Amanah sedia 'selamatkan' Kelantan?
Written By Unknown on Monday, 9 November 2015 | 19:34
PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima Amanah). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di sini, malam tadi.
Mat Sabu berkata pada masa ini, Amanah akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak... kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya. - Bernama
Related Articles
- Pas Kelantan rujuk kes Husam ke Pas Pusat
- Cadangan Tukar Presiden Parti Pas Tidak Menyelesaikan Masalah- Mohd Amar
- Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew telah kalah dalam saman bernilai RM557 juta.
- Anwar Tolak Sistem Perubatan Negara
- PKR Umpama Kambing Hitam, Budak Suruhan Dap Untuk Lari Debat
- Husam digesa keluar dari PAS - Dewan Ulama
Labels:
Politik
Post a Comment