BERITA TERKINI
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Koma selepas dipatuk ular

Written By Unknown on Monday 9 November 2015 | 20:23


KUALA BESUT - Dipatuk spesies ular tidak berbisa telah menyebabkan seorang wanita dari Kampung Beris Lampu, di sini, diserang sakit jantung sehingga tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 7.15 malam, Rabu lalu, ketika mangsa, Tuan Zaliana Tuan Gahani, 34, mahu membuka pintu pagar di halaman rumahnya untuk pergi membantu mengeluarkan wang pencen bapa mertuanya di sebuah bank, di sini.

Suami mangsa, Mohd Nasir Adam, 42, memberitahu, isterinya dipatuk pada kaki dan ketika kejadian, dia berada dalam kereta untuk keluar dari kawasan parkir dalam kediaman mereka.

Menurutnya, ketika itu dia terdengar Tuan Zaliana menjerit secara tiba-tiba lalu bergegas keluar dari kereta dan mendapati seekor ular melekat pada kaki isterinya itu.

"Isteri saya menendang beberapa kali sehingga ular itu terlepas dari kakinya. Pada mulanya saya tak tahu ular spesies apa yang patuk kaki isteri saya. Saya ingatkan ular berbisa dan terus berusaha menyedut keluar bisa ular dari kaki isteri.

"Ketika itu isteri saya masih dalam keadaan sedar. Saya bawa dia ke Unit Kecemasan Hospital Besut dan doktor mengesahkan dia dipatuk ular tak berbisa," katanya.

Katanya, pada mulanya dia berasa lega dengan maklumkan itu dan dia juga sempat menangkap hidup-hidup ular berkenaan untuk dibawa ke hospital serta ditunjukkan kepada doktor.

Tambah Mohd Nasir, pada masa sama dia berasa agak risau kerana kesihatan isterinya yang disahkan menghidap sakit jantung sejak 2011 itu terjejas dan dilihat semakin lemah akibar terkejut dengan kejadian berkenaan.

"Isteri saya terpaksa ditahan di wad untuk rawatan dan pada malam pertama, dia tidak sedarkan diri menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke HUSM Kubang Kerian pada keesokan harinya.

"Sehingga semalam keadaannya tidak banyak berubah. Hanya mampu gerakkan mata dalam keadaan tidak sedar. Keadaannya itu bukan kerana dipatuk ular, tetapi mungkin kerana terkejut dan saya harap dia akan cepat sembuh," katanya.

LPT 2 : MB Puji Tindakan Yang Diambil Tetapi Keselamatan Diri Mesti Di Utamakan

Written By Unknown on Sunday 8 November 2015 | 23:53


Kuala Nerus : Menteri Besar Terengganu Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman amat terkejut dengan 3 keping gambar yang telah diviralkan dalam media social seperti facebook, whatsapps serta telegram semalam.

Satu kumpulan pelajar dengan sebuah bas telah melakukan perkara yang diluar pemikiran dan kejadian itu secara spontan apabila mereka melalui kawasan tersebut.
Disamping itu Ahmad Razif turut memuji dan menghargai langkah yang dibuat oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Khariah Kuala Terengganu itu mengadakan solat hajat serta bacaan yassin dan dengan rasa nilai tanggungjawab sebagai seorang ISLAM.

Merujuk pada gambar yang disiarkan itu, arah perjalanan bas itu menuju ke Kuala Terengganu dan pelajar-pelajar berkenaan berada dihadapan bas dan disitu dilihat satu langkah keselamatan telah diadakan oleh guru-guru pengiring serta pelajar-pelajar berkenaan.

Satu inisiatif murni dan terbaik di atas usaha yang dilakukan demi untuk mendapat perlindungan dari Allah SWT walaupun mereka berada dalam situasi yang terdedah dan berbahaya.
Sehubungan dengan itu Jabatan Pendidikan Terengganu hari ini mengarahkan pentadbiran SMA Khairiah di sini menyiasat guru pengiring yang menyuruh pelajarnya membaca Yasin di tepi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) semalam.

Pengarah Pendidikan negeri Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya juga akan memanggil guru terbabit dalam masa terdekat untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai perkara itu.

“Mereka sepatutnya perlu lebih peka dan berhati-hati kerana program seperti itu boleh membahayakan keselamatan mereka. Sepatutnya program sebegitu dilakukan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) berhampiran kerana ia lebih selamat dan selesa,” katanya.

Sementara itu, sumber sekolah berkenaan berkata, bacaan Yasin itu tiada dalam senarai program lawatan sambil belajar ke Kemaman yang disertai 35 pelajar dan tiga guru pengiring itu.

“Pelajar dan guru terbabit sebelum itu mengadakan lawatan sambil belajar ke Kemaman selepas tamat peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) dan dalam perjalanan pulang, guru terbabit mendapat idea dan menyuruh pemandu bas berhenti di tepi jalan untuk membolehkan mereka membaca yasin,” katanya. – alifbaata.com

LPT2: Bomba sedia tangani kecemasan


KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam memberi bantuan dan menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim berkata satu alternatif yang tertumpu kepada langkah pencegahan perlu dilaksanakan di sepanjang laluan berkenaan dalam usaha mengurangkan kes kemalangan.

“Menempatkan pasukan keselamatan kecemasan di laluan itu bukanlah satu penyelesaian untuk jangka panjang bagi mengurangkan kes kemalangan termasuk kemalangan maut.

“Sebaliknya, satu kajian menyeluruh harus dilaksanakan bagi mencegah dan mengingatkan orang ramai sepanjang menggunakan lebuh raya dengan memperbanyakkan papan tanda amaran dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat dan penyerahan tugas Pengarah Bomba Terengganu, di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 15 pegawai kanan bomba seluruh negara dinaikkan pangkat dari gred 48 hingga 54.

Wan Mohd Noor berkata setakat ini, tiada keperluan untuk pihaknya menempatkan anggota bersama jentera di lebuh raya berkenaan sebagai tindakan awal kepada kes kecemasan.

Beliau berkata, kebanyakan balai bomba yang ada pada masa ini, berada di lokasi strategik dan mampu memberi respons dalam masa yang singkat.

“Balai-balai yang ada ketika ini berada tidak jauh dari LPT dan kita yakin mampu memberi tindak balas yang cepat jika berlaku kes kecemasan di laluan itu,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata pihaknya bersedia dan komited membantu Indonesia memadam kebakaran di hutan negara berkenaan, yang menjadi punca utama jerebu rentas sempadan, yang turut melanda Malaysia.

“Ketika ini keadaan jerebu semakin stabil dan setakat ini, bantuan belum dikerahkan ke Indonesia,” katanya. – Bernama

KKM Harus Bayar Ganti Rugi Kepada Peniaga Vape Yang Terlibat

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Dr Najmil Faiz Mohamed Aris nerkata, KKM membuat tindakan terburu-buru.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam perlu menanggung semua kerugian yang dialami oleh pengusaha dan perniaga vape yang terlibat dengan operasi yang dilakukan baru-baru ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pihaknya sangat terkilan dengan tindakan dan perlaksanaan terburu-buru Kementerian Kesihatan yang menyerbu premis vape.

“Ia tindakan yang tidak wajar. Kementerian Kesihatan sepatutnya mengkaji mekanisma yang terbaik sebelum mengambil apa-apa tindakan. Sebarang langkah tergesa-gesa hanya menimbulkan kemarahan khususnya golongan muda.

“Pelbagai aspek perlu difikirkan sebelum sesuatu tindakan diambil memandangkan ia melibatkan penguna yang terdiri dari pelbagai latar belakang selain populasi vape semakin besar dan berkembang,” katanya.
Pada Khamis, KKM sudah memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.

Terdahulu, S. Subramaniam berkata, pihaknya telah diarah untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat menjual cecair bernikotin yang digunakan untuk rokok elektronik atau vape.

Katanya, kementerian mempunyai kuasa untuk merampas produk yang mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952 (semakan 1989) dan Akta Makanan 1983.

Mengikut Akta, nikotin dikategorikan dalam racun Kumpulan C dan mereka yang mengilang, mengedar dan menjual perlu mempunyai lesen.

Dalam pada itu kata Dr Najmil, operasi yang dijalankan Kementerian Kesihatan menyebabkan peniaga mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

“Rampasan yang dibuat tanpa amaran dan perbincangan ini menyebabkan ramai usahawan Melayu yang baru saja terlibat dengan perniagaan secara runcit mahupun online mengalami kerugian besar.

“Kami minta S Subramaniam bertanggungjawab di atas segala kerugian. Kita juga mohon kerajaan mengkaji dan mengadakan rundingan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan memandangkan perkara seumpama ini boleh mengundang rasa tidak puas hati rakyat terutamanya golongan muda.

“Ia akan memberi kesan terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mana impak paling besar diterima oleh parti UMNO dan sokongan anak muda terhadap UMNO akan berkurang kerana kecewa dgn tindakan kerajaan, walaupun tindakan tersebut dibuat oleh menteri dari MIC,” jelasnya. -awani

Ahmad Razif Tinjau Operasi LPT 2


Ajil, Hulu Terengganu: Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini membuat tinjauan tidak rasmi dari udara bagi melihat perjalanan kenderaan dan operasi khas yang dibuat oleh Polis Di Raja Malaysia(PDRM) di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Beliau tiba di tapak rehat dan rawat (RnR) LPT 2 Ajil pada jam 3.00 petang tadi sempat bersama dengan aggota-anggota yang melakukan operasi.

Rekod kemalangan LPT 2 selepas dibuka pada Ogos 2011 hinggan 3 November  2015 yang lalu mencatatkan 2,036 kes dan melibatkan kemalangan maut sebanyak 66 kes serta kematian 86 orang.

Menurut Ahmad Razif, dengan operasi sebegini oleh pihak PDRM dan  rekod yang dicatatkan penurunan mendadak kemalangan LPT 2 amat ketara sekali.

“Hari ini kita lihat penurunan ketara sekali kadar kemalangan yang telah dicatatkan sepanjang 3 hari operasi khas ini”

“Inisiatif ini diambil sendiri oleh pihak PDRM bagi mengurangkan kemalangan LPT 2 dengan kerjasama Lembaga Lebuh Raya Malaysia(LLM) telah Berjaya dan ia akan diteruskan dari masa ke semasa” katanya.

Tambahnya, sikap pengguna itu sendiri memainkan peranan bagi menggelak kemalangan yang berlaku.

“jangan kita jadikan lebuhraya ini tempat untuk melepaskan geram atau tempat menunjukkan hebat kereta masing-masing dan kena ingat nyawa pengguna yang lain juga ”
“saya difahamkan terdapat kelajuan yang melebihi 180 kmj yang telah Berjaya direkodkan sepanjang 3 hari ini dan ia terlalu bahaya untuk pengguna lebuhraya ini, ujurnya.
Sehubungan dengan itu Ahmad Razif memaklumkan bahawa  LLM telah membuka 2 buah kedai di setiap RnR di LPT 2 bagi kemudahan pengguna LPT ini untuk berhenti rehat dan sebagainya.

“pengguna lebuh raya ini boleh berhenti seketika untuk berat dan minum-minum di kedai yang telah disediakan itu’, tambahnya.
Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Supt. Bon Jeen Ah Rom dan beberapa pegawai  PDRM Terengganu.

Sementara itu Op Khas LPT2 yang dilakukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Cawangan Trafik Bukit Aman  dengan kolibrasi bersama Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu mengadakan operasi khas 5 sehingga 8 November 2015 ini disini.

Susulan daripada kadar peningkatan kes kemalangan jalanraya melibatkan LPT2 yang semakin membimbangkan, PDRM telah mengambil langkah pencegahan dengan menjalankan pemantauan berkala dengan lebih kerap serta melancarkan operasi-operasi khas di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti sepanjang LPT2.

Dengan mensasarkan kepada pelbagai kesalahan lalulintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 terutama bagi kesalahan memandu melebihi halaju yang telah ditetapkan terdapat 1500 lebih saman telah dikeluarkan sepanjang tiga hari ini dengan pelbagai kesalahan yang dilakukan.

600 lebih saman dikeluarkan oleh PDRM bagi kesalahan melebihi had laju 110 kmj dan selebihnya pelbagai kesalahan lalulintas serta rekod kelajuan tertinggi yang telah dicatatkan selama 3 hari ini di LPT2 berkelajuan 180 kmj.

Kelantan Bakal Guna NGO Sebagai Alat Kaut Untung Dari Mangsa Banjir?


Musim tengkujuh datang lagi. Seperti kelazimannya negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bakal berhadapan dengan segala kemungkinan yang tidak dapat dijangka.

Tahun 2014 menyaksikan bagaimana Kelantan adalah negeri yang paling teruk dilanda malapetaka banjir sehinggakan digelar oleh rakyat di sana sebagai Banjir Kuning atau dalam bahasa dialek Kelantan, Bah Kuning.

Hadirnya banjir petaka ini bukan sahaja mengorbankan nyawa malah harta benda penduduk yang majoritinya mendiami di sepanjang sungai-sungai di dalam daerah tertentu. Sebagai contoh, antara daerah yang teruk musnah adalah Tanah Merah dan sebahagian Pasir Mas.

Bayangkan hampir tiga ribu unit rumah kediaman samada yang bertaraf harta milik persendirian ataupun bertaraf setinggan musnah sama sekali. Paling teruk, sehingga artikel ini ditulis, masalah penempatan terutama pemberian rumah kepada mangsa banjir tersebut masih belum selesai.

Ironinya bala petaka ini bukan setahun dua pernah dialami oleh negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Peristiwa banjir besar yang dikenali sebagai Bah Merah pernah berlaku pada tahun 1920an lagi. Hampir setiap tahun banjir berlaku dan Kerajaan Pusatlah yang turun membantu termasuk membantu dari segi kewangan kepada mangsa yang terlibat. Kerajaan Negeri terutamanya selama 23 tahun di bawah pemerintahan PAS hanya mampu ‘membina’ alasan dan bukannya membina tebatan banjir.

Alasan paling kukuh yang pernah dipersembahkan oleh Kerajaan PAS adalah ‘Qada dan Qadar’, rakyat dan mangsa banjir kena belajar menerima ujian dari Maha Pencipta ini.

Terbaharu di sidang DUN Kelantan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dengan nada sudah kehilangan semangat berjuang untuk rakyat seperti sebelum Pilihanraya Umum ke 13 menjawap soalan dari Mohamad Zaki Ibrahim Adun Pas Kelaboran bahawa Kelantan akan menggunakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai sektariat mengurus banjir.

Tidakkah Kerajaan PAS Kelantan merasa malu apabila mendedahkan bahawa perancangan menyerahkan kerja penyelerasan banjir ini adalah hasil rumusan daripada beberapa bengkel yang dibuat serta taklimat bagaimana untuk menyelesaikan serta tindakan yang sepatutnya dibuat oleh kerajaan apabila menghadapi petaka banjir.

Dua puluh lima tahun Kerajaan PAS memerintah, sepanjang itulah mereka menghadapi situasi yang sama saban tahun dan akhirnya itu sahaja jawapan kepada permasalahan yang mampu PAS Kelantan buat, menyerahkan kepada NGO untuk urus masalah banjir.

Kenapa NGO?

Persoalan yang wajar mendapat perhatian rakyat Kelantan. Adakah ianya berkait rapat dengan penyaluran dan dana bantuan dari Kerajaan Pusat dan juga syarikat-syarikat yang bermurah hati?

Kalau pengurusan banjir dijalankan oleh NGO, pekerja kerajaan negeri boleh mengambil cuti bersenang lenang bersama keluarga? Atau jawapan Menteri Besar pada tahun lepas bahawa beliau juga sibuk mengurus rumahnya yang turut menjadi mangsa banjir maka semua kena serahkan kepada pihak lain untuk uruskan semua ini?

Mungkin Kerajaan PAS Kelantan masih beranggapan rakyat Kelantan kurang cerdik dan boleh ditipu untuk ‘kelepek’ duit sumbangan yang bakal diterima dengan jumlah jutaan ringgit seperti kebiasaannya di tahun tahun sebelumnya?

Bersandarkan ‘akaun mala petaka’ yang diuruskan oleh NGO, siapa pun tidak akan bertanya kemana dibelanjakan, inikah cara Kerajaan PAS Kelantan dalam usaha mencari Tabung Politik peribadi wakil-wakil rakyat mereka?

Adakah Adun BN Kelantan tidak nampak kebocoran yang bakal berlaku ini?
-MYKMU

Sekretariat Pesona Promosi Terengganu Di Forum Pelancongan Terbesar Dunia


Usaha mempromosi Terengganu ke persada antarabangsa terus dipergiat apabila kerajaan negeri menerusi Sekretariat Pesona Terengganu bersama sembilan agensi kerajaan dan 34 penggiat industri pelancongan negara menyertai World Travel Market (WTM) di London selama empat hari yang berakhir hari ini.

Pada tahun ini, WTM yang merupakan forum pelancongan terbesar dunia menjadi satu platform untuk mengetengah dan mempromosi industri pelancongan negara kepada agensi pelancongan dan media di Eropah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, berkata selain Terengganu, Melaka, Sabah, Sarawak, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak juga turut menyertai festival itu bagi mempromosi produk-produk pelancongan di negeri masing-masing.

“WTM London yang menjadi tumpuan penggiat-penggiat industri pelancongan terkemuka dunia dan media antarabangsa adalah merupakan platform yang terbaik bagi kerajaan negeri Terengganu untuk mempromosikan Pesona Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 kepada pasaran Eropah,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberikan taklimat ringkas dan menayangkan video Pesona Terengganu sebagai promosi awal TMT 2017, ketika sidang media oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang turut dihadiri kira-kira 100 orang media antarabangsa.

Delegasi dari Terengganu yang diketuai Tengku Zaihan turut disertai oleh Ketua Task Force Pelancongan, dua pegawai kerajaan negeri dan dua ejen pelancongan serta perhotelan.

Dalam program itu, pelbagai risalah pakej dan promosi pelancongan diedarkan secara meluas kepada agensi-agensi pelancongan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berkata, sebanyak 45 temujanji bersama ejen-ejen pelancongan dunia dan media cetak, elektronik dan blogger diatur sepanjang empat hari program selain menerima kunjungan pelancong Eropah ke gerai pameran Terengganu.

“Kita akan menggerakkan segala usaha, ruang dan peluang yang ada terutamanya mengadakan kerjasama yang erat dan rapat dengan Tourism Malaysia bagi mempromosikan pelancongan Terengganu sebagai destinasi menjadi tumpuan pelancong dunia selaras dengan hasrat Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  dalam memperkasakan lagi industri pelancongan negeri dan ini adalah forum pelancongan dunia yang pertama yang disertai oleh Kerajaan Negeri selepas kejayaan program Pesona Terengganu yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 Oktober hingga 2 November 2015’’, katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism MalaysiaDatuk Mirza Taiyab, berkata penglibatan kerajaan negeri terutama Terengganu sangat digalakkan bagi meningkatkan lagi promosi produk-produk pelancongan seperti Pulau Perhentian, Redang, Tasik Kenyir dan Bandar Raya Kuala Terengganu di peringkat antarabangsa.

Katanya, promosi awal TMT 2017 di WTM London adalah tepat pada masanya kerana persediaan promosi dan acara dapat diselaraskan dengan lebih berkesan bersama ejen-ejen pelancongan yang memerlukan waktu untuk membangunkan pakej-pakej pelancongan ke negeri Terengganu.

Beliau juga menggalakkan kerajaan negeri untuk menyertai beberapa acara antarabangsa yang lain seperti ASEAN Tourism Forum 2016, International Tourism Borse (ITB) di Berlin, Arabian Travel Mart (ATM) di Dubai dan juga misi galakan pelancongan ke luar Negara bersama Tourism Malaysia bagi tujuan promosi Tahun Melawat Terengganu.

Beliau juga melahirkan rasa kagum terhadap usaha dan inisiatif Terengganu yang berterusan dalam mempromosikan pelancongan negeri sekaligus melaksankan TMT, sambil memaklumkan Tourism Malaysia akan sentiasa membantu usaha-usaha negeri itu dalam meningkatkan aktiviti pelancongan dalam dan juga di luar  negara.

Pengarah Pemasaran dan Jualan The Travel Experts, Samina Mashkur pula menjelaskan beliau akan mengadakan lawatan pembelajaran ke Terengganu pada Mac tahun hadapan bagi menjadikan negeri itu sebagai destinasi pakej pelancongan Islam kepada pelajar-pelajar dan keluarga di Eropah.

Tambahnya, ini adalah kerana beliau mendapati Kuala Terengganu adalah sebuah destinasi percutian yang harus dikunjungi oleh pelancong-pelancong beragama Islam kerana keunikan dan kepelbagaian produk pelancongan terutama bagi mendapatkan makanan halal.

KPDNKK bakal perkenalkan penyelarasan harga e-rokok


GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengeluarkan penyelarasan harga mengikut kepiawaian khusus untuk rokok elektronik atau e-rokok bagi memastikan keselamatan penggunanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan dan Sirim Bhd bagi merangka garis panduan dan penyelerasan harga untuk e-rokok itu.

Katanya, kementerian tidak bercadang untuk menyekat pengimportan vape ke dalam negara namun kerajaan harus memberi perhatian dari segi keselamatan dan kesihatan pengguna.

"Pengguna vape kini sudah capai lebih sejuta dan kita bukan nak haling mereka cuma nak cari jalan selamat untuk pengguna-pengguna ini.

"Kami tidak menyekat mereka (penjual vape), kalau dia tidak jual secara terbuka, dia akan jual dalam pasaran gelap juga. Jadi kita ingin mengelak perkara daripada berlaku, oleh itu kita sedang berbincang untuk mencari jalan penyelesaian," katanya selepas Lawatan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di Little India di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata beliau berpuas hati dengan tinjauan harga barang di Kompleks Pasar Bayan Baru dan Little India di negeri ini.

Katanya, kementerian telah membuat lebih 12,000 pemeriksaan di seluruh negara dan tiada sebarang kes direkodkan kerana semua peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
"Semua bekalan dan barangan sambutan perayaan Deepavali ini mencukupi mengikut harga yang ditetapkan pada permulaan Skim Kawalan Harga dari 5 hingga 14 Nov," katanya.

Antara barang keperluan yang disenaraikan dalam harga terkawal termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil India, bawang besar import, ubi kentang import dan kacang dal.

Bakal bina Bandar Wakaf

Written By Unknown on Friday 6 November 2015 | 19:16


KUALA TERENGGANU- Bandar Wakaf yang akan dibangunkan di kawasan Bandar Baru Kuala Nerus akan menekankan kepada pembangunan ekonomi orang Islam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bandar wakaf itu yang berkeluasan 8.8 hektar (22 ekar), akan dilengkapi dengan kawasan komersial, perumahan dan hotel yang menggunakan konsep wakaf sepenuhnya.

Menurutnya, bandar wakaf itu adalah hasil cadangan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) serta Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan turut mendapat kerjasama dari Waqaf An-Nur Corporation Bhd, (WANCorp), iaitu institusi wakaf korporat pertama di Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

“Ia akan diuruskan oleh Maidam manakala kerajaan negeri akan menyediakan kawasan cadangan. Konsep wakaf ini banyak diamalkan di luar negara terutamanya untuk pendidikan.

Universiti Al-Azhar misalnya, menggunakan konsep wakaf yang pada akhirnya pelajar tidak perlu lagi bayar yuran.

“Ini yang kita sedang perhalusi, bagaimana cara pelaksanaannya. Mungkin sebahagian penghuninya adalah pelajar yang layak memandangkan terdapat banyak institusi pengajian tinggi berhampiran.

“Peniaganya juga mungkin dari kalangan orang asnaf yang mana ia tidak akan membebankan mereka kerana kita ingin memastikan pembangunan ekonomi orang Islam. Konsep yang akan dilaksanakan nanti adalah sebagaimana yang dilaksanakan di Turki,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman di sini, kelmarin.

Sebelum itu, beliau turut menyaksikan majlis penyerahan zakat RHB yang diwakili Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad, Ibrahim Hassan kepada Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Pembangkang perlu faham AKTA perjanjian perairan minyak

Written By Unknown on Monday 19 October 2015 | 15:51

FAQ: Menjawab Persoalan Mengenai Royalti Minyak

  1. Pakatan Rakyat mahupun penyokongnya selalu memberi label kepada kerajaan pusat yan g dikuasai Barisan Nasional. Diantara 

    label yang sering diberikan adalah “merampas hak rakyat”, “zalim”,”mencuri” dan pelbagai label yang lain.
  2. Apabila ditanya apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “zalim” atau “merampas hak rakyat”, diantara jawapan yang diberikan adalah merujuk kpd isu royalty minyak Kelantan yang kononnya dirampas oleh kerajaan pusat.
  3. Dakwaan dan tohmahan ini dibuat dan disebarkan dan disertakan dengan fakta-fakta sekerat sehingga banyak pihak yang tertipu dan terpedaya. Malah ada yang bergelar ustaz pun terpedaya dan turut sama menyebarkan kecaman-kecaman serupa tanpa berfikir dan mencari kebenaran
  4. Blog ini, semenjak awal kemunculannya telah menekankan betapa pentingnya setiap individu mencari kebenaran sebelum percaya dengan segala dakwaan terutama apabila ianya datang dari orang politik. Ini kerana sesetengah pihak gemar mewujudkan persepsi negative yang membawa kepada politik kebencian.
  5. Kembali kepada isu royalty minyak. Mari kita lihat satu persatu dakwaan mereka dan kita bandingkan dengan fakta kebenaran. Dakwaan-dakwaan ini saya petik daripada NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan beberapa media/blog pro-pembangkang.
Dakwaan 1
Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen menggantikan Odinan Darurat 1969. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.
Jawapan
  1. Ordinan Darurat 1969 tidak pernah dimansuhkan sehinggalah pada 24 November 2011. Ini lanjutan daripada pengumuman PM bahawa beberapa proklamasi darurat termasuk yang berkaitan dengan Akta ISA akan dimansuhkan. Oleh itu pada 24 November 2011 dan 20 December 2011, ordinan darurat tersebut telah dimansuhkan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sehubungan dengan itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) no.7, 1969 yang menjelaskan pensempadanan wilayah perairan (territorial waters) juga tidak sah dalam masa 6 bulan dari tarikh pemansuhan ordinan ini kecuali sekiranya sesuatu dilakukan sebelum tamat tempoh ini.
  2. Lanjutan daripda pemansuhan ordinan ini, pada 18 June 2012, YDP Agong berkenan meluluskan AKTA 750 (Territorial Sea Act 2012) dan di gazetkan pada 22 June 2012.
  3. Perhatikan, bahawa Akta 750 ini diluluskan sebelum berakhirnya tempoh 6 bulan berkuatkuasanya pemansuhan ordinan darurat 1969.
  4. Akta 750, berkenaan dengan `territorial waters’ juga menulis perkara yang sama seperti didalam ordinan darurat 1969. Rujuk Rajah 1
  5. Kenapa akta ini penting ?  Ini kerana, akta ini menerangkan berkenaan apa yang dimaksudkan oleh territorial waters seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara 1965.
  6. Kenapa perlu rujuk Kanun Tanah Negara ? Ini kerana, Kanun Tanah Negara menjelaskan berkenaan `Tanah Negeri’ yang tidak terdapat dalam Akta Petroleum 1974.
  7. Bukankah Akta Petroleum 1974 dah cukup? Akta Petroleum 1974 adalah hanya untuk penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali kepada Petronas.Sebagaimana Malaysia memberikan hak tersebut  kepada Petronas, demikian jugalah kerajaan negeri memberi hak eksplorasi dan carigali kepada Petronas (tanpa boleh batal).
  8. Bukankah penyerahan hak oleh kerajaan negeri bermakna hak tersebut pada asalnya adalah hak kerajaan negeri dan Petronas diminta membayar tunai? Hak yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah kawasan yang merupakan hak kerajaan negeri atau sempadan yang dimiliki oleh negeri. Untuk kawasan yang bukan hak kerajaan negeri, hak kepada Petronas diberikan oleh Kerajaan Pusat.
  9. Macam mana nak tahu hak wilayah kerajaan negeri?Hak kerajaan negeri termaktub dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Sila rujuk definasi `Tanah Negeri’ pada rajah 2.
Rajah 1: Sebahagian daripada Akta 750 Territorial Sea Act 2012
yang menggantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan ‘Territorial Waters’
Definasi `Tanah Negeri’ berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965
Rajah 2: Sebahagian dari Kanun Tanah Negara 1965
Sila perhatikan ayat yang di `bold’ kan. Ianya tertulis territorial waters.
 Penjelasan mengenai `territorial waters’ ini dirujuk kepada
 Ordinan Darurat 1969 (sebelum pemansuhan) dan akta 750
(selepas pemansuhan) seperti yang dijelaskan diatas.
Kesimpulan untuk dakwaan ini
  • Ordinan Darurat 1969 tidak dimansuhkan sehinggalah pada November 2011 dan untuk undang-undang mengenai `territorial waters’, ianya digantikan oleh Akta 750 yang digazetkan pada Jun 2012
  • Akta Petroleum adalah penyerahan hak oleh Kerajaan Malaysia dan Negeri-negeri kpd Petronas untuk operasi eksplorasi dan carigali.
  • Hak milik negeri adalah kawasan didalam sempadan negeri yang merangkumi perairan wilayah yang bermaksud jaraknya yang tidak melebihi 3 batu nautika daripada paras surut air.
Dakwaan 2 
Pada 9 Mei 1975 – Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”. Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut. 
Jawapan
  1. Seperti yang diterangkan diatas, perjanjian dibawah Akta Petroleum 1974 (akta 144) adalah untuk Malaysia dan negeri-negeri menyerahkan hak eksplorasi dan mencarigali kepada Petronas.
  2. Tidak ada disebut perkataan royalti didalam akta ini.Yang disebut adalah `bayaran tunai’ kepada negeri. Bayaran ini diberikan sekiranya eksplorasi dan carigali ini berlaku dipantai (onshore) atau dilluar pantai (offshore). Rujuk petikan perjanjian pada rajah 3. Perhatikan perkataan pantai dan diluar pantai.
Rajah 3: Petikan Perjanjian Akta Petroleum 1974
  1. Sebagai balasan, Petronas perlulah memberi bayaran tunai (cash payment) yang mempunyai nilai yang sama dengan 5% hasil minyak yang didapati dan dijual oleh Petronas. Perjanjian yang dibuat pada Mei 1975 ini adalah seperti rajah dibawah.
  1. 4.  Berdasarkan perjanjian ini, Petronas akan memberi bayaran tunai SEKIRANYA minyak didapati di negeri Kelantan. Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan samada minyak tersebut berada di negeri Kelantan atau tidak. Untuk itu, had sempadan negeri perlu ditentukan. Sempadan negeri ini boleh dilihat melalui Kanun Tanah Negara.
Dakwaan 3
Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) – Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!
Jawapan
  1. JDA adalah kawasan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan Negara Lain, sebgai contoh kerajaan Thailand. Pemilihan tempat pendaratan minyak untuk kawasan yang dikongsi bersama perlulah mempunyai kesepakatan ataupun `win-win situation’.Ianya adalah melibatkan hubungan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Thailand, oleh itu dalam hubungan dua hala antara dua Negara, pendekatan yang membawa kepada usahasama dua Negara perlu diutamakan. 
Dakwaan 4
Sekali lagi hak Negeri Kelantan ingin dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan mendaratkan minyak Kelantan ke Terengganu.
Jawapan

  1. Minyak tersebut bukan hak Negeri Kelantan mahupun Negeri Terengganu. Sila rujuk jawapan diatas.
  2. Petronas adalah sebuah entity perniagaan dan sebagai sebuah Syarikat yang besar dan mempunyai keupayaan menjalankan perniagaan dengan begitu cemerlang sudah tentu memilih jalan yang boleh membawa keuntungan kepada mereka. Mustahil, Petronas akan memilih pendekatan yang membawa kerugian. Sudah semestinya, pemilihan tempat untuk pendaratan minyak telah mengambil kira kesemua kos-kos yang terlibat diantara membangunkan satu tempat pendaratan baru beserta dengan kerja-kerja pemasangan paip dengan hanya membuat pemasangan paip yang sedikit panjang tetapi dapat mengoptimumkan penggunaan pusat pendaratan dan pemprosesan di Terengganu. Banyak factor dan kos yang akan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sekiranya satu tempat pendaratan baru perlu dibina atau ditambahbaik.
  3. Blog ini percaya, Petronas mempunyai kepakaran mereka dalam merancang operasi carigali dan pemprosesan minyak.
Dakwaan-dakwaan lain (diambill dari blog/media pembangkang)
Dakwaan 5
Kenapa Terengganu mendapat royalty sedangkan jarak tempat carigali minyak adalah jauh dari 3 batu nautica?
Jawapan
Terengganu sama seperti Kelantan tiada hak keatas minyak yang dijumpai kerana ianya bukan hak milik kerajaan negeri. Pemberian royalty kepada Terengganu adalah Ihsan dari PM dan samada ianya ditermakan sebagai royalty ataupun wang ehsan, kedua-duanya adalah ehsan PM kerana minyak yang dijumpai bukan milik Terengganu. Inilah sebabnya pada tahun 1999, bayaran royalty kepada Terengganu ditukar namanya kepada wang Ehsan kerana ianya hendak disalurkan secara terus kepada rakyat Terengganu dan bukan kepada Kerajaan Negeri. Diantara alasan yang diberikan adalah dikhuatiri, Kerajaan Negeri akan menggunakan wang ini untuk tujuan parti politik dan bukannya untuk rakyat Terengganu. Bayaran yang dibuat melalui JPP akan bergantung kepada projek-projek keperluan rakyat.Sebarang projek yang ingin dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk kebaikan rakyat Terengganu boleh mendapatkan wang ehsan ini melalui JPP. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa merubah bayaran tunai ini adalah kerana minyak yang dijumpai itu adalah hak milik kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.
Kerajaan Kelantan juga mendapat wang ehsan seperti mana yang didapati oleh Kerajaan Terengganu.
Dakwaan 6
Kenapa Sabah dan Sarawak mendapat royalty?
Jawapan
Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas kawasan pelantar benua.
Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954” dan “Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954]”.
Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.
Sebagaimana yang termaktub Di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira duti import, duti eksais, duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta hasil perlombongan galian semulajadi.
Ini adalah jaminan kelayakan yang diterima oleh Negeri Sabah dan Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri Semenanjung.
Soalan tambahan
  1. Apakah Pimpinan Pakatan Rakyat sedar akan system Perundangan yang berkaitan dengan Royalti ini?
Blog ini berpendapat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu bahawasanya, kalau berasaskan kebenaran fakta dan perundangan, mereka tiada hak keatas hasil minyak ini. Oleh kerana itulah Anwar Ibrahim telah cuba untuk membuat pindaan terhadap Akta Petroleum 1974 pada tahun 2009 dengan memasukkan kenyataan dibawah pada seksyen 10 akta tersebut :-
Beliau mahu meminda dan membuat takrifan baru pada perkataan `diluar pantai’ agar ianya menjadi hak milik kerajaan negeri. Untuk pengetahuan pembaca, Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) adalah kawasan perairan milik Negara yang berada di wilayah perairan di luar 12 batu nautical sehingga ke 200 batu nautica (sila rujuk United Nation Convention).
Ini menunjukkan bahawa belia sedar tanpa pindaan pada perkataan di luar pantai seperti diatas, ianya bukanlah milik negeri tetapi ianya adalah milik kerajaan Persekutuan.
Ini juga membuktikan bahawa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah berasaskan kepada undang-undang dan tidak pernah berniat jahat.
  1. Apakah penyelesaian kepada kemelut ini
Bagi pendapat blog ini, perkara pertama yang perlu difahami oleh seluruh rakyat adalah, pentingnya untuk kita mengutamakan kebenaran daripada politik. Sekiranya fakta dan kebenaran diutamakan, tidak akan timbul cubaan untuk menjadikannya isu politik yang dipergunakan oleh kelompok-kelompok tertentu untuk menimbulkan kebencian rakyat. Ini semua dilakukan demi survival politik mereka.
Sekiranya kita mengutamakan kebenaran dan tidak terpedaya dengan hasutan,penipuan dan fitnah yang cuba dilemparkan kepada Kerajaan Persekutuan maka InsyaAllah kita akan faham kedudukan sebenar isu ini dan dapat berfikir dengan lebih rasional.
Blog ini juga berpendapat, sekiranya kerajaan Negeri Kelantan memahami isu ini dari sudut perundangan dan mereka faham bahawa mereka tiada hak keatas minyak tersebut, pendekatan secara rundingan boleh dibuat dengan Kerajaan Persekutuan. Sekiranya Kerajaan Negeri berunding dengan cara baik kepada Kerajaan Pusat dan memohon agar dinaikkan sumbangan atau peruntukan daripada hasil minyak ini, blog ini percaya, Kerajaan Pusat bersedia menimbangkannya. Mungkin sekiranya dibincang dengan baik, Kerajaan Kelantan akan mendapat sumbangan bayaran tunai dengan jumlah yang lebih besar.
Malangnya, mungkin akibat dihasut oleh kelompok tertentu, Kerajaan Negeri bersikap angkuh dan kasar, melemparkan pelbagai tuduhan sehingga sanggup mendoakan “pecah perut” dan sebagainya sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka berada di pihak yang salah. Sekiranya mereka mengetepikan politik dan mengutamakan kebenaran, blog ini percaya keputusan yang memberi kebaikan kepada semua pihak dapat dicapai.

Tiada bangkai pesawat MH370 di selatan Filipina - KPN

Written By Unknown on Monday 12 October 2015 | 09:29


KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 dijumpai di selatan negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 dijumpai di negara itu.

"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.

Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pencarian pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas.

#MH370 Dakwaan bangkai pesawat di Pulau Sugbay cetus lebih banyak spekulasi

Written By Unknown on Sunday 11 October 2015 | 07:04


KUALA LUMPUR: Dakwaan penemuan sebuah bangkai pesawat dengan rangka manusia di kepulauan selatan Filipina menimbulkan lebih banyak spekulasi apabila ia dikaitkan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang diisytihar hilang, MH370.

Khabar yang mencetuskan pelbagai reaksi itu bermula dengan dakwaan seorang remaja lelaki yang menemui bangkai pesawat itu sewaktu memburu unggas di kawasan lembah hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi pada awal September lalu.

Di lokasi berkenaan, dia juga menemui sehelai kain lusuh dan tanpa mengetahui ia adalah sehelai bendera Malaysia. Tujuan asal remaja berkenaan mengambil kain tersebut hanyalah untuk dijadikan selimut.

“Orang di sana kehidupannya berburu dan tinggal di perkampungan atas air malah tidak menonton televisyen jadi mereka tidak mengambil tahu perihal dunia luar," kata Jamil Omar, individu yang membuat laporan polis tentang perkara itu semalam.

Menurutnya, khabar tentang penemuan remaja itu telah menjadi buah mulut hingga sampai ke pengetahuan ibu saudaranya, Siti Kayam, yang menetap di kepulauan tersebut dan sering ke Sabah.

“Apabila barangan yang diambil dari bangkai pesawat seperti yang didakwa remaja itu, dia (Siti Kayam) terkejut kerana ia adalah bendera Malaysia," kata Jamil kepada Astro AWANI.

Tambahnya, bendera yang dalam keadaan usang tetapi tidak reput itu bagaimanapun diberitahu telah dicuci.
Mengulas lanjut, Jamil berkata beberapa anggota polis telah datang ke rumahnya dan mengambil keterangan ibu saudaranya serta kain bendera tersebut.

Pada Sabtu, Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam kenyataan mengesahkan menerima laporan tersebut di Balai Polis Sandakan pada Jumaat dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.


Polis Filipina terkejut

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis di selatan Filipina terkejut dengan dakwaan penemuan bangkai pesawat dengan bendera Malaysia di kawasan hutan terpencil itu.

Portal The Star Online melaporkan, seorang pegawai kanan polis Filipina di ibu pejabat Wilayah Autonomi Muslim Mindanao berkata tidak pernah ada laporan mengenai pesawat terhempas di kepulauan mereka.

“Kami akan menyiasat, namun kalau ia benar berlaku, tentunya sudah dimaklumkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam. Setakat ini memang tidak ada,” kata Superintenden Rodoleo Jocson.


Bukan prosedur
Sementara itu, sumber daripada petugas kabin pesawat MAS memberitahu Astro AWANI bahawa bukan menjadi prosedur wajib untuk setiap pesawat MAS membawa bendera Malaysia.

“Namun, bendera itu mungkin dibawa sendiri oleh penumpang pesawat. Tidak boleh begitu mudah untuk mengaitkan penemuan sehelai bendera yang lusuh dengan pesawat MH370,” ujar sumber berkenaan.

Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

#MH370 PDRM tunggu pengesahan pihak berkuasa Filipina - KPN


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah meminta kerjasama pihak berkuasa Filipina untuk ke lokasi yang didakwa ada serpihan pesawat di Pulau Sugbay di Selatan Filipina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menunggu pengesahan dari pihak berkuasa Filipina sebelum membuat tindakan susulan.

Menurut Khalid, pengesahan itu dijangka mengambil tempoh dua hari.

"Kita sudah minta rakan di Filipina untuk membuat pemeriksaan... untuk pergi ke lokasi berkenaan dan buat pengesahan kalau ada. Setakat ini, kita dah buat pemeriksaan tapi kita belum dapat apa-apa lagi," katanya selepas Majlis Penutupan Sukan 4 Penjuru ke-12 Sukep di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, pada Ahad.

Laporan polis berhubung penemuan itu dibuat oleh salah seorang penduduk di kepulauan itu di Balai Polis Sandakan dan setakat ini tiada bukti kukuh selain gambar yang dibawa pengadu.

Sebelum ini, dilaporkan dakwaan bangkai pesawat di Pulay Sugbay itu mencetus lebih banyak spekulasi yang dikaitkan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 8 Mac 2014.

Khabar yang mencetuskan pelbagai reaksi itu bermula dengan dakwaan seorang remaja lelaki yang menemui bangkai pesawat itu sewaktu memburu unggas di kawasan lembah hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi pada awal September lalu.
LAGI BERITA MH370 DI SINI




Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Polis Sabah Siasat Kesahihan Bangkai MH370 Ditemui

Written By Unknown on Saturday 10 October 2015 | 18:23


KOTA KINABALU – Polis Sabah masih lagi menyiasat kesahihan kandungan laporan polis berhubung penemuan bangkai sebuah pesawat kononnya MH370 milik Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sebuah pulau di selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan tersebut di Balai Polis Sandakan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi.

(BACA JUGA > Polis terima laporan bangkai pesawat dipercayai MH370 ditemui di Selatan Filipina)

“Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu,” katanya menerusi kenyataan media di sini, malam Sabtu.
Jalaluddin menjelaskan, seorang lelaki yang bernama Jamil Omar telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa ibu saudaranya menemui satu bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di selatan Filipina.

“Ibu saudara Jamil itu mendakwa dalam pesawat berkenaan terdapat banyak rangka manusia selain dia juga menjumpai sehelai bendera Malaysia yang berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar,” kata beliau.
Bagaimanapun, Jalaluddin memberitahu, pihak polis masih belum lagi dapat memastikan kepastian sama ada laporan yang mereka terima itu sebagai memang adalah benar ataupun mungkin sekadar maklumat palsu.

Dalam laporan berkenaan, lelaki berusia 40-an itu mendakwa ibu saudaranya yang berasal dari Tawi-Tawi itu menemui bangkai pesawat berkenaan yang dipercayai MH370 di pulau tersebut pada awal September lepas.

Sementara itu laporan lain pula menyatakan, lelaki yang bekerja sebagai juruteknik audio visual itu berkata dia, anak saudaranya serta beberapa yang lain sedang memburu burung ketika mereka menjumpai bangkai tersebut.

Akhbar The Star melaporkan, mereka kemudian mendekati bangkai itu sebelum menjumpai rangka manusia, malah turut menemui rangka di bahagian tempat duduk juruterbang yang masih lagi memakai tali pinggang.

Pesawat MH370 milik MAB itu dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu ketika melakukan penerbangan dari KLIA Sepang ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.- Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Polis tunggu masa dapatkan 'rahsia' murid Orang Asli mampu bertahan 48 hari


GUA MUSANG: Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi yang ditemui masih hidup  terutamanya mengenai ‘rahsia’ mereka dapat bertahan lebih 45 hari.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya juga mahu mengetahui tentang sebab operasi pencarian gagal pada peringkat awal, namun proses soal siasat belum dapat dilakukan sepenuhnya memandangkan keadaan murid yang ditemui itu masih lemah.

Menurutnya, dari gambaran awal yang diberikan, kedua murid berkenaan memaklumkan dapat bertahan dengan memakan rumput dan minum air sungai untuk menahan diri daripada kelaparan.

“Buat masa ini, kita nak bertanya banyak pun tak boleh sebab mereka dalam keadaan tidak bermaya dan nanti terganggu pula fikiran dan emosi. Kita akan tunggu lampu hijau dari pakar untuk ambil kenyataan.

"Kita kena beri masa dalam kes ini kita tolak kemungkinan yang lain seperti (terlibat dalam sindiket) jual organ dan sebagainya,” ujar Mazlan.
Sementara itu, tiga murid lain yang meninggal dunia itu dipercayai mengalami dehidrasi dan kelaparan. Siasatan awal polis juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam insiden hilang tersebut.

Menceritakan kembali kesukaran pasukan mencari menemui murid-murid berkenaan, Mazlan menjelaskan, pelajar berkenaan didapati bersembunyi di lokasi bergua di bawah akar yang besar berhampiran tebing sungai.

Katanya, penemuan mayat pertama pada 7 Oktober lepas disebabkan arus sungai menghanyutkan jasad berkenaan.

Penemuan rangka di atas tebing juga disebabkan dibawa arus sungai.

Walaupun pasukan mencari sudah melalui kawasan itu berdasarkan peta dan panduan, mereka gagal menemui murid berkenaan kerana bersembunyi di dalam gua berkenaan.

"Mereka terlindung oleh sungai yang jika airnya pasang akan melindungi akar berkenaan dan hanya akan kelihatan apabila airnya surut," jelasnya.

Tambahnya, pelajar berkenaan tidak menyeberangi sungai dan mereka dikatakan bersembunyi kerana ketakutan.

Polis terima laporan bangkai pesawat dipercayai MH370 ditemui di Selatan Filipina


KUALA LUMPUR: Polis Sabah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan serpihan pesawat di selatan perairan Filipina pada Sabtu.

Menurut laporan yang diterima, bangkai berkenaan dipercayai milik MH370 kerana terdapat bendera Malaysia pada pesawat  tersebut.
(BACA  JUGA> Polis Sabah Siasat Kesahihan Bangkai MH370 Ditemui )
(BACA JUGA >> #MH370 Dakwaan bangkai pesawat di Pulau Sugbay cetus lebih banyak spekulasi)

Laporan the Star yang dipetik sebagai berkata, laporan polis mengenai penemuan itu dibuat seorang lelaki yang percaya bangkai pesawat dengan tulang manusia di dalamnya adalah milik MH370.

Bangkai pesawat itu dikatakan ditemui anak saudaranya di Pulau Sugbay, ke selatan Pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina beberapa hari lalu.


Dia bertindak mengambil bendera Malaysia tersebut sebelum memaklumkan kepada bapa saudaranya.

Sementara itu, Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan tersebut dan akan menjalankan siasatan.

Pesawat malang  itu membawa 239 penumpang dan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum dilaporkan hilang. 
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-terima-laporan-bangkai-pesawat-dipercayai-mh370-ditemui-di-selatan-filipina-76026
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Temui ajal ketika tebang buluh

Written By Unknown on Friday 9 October 2015 | 21:49


BESUT - Seorang wanita warga emas terpaksa berjalan kaki kira-kira dua kilometer untuk meminta bantuan penduduk kampung selepas suaminya rebah dan meninggal dunia ketika menebang buluh di tepi sebuah ladang kelapa sawit Kampung Padang Buluh, Hulu Besut, di sini, kelmarin.

Wanita terbabit, Noriah Ali, 55, terpaksa berjalan kaki sejauh itu  kerana tidak pandai  memandu kereta yang dibawa suaminya ke tempat kejadian, sebelum tiba di kawasan penempatan yang terdekat.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 pagi, Noriah bersama suaminya,  Ismail Mahmud, 58, bergerak dari rumahnya di Kampung Kayu Kelat, Hulu Besut untuk  ke tempat kejadian dengan sebuah kereta  bagi tujuan menebang buluh untuk membuat pencucuk sate.

Menurut Noriah, sebelum tiba di tempat kejadian, mereka sempat singgah membeli nasi bungkus  di Kampung Gong Duek dan kemudian meneruskan perjalanan ke tempat kejadian.

“Setelah menebang kira-kira tiga batang buluh di tepi sungai berhampiran kebun kelapa sawit, kira-kira jam 12 tengah hari, tiba-tiba suami saya terjatuh dan terus tidak sedarkan diri.

“Saya dapati dia sudah tidak bergerak dan tidak bernyawa, kemudian saya ambil keputusan keluar berjalan kaki untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk terdekat, kira-kira dua kilometer daripada tempat kejadian,” katanya.

Noriah berkata, orang awam kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis tidak lama selepas itu.

Menurutnya lagi, suaminya disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

“Kejadian itu amat mengejutkan saya kerana suami tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, walaupun sebelum ini dia memang mempunyai masalah jantung.

“Kami mencari buluh untuk membuat pencucuk sate yang akan dijual  di pasar malam pekan Pasir Akar pada malam kejadian,” katanya yang berniaga di pasar malam sekitar Hulu Besut dan mempunyai tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian tersebut.

Khaled berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

“Siasatan pihak polis turut mendapati punca kematian mangsa  tidak ada kaitan dengan unsur jenayah ataupun khianat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kata Khaled lagi, mayat mangsa kemudian dituntut  keluarga untuk dikebumikan.
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Dua lagi murid SK Pos Tohoi ditemui, satu maut


GUA MUSANG - Dua lagi kanak-kanak Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak  penghujung Ogos lalu ditemui selamat di Sungai Perias di sini, hari ini.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Misudiar Aluj, 11 dan rakannya, Noreen Yakob, 10, ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Dalam pertemuan itu juga, satu mayat turut ditemui bersama mereka, bagaimanapun identitinya tidak dapat dikenalpasti lagi.

Penemuan ketiga ini menjadikan lima mangsa keseluruhan ditemui daripada tujuh yang dilaporkan hilang. SHAH ALAM - "Alhamdulillah ada yang terselamat. Subha-ALLAH," itu antara komen netizen di laman sosial susulan penemuan dua murid Orang Asli yang masih hidup sejak hilang penghujung Ogos lalu. Rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan berharap dua lagi murid yang masih belum ditemui masih terselamat. Zamley Nayan Menulis: “Alhamdulillah, ada dua pelajar yang terselamat. Semoga dua yang lain dapat ditemui dalam keadaan yang selamat jua. Takziah bagi tiga pelajar yang terkorban. "Alhamdulillah syukur...semoga anak-anak yang lain pun masih selamat. Sama-samalah kita berdoa moga ALLAH beri pertunjuk pada kita semua. Amin," tulis Isad Adwa. Dalam pada itu, netizen turut melahirkan rasa kagum serta semangat yang ditunjukkan kanak-kanak itu untuk terus hidup. "Azam untuk terus hidup amat kuat kanak-kanak ni. Walau sebulan lebih tak makan makanan yang berkhasiat, akhirnya kembali jua ke pangkuan keluarga,” tulis Lily Yana. Sementara itu, Addukhan Aswad pula berkata, “Kesiannya, apa la yang diorang makan, apa pun alhamdulillah, budak ni memang cekal dan berani.” Misudiar Aluj, 11 dan rakannya, Noreen Yakob, 10, ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya oleh pasukan mencari dan menyelamat hari ini.
 UPDATED -- 
SHAH ALAM - "Alhamdulillah ada yang terselamat. Subha-ALLAH," itu antara komen netizen di laman sosial susulan penemuan dua murid Orang Asli yang masih hidup sejak hilang penghujung Ogos lalu.

Rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan berharap dua lagi murid yang masih belum ditemui masih terselamat.

Zamley Nayan Menulis: “Alhamdulillah, ada dua pelajar yang terselamat. Semoga dua yang lain dapat ditemui dalam keadaan yang selamat jua. Takziah bagi tiga pelajar yang terkorban.

"Alhamdulillah syukur...semoga anak-anak yang lain pun masih selamat. Sama-samalah kita berdoa moga ALLAH beri pertunjuk pada kita semua. Amin," tulis Isad Adwa.

Dalam pada itu, netizen turut melahirkan rasa kagum serta semangat yang ditunjukkan kanak-kanak itu untuk terus hidup.

"Azam untuk terus hidup amat kuat kanak-kanak ni. Walau sebulan lebih tak makan makanan yang berkhasiat, akhirnya kembali jua ke pangkuan keluarga,”  tulis Lily Yana.

Sementara itu, Addukhan Aswad pula berkata, “Kesiannya, apa la yang diorang makan, apa pun alhamdulillah, budak ni memang cekal dan berani.”

Misudiar Aluj, 11 dan rakannya, Noreen Yakob, 10, ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya oleh pasukan mencari dan menyelamat hari ini.


Dalam penemuan itu juga, satu mayat turut ditemui bersama mereka, bagaimanapun identitinya tidak dapat dikenal pasti lagi.

Penemuan ketiga ini menjadikan lima mangsa keseluruhan ditemui daripada tujuh yang dilaporkan hilang.

Dalam kejadian 23 Ogos lalu, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki Orang Asli berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan melarikan diri daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

Ternak toman bunga beri kepuasan

Written By Unknown on Wednesday 7 October 2015 | 10:25


BESUT - Jika orang ramai lebih gemar menternak ikan air tawar, tetapi tidak bagi Mohd Yusof Bidi, 51, yang menjadikan penternakan ikan toman sebagai salah satu sumber pendapatan sampingannya.

Mohd Yusof berkata, menternak ikan toman (chana melanostoma) dari spesies toman bunga menjadi satu kepuasan buatnya.

Menurutnya, dia mula menternak ikan tersebut di dalam sangkar kanvas bekas ternakan ikan keli di tepi rumahnya sejak dua tahun lalu.

“Saya peroleh benih anak toman dari rakan selain tangkap sendiri anak ikan toman liar yang hidup di kawasan anak Sungai Besut sekitar Kampung Padang Buluh.

“Lebih 200 ekor benih ikan itu yang bersaiz sebesar ibu jari tangan orang dewasa dilepas di dalam sangkar tersebut kemudian diberi makan anak ikan kecil,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kayu Kelat.

Mohd Yusof yang lebih dikenali dengan panggilan Arif berkata, ikan tersebut semakin membesar namun pada peringkat awal puluhan ekor telah mati kerana tercekik ikan puyu yang dimakannya.

Bagaimanapun katanya, kejadian itu memberi ilmu dan pengalaman kepadanya supaya tidak memberi ikan toman yang masih kecil serta sederhana besar memakan ikan puyu.

“Lama-kelamaan ikan ternakan saya makin besar dan lincah di dalam air, giginya tajam dan pergerakannya agak ganas.

“Saya perlu berhati-hati ketika beri ikan tu makan dan tak sesekali memasukkan tangan atau jari ke dalam air. Bayangkan... anak ikan haruan terputus dua dengan sekali digigit ikan toman,” katanya.

Tambah Arif, selain menjadikannya sebagai hobi, ikan toman ternakannya turut dijual sebagai ikan hiasan di dalam akuarium kerana coraknya yang menarik selain aksinya yang lincah.

Katanya, lebih 100 ekor ikan toman ternakannya itu mencapai saiz sebesar lengan orang dewasa telah dibeli pelanggan untuk tujuan hiasan dengan harga RM50 seekor.

“Saya bercadang bina kolam konkrit berhampiran rumah saya untuk ternak lebih banyak ikan toman.

“Tiada masalah untuk saya dapatkan umpan bagi beri makan sekali atau dua kali sehari ikan ni sebab rumah saya dekat dengan tali air dan sawah padi,” katanya.

Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger