dengan tindakan bapa terhadapnya.
“Saya sedih melihat kelopak mata ibu digenangi air mata ketika doktor menceritakan hal sebenar kepada ibu.
“Maafkan kakak ibu... kakak terpaksa..Kakak sayang ibu dan adik-adik,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan menerima laporan daripada pengadu yang hadir bersama ibunya, kelmarin.
Katanya, suspek yang merupakan bapa kandung mangsa telah ditahan polis, petang kelmarin untuk siasatan lanjut.
“Mangsa juga telah kita hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya.
Mangsa rogol bapa: 'Ibu..maafkan kakak'

22:24
TAMPIN – Seorang remaja perempuan bertindak nekad menanam janinnya di sebuah tanah perkuburan selepas menggugurkan kandungan di kediaman ibu bapanya di Taman Clonlee, di sini.
Menurut sumber. remaja berusia 16 tahun itu dipercayai turut bertindak menaiki motosikal pergi ke kawasan perkuburan di Tampin Tengah yang terletak kira-kira 2 kilometer dari rumahnya untuk menanam janin tersebut, 5 April lalu.
Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas remaja berkenaan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan sebaik sahaja mengadu sakit perut.
Sinar Harian difahamkan, pelajar tingkatan empat itu terdahulu menerima rawatan awal di Hospital Tampin sebelum dirujuk ke HTJ bagi rawatan lanjut, keesokan harinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar berkenaan mengalami kesakitan akibat keguguran lalu keluarganya membuat laporan polis.
"Dia dipercayai menggugurkan kandungan dengan sengaja selepas mengambil ubat gastrik yang dibeli secara atas talian sebelum bertindak menanam janin berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Tampin Tengah.
"Hasil soal siasat, kita menemui janin sebesar duit 50 sen di satu kubur yang ditandakan dengan batu biasa sahaja," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
Kooi Cheang berkata, susulan itu pihaknya menahan pelajar berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 318 kerana menggugurkan janin yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
"Seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang berusia 18 tahun dipercayai teman lelakinya turut ditangkap Rabu lalu dan ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
Dalam perkembangan lain, Kooi Cheang berkata, seorang penganggur berusia 18 tahun ditahan polis 19 April lalu, bagi membantu siasatan berhubung kes rogol pelajar berusia 13 tahun di Felda Pasir Besar, di sini.
Menurutnya, laporan polis dibuat ibu mangsa pada 10 April lalu apabila mencurigai perhubungan lelaki berkenaan dengan anaknya sebelum bertindak mendesak anaknya menceritakan hal sebenar.
"Anaknya mengakui telah melakukan hubungan intim di rumah mereka sendiri dan ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Gemas sebelum siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Pelajar 16 tahun gugur, tanam janin

22:10
BESUT - Seorang suspek utama yang dikehendaki berhubung kes bunuh di Kelantan dua tahun lalu ditahan awal pagi tadi beserta 150 butir peluru.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi di Kampung Amir di sini.
Beliau berkata suspek cuba malarikan diri dengan keretanya ketika dua anggota polis MPV sedang menjalankan tugas rondaan di Jabi, Jerteh.
"Sebaik anggota kita menghampiri kereta tersebut dan meminta pemandunya mengemukakan kad pengenalan diri, suspek terus bertindak memecut keretanya," katanya.
Suspek yang berasal dari Besut bagaimanpun ditahan selepas itu.
Wan Abd Aziz berkata hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek, pihaknya menemui 150 butir peluru hidup yang diisi dalam tiga kotak peluru, sebilah kapak kecil dan pisau.
Beliau berkata pihaknya turut merampas 20 biji pil disyaki dadah, peralatan menghisap dadah, pasport antarabangsa serta wang tunai kira-kira RM900.
Suspek merupakan suspek utama dalam kejadian bunuh pada tahun 2013 yang membabitkan kematian seorang mangsa di Kampung Gong Mengkeleh, Jalan Pasir Puteh, Kelantan.
Wan Abd Aziz berkata suspek direman untuk disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960, Seksyen 7 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama
Suspek ditahan bersama 150 butir peluru

22:27
JIKA mempunyai seorang cucu dari kalangan pemimpin dikenali satu dunia, apa saja yang ahli keluarga buat, mesti mendapat perhatian ramai.
Inilah kisah nenek kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Sarah Omar di mana gambar wanita tersebut yang berada di Arab Saudi untuk menunaikan umrah tersebar dalam media.
Sarah yang berusia 94 tahun dikatakan ke sana bersama beberapa sanak saudara Obama.
Warga emas berkenaan dilaporkan sangat gembira ketika mengunjungi satu pameran berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW di Makkah, selepas menunaikan ibadat berkenaan.
Menurut nenek kepada presiden tersohor itu, beliau kagum dan pameran itu dianggapnya sebagai contoh bagi melihat perkembangan Islam dengan cara yang moden, disokong oleh dokumen saintifik dan sahih.
Sarah merupakan nenek dari pihak ayah Obama yang berasal dari Kenya.
Wanita ini sudah beberapa kali menunaikan haji.
Nenek Preseiden Obama tunai umrah dapat perhatian
Written By Unknown on Friday, 24 April 2015 | 22:27
JIKA mempunyai seorang cucu dari kalangan pemimpin dikenali satu dunia, apa saja yang ahli keluarga buat, mesti mendapat perhatian ramai.
Inilah kisah nenek kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Sarah Omar di mana gambar wanita tersebut yang berada di Arab Saudi untuk menunaikan umrah tersebar dalam media.
Sarah yang berusia 94 tahun dikatakan ke sana bersama beberapa sanak saudara Obama.
Warga emas berkenaan dilaporkan sangat gembira ketika mengunjungi satu pameran berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW di Makkah, selepas menunaikan ibadat berkenaan.
Menurut nenek kepada presiden tersohor itu, beliau kagum dan pameran itu dianggapnya sebagai contoh bagi melihat perkembangan Islam dengan cara yang moden, disokong oleh dokumen saintifik dan sahih.
Sarah merupakan nenek dari pihak ayah Obama yang berasal dari Kenya.
Wanita ini sudah beberapa kali menunaikan haji.
Labels:
Berita Semasa
22:08
KAMPUNG RAJA - Hasrat seorang lelaki mencari lembunya yang hilang sejak beberapa hari lalu tidak kesampaian apabila dia ditemui mati di kawasan semak berhampiran kebun kelapa sawit dekat Kampung Padang Tapong dekat Jertih, di sini, lebih kurang jam 3.30 petang kelmarin.
Mangsa Muhamad Suhaimi Mohamed, 59, ditemui mati di tempat kejadian oleh salah seorang rakannya yang ke tempat kejadian tidak lama selepas mangsa rebah.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa yang bekerja kampung tinggal di Kampung Padang Luas tidak jauh dari tempat kejadian.
Menurutnya, sebelum itu mangsa yang bersendirian mencari lembunya yang hilang ada menghubungi rakannya dikenal sebagai June dari Cherang Ruku, Pasir Putih, Kelantan supaya datang membantunya lebih kurang jam 2 petang.
“Apabila sampai di kawasan kebun berkenaan lebih kurang jam 3 petang, June dikatakan cuba menghubungi mangsa melalui telefon bimbit dan rakannya memberitahu dia berada di satu kawasan dan perlu menyeberang sebatang anak sungai.
“Sepuluh minit kemudian, rakannya itu terdengar bunyi salakan anjing kepunyaan mangsa dari satu kawasan sebelum disusuli bunyi dua das tembakan lalu rakannya memanggil mangsa beberapa kali tapi tidak dijawab,” kata Khaled lagi.
Khaled berkata, curiga dengan bunyi tembakan itu, June bergegas ke kawasan semak itu dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri dengan selaras senapang patah laras dua berada di sampingnya manakala seekor babi hutan seberat dianggarkan 100 kilogram turut ditemui mati 15 meter dari mangsa.
Menurutnya lagi, rakan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jertih untuk tindakan selanjutnya.
Mayat mangsa dikeluarkan dari kawasan berkenaan lebih kurang jam 11 malam kelmarin dan dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.
Pihak Hospital Besut mengesahkan kematian mangsa disebabkan serangan jantung dan pemeriksaan ke atas mayat mangsa juga didapati tiada sebarang kesan kecederaan kecuali hanya luka kecil di bawah telinganya.
“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut kerana tidak ada unsur jenayah terhadap kematian mangsa manakala mangsa mempunyai lesen senjata yang dibawanya.
“Mangsa dipercayai terkena serangan jantung selepas menembak mati seekor babi hutan di dalam semak tersebut ketika mencari lembunya,” katanya.
Sementara itu pada 18 April lepas, seorang anggota Rela, Shamsuddin Derahim, 56, maut terkena tembakan ketika memburu di hutan Kacong dekat Lata Tembakah Hulu Besut.
Setakat ini difahamkan seorang lagi rakan mangsa ditahan kelmarin untuk membantu siasatan selain dua rakannya yang ditahan pada hari kejadian.
Mati selepas tembak babi hutan
Written By Unknown on Thursday, 23 April 2015 | 22:08

21:52
SHAH ALAM - Seorang pemuda bertindak merakam aksi beliau menegur perbuatan pasangan lelaki dan perempuan di sebuah taman yang disifatkannya sudah keterlaluan.
Video berdurasi satu minit 30 saat tersebut dikongsi beberapa pelayar di laman sosial Facebook hari ini.
"Hari ni aku nak ajar sikit budak-budak ni. Kecik-kecik dah pandai dah nak manja, kahwin belum, apa belum, (tapi) perangai tak semenggah," kata pemuda tersebut di awal video tersebut.
Dia kemudian menunggang motosikal ke sebuah lokasi dan berhenti berdekatan dengan satu pasangan lelaki dan perempuan bertudung. Lelaki tersebut sedang baring atas riba perempuan berkenan.
"Hoi! Dah kahwin ke belum?" tanya beliau sebanyak dua kali ke pasangan tersebut.
Pemuda tersebut terus memarahi pasangan tersebut di mana terdapat sedikit kekasaran bahasa namun berjaya membuatkan pasangan tersebut bangun dan berlalu pergi tanpa menimbulkan sebarang masalah.
"Ha macam tu dik! Ngantuk ke elok-elok la, orang tengok," kata pemuda tersebut semasa pasangan berkenaan menaiki motosikal mereka dan berlalu pergi.
Hampir 150,000 pelayar yang menonton video berkenaan berpendapat tindakan pemuda tersebut adalah berani dan sedikit kasar namun tetap dipuji kerana berjaya menegur.
"Tak kena tertib dia rakam, lebih baik dia tak rakam, terus tegur, biar ALLAH rakam," kata seorang pelayar.
"Tapi teguran dia tu saya setuju. Apa pun jadikan iktibar," kata Aki Naszeri.
"Kalau ramai manusia macam abang dalam video tu dekat sini, mesti dapat mengurangkan kes-kes macam tu," kata Affiq Zulkifle.
Rakaman Video Hoi dah kahwin ka belum Jadi Viral

22:41
KOTA KINABALU – Usia mereka baru setahun jagung, namun 13 remaja terdiri daripada lapan lelaki dan lima perempuan sudah pandai bertindak seperti kumpulan gangster apabila terlibat dalam beberapa kes samun melibatkan kedai serbaneka 24 jam di daerah ini.
Tidak cukup dengan samun menggunakan pisau, kumpulan yang terdiri daripada remaja berusia 15 hingga 19 tahun ini juga berani mencabar kewibawaan polis apabila enggan menyerah diri walaupun dikejar beberapa kenderaan polis selama 45 minit.
Bagaimanapun, kelicikan kumpulan ini berakhir apabila mereka dan dua lagi suspek lelaki berusia 22 dan 28 tahun dicekup dalam tiga operasi berasingan di sekitar daerah ini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan awal mendapati kesemua 15 suspek ini dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya empat kes samun membabitkan kedai serbaneka 24 jam di daerah ini.
Katanya, kegiatan kumpulan remaja berkenaan terbongkar selepas polis menahan tujuh individu terdiri daripada tiga lelaki dan empat perempuan yang melakukan samun bersenjata pisau di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Padang di sini kira-kira pukul 5.50 pagi, Ahad lalu, lapor Kosmo.
Kelicikan 13 remaja terbongkar
Written By Unknown on Wednesday, 22 April 2015 | 22:41