BERITA TERKINI
Showing posts with label Berita Politik. Show all posts
Showing posts with label Berita Politik. Show all posts

Lidah Rasmi PAS Terengganu Tiada Kredibiliti (Artikel FITNAH & Berniat JAHAT)

Written By Unknown on Monday 9 November 2015 | 04:10


“Tiada kredibiliti”, itulah yang saya dapat rumuskan setelah membaca sebuah artikel yang dikatakan sebagai mewakili lidah rasmi PAS Terengganu menerusi artikelnya yang gigih menghentam kepimpinan kerajaan negeri Terengganu melalui artikelnya yang berjudul, ‘Wahai Razif, Pemimpin Kerajaan UMNO Terengganu…Janganlah Tamak Haloba’

Dengan bermodalkan fakta tidak jelas, “pointless remark” dan emosi editor, penulisan yang seakan ‘meroyan’ ini mungkin kerana halatuju PAS itu kini semakin pudar, kelam dan tenggelam dek keghairahan Parti Amanah Negara menerobosi Terengganu yang kononnya gah sebagai kubu kuatnya.

Lebih malang apabila tiada siapa lagi hendak dipersalahkan di atas punca perpecahan parti tersebut, dan talian hayat terakhirnya adalah dengan memburukkan kerajaan negeri Terengganu yang utuh di bawah kepimpinan UMNO. Dengan harapan sedikit sebanyak dapat menutup  serta mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu perpecahan besar-besaran yang sedang berlaku di dalam PAS pada ketika ini.

Program ceramah sempena Perasmian Pejabat Amanah Marang oleh Parti Amanah Negara yang baru sahaja berlangsung semalam di Bukit Payung, Marang bukan lagi satu rahsia. Tamparan hebat inilah yang mungkin membuatkan PAS biol sebentar, terpinga-pinga dan tidak senang duduk lantaran ikrar PAN meruntuhkan kubu kuat PAS di Marang.

Berbalik kepada serangan penuh emosi dari lidah rasmi PAS Terengganu, saya agak kecewa membaca ‘fakta’ serangan yang kononnya ingin menunjukkan kepincangan dan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Suka saya kelaskan serangan tersebut sebagai sekadar ‘sembang kedai kopi’ dan ‘lepas geram’. Pada mulanya saya fikir hanya saya beranggapan sebegitu. Rupanya lebih ramai mempunyai pendapat yang sama setelah membaca artikel serangan tersebut.

Manakan tidak, satu demi satu perenggan yang diteliti memperlihatkan bayangan editor sedang menaip emosi penuh kebencian tanpa satu fakta yang jelas. Ada baiknya beliau mencarut sepuasnya sahaja dalam artikel tersebut… tidak ada beza.

Editor portal gagal mempamerkan sentimen rakus yang mengaitkan keterampilan Razif sebagai seorang pemimpin yang kononnya tamak haloba.  Dan siapakah beberapa ‘kerat’ pemimpin UMNO yang dikatakan mahu keuntungan segera itu? Boleh buktikan? Boleh senaraikan supaya rakyat tahu? Inilah yang saya maksudkan dengan ‘tiada kredibiliti’. Jika beliau (editor)  telus dalam membongkar keterlibatan beberapa ‘kerat’ pemimpin UMNO yang mahu keuntungan segera ini, SENARAIKAN.

Saya pasti bukan sahaja ahli PAS berminat hendak tahu, bahkan ahli UMNO dan seluruh rakyat juga pasti hendak tahu sejauh mana prinsip INTEGRITI yang dibawa oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman.

Namun jika tiada apa-apa pembuktian yang mampu mengukuhkan tuduhan serta penulisan di dalam portal tersebut, dapat saya simpulkan  apa yang saya perkatakan sejak mula yakni penulisan lidah rasmi PAS Terengganu TIADA KREDIBILITI adalah tepat. Malanglah bagi pembacanya.

Dimanalah agaknya penulis portal tersebut mendapat angka yang mengatakan hutan seluas 6000 Hektar digondolkan untuk aktiviti melombong bijih di Bukit Besi? Sedangkan gambar yang dipaparkan di portal tersebut menunjukkan angka yang jauh lebih rendah iaitu seluas 476 Hektar. Meluaskan operasi melombong bijih besi ini pula kenyataan siapa?

Isu berkenaan perlombongan bijih besi ini seringkali dijawab oleh pihak kerajaan negeri Terengganu. (rujuk link dibawah)

Walaubagaimanapun, saya faham dengan jelas sikap editor portal yang tidak mempunyai kredibiliti. Lebih-lebih lagi penulisan di laman portal yang bertindak sebagai lidah rasmi sebuah parti yang berada di ambang kerapuhan. Apakah lidah rasmi PAS Terengganu tidak gentar berhadapan tindakan saman kerana putarbelit dan fakta yang salah?

Lempar batu sembunyi tangan itu sikap pengecut. Tidak hairan jika selama ini PAS ditindas semasa berada bersama Pakatan Rakyat dan disepak tendang apabila munculnya Pakatan Harapan. Ciri-ciri tersebut memang terserlah.

Kenapa bukan Amanah yang tanding?

Written By Unknown on Saturday 7 November 2015 | 20:21


KOTA BHARU - Pas yakin dapat mempertahankan lapan kerusi Dun Selangor miliknya walaupun bakal ditandingi DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebelum ini Pas telah berulang kali menyatakan tidak pernah berganjak daripada perjuangan mengekalkan kerusi milik parti itu termasuklah pada PRU14.

“Kami yakin, insya-ALLAH, Pas mampu kekalkan kerusi tersebut, yang penting semua sayap bergabung dan kuatkan saf untuk hadapi PRU14,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

[ ARTIKEL BERKAITAN: ‎Tanding lapan kerusi, taktik DAP pecah undi Pas ]

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu mengulas mengenai tindakan DAP yang bercadang bertanding di lapan kerusi Pas di Dun Selangor pada PRU14.

Mengenai kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad didakwa sebagai berkata, tindakan DAP untuk bertanding kerusi tersebut bukanlah disebabkan kurang yakin dengan Amanah, namun disebabkan hilang keyakinan kepada Pas, kata Mohd Amar :

"Jika benar hilang keyakinan terhadap Pas, maka DAP sepatutnya membuat keputusan sebaliknya dan bekerjasama dengan rakan komponennya dalam Pakatan Harapan itu.

“Kalau hilang keyakinan, dia (DAP) patut bagi laluan kepada Amanah".

Ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor, beliau hanya menjawab ringkas, perkara tersebut perlu dirujuk terus dengan Abdul Hadi

Tanding lapan kerusi, taktik DAP pecah undi Pas


KOTA BHARU - Tindakan DAP yang bercadang untuk bertanding lapan kerusi Pas di Selangor disifatkan sebagai taktik untuk memecah undi Pas di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Wan Nik Wan Yusoff berkata, selain itu ia memperlihatkan taktik DAP untuk mengembalikan Umno di kerusi yang komposisi pengundinya adalah 20 hingga 30 peratus adalah bukan Melayu.

“Ia kerana difahami Pas menang pada PRU13 lalu adalah sumbangan pengundi bukan Melayu. Jika DAP bertanding di kawasan itu, bagi DAP, mereka akan dapat undi itu dan pengundi tidak akan mengundi BN, maka Pas akan peroleh undi Melayu sahaja. Itu yang tersirat,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau diminta mengulas kenyataan Khalid Samad yang menafikan tindakan DAP untuk bertanding di lapan kawasan di Selangor disebabkan oleh kurang keyakinan kepada rakan baru mereka iaitu Amanah, tetapi sebaliknya tidak yakin langsung dengan Pas.

Menurutnya, dalam sebuah negara mengamalkan demokrasi dan pilihan raya, semua parti berhak bertanding tanpa batasan, asalkan mengikut lunas undang-undang yang ada.

Beliau yang juga Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan berkata, sekiranya bertanding dengan alasan misi mencuba nasib di kawasan bukan popular bagi parti itu, maka kesannya adalah kepada parti yang tidak kuat, termasuklah juga parti yang mencuba nasib itu.

“Bagi berdepan taktik DAP ini, Pas Selangor seharusnya menggunakan pendekatan yang mesra dan berkebajikan kepada pengundi tanpa batasan kaum.

“Malah peranan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) juga perlu lebih aktif bagi menawan hati budi pengundi bukan Melayu,” katanya.

Pemerhati: Pas dahulu bukanlah yang sekarang

Written By Unknown on Friday 6 November 2015 | 18:57


Kuala Lumpur - Penganalisis politik berpandangan Pas bakal menjadi parti pembangkang yang memainkan peranan lebih besar berbanding parti lain di negara ini meskipun sekarang parti Islam itu dilihat agak berkecamuk.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, apa yang dilalui Pas hari ini hanya sementara sebagai proses peralihan.

"Apa yang berlaku sekarang dalam Pakatan Harapan meletakkan Pas di luar kerjasama itu. Situasi ini dinamakan sebagai peralihan dan ia memang seolah-olah menampakkan peranan yang berkecamuk tetapi Pas itu sendiri mempunyai dasar parti dan hala tuju yang jelas, jadi, tidak menjadi masalah kepada proses sementara ini.

"Kerana pada masa akan datang itu, kita dapat lihat Pas yang 'moderate' ini akan dapat memainkan peranan yang lebih besar kepada negara.

"Ketika peralihan ini, kita akan nampak tindakan Pas itu kadang-kadang bercelaru namun masih jelas dasar partinya," katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya lagi, Pas hari ini dilihat lebih bersederhana dan jauh berbeza dengan sejarah parti itu.

"Kita lihat perkembangan Pas hari ini yang bergerak ke arah lebih 'moderate'... lebih bersederhana. Ini berbeza dengan sejarah Pas yang terdahulu.

"Ini satu proses evolusi parti yang baik untuk Pas itu sendiri dan juga perkembangan politik negara," katanya.

Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, Pas kini dilihat lebih melihat isu berbanding hala tuju parti.

"Jika Pas mahu berperanan begitu (seperti pembangkang di luar negara), saya tak tahu sama ada boleh dikatakan Pas itu sudah matang ataupun tidak tapi nampak sekarang ini Pas lebih melihat kepada isu berbanding dengan parti itu ke arah mana dia nak bawa.

"Mungkin itu dasar yang Pas ambil tapi realistik atau tidak keputusan Pas itu, kita belum nampak lagi. Jadi kita nak tengoklah apa yang Pas nak buat seterusnya," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, konsep kerajaan dan pembangkang di negara ini perlu diubah segera bagi memastikan kita mampu mencapai kematangan berpolitik.

"Pembangkang ini tidak sepatutnya membangkang semua perkara. Kena lihat isu atau dasar yang dibawa kerajaan yang difikirkan elok, tiada masalah sekiranya dia menyokong. Jika mengkritik pun, mengkritik secara konstruktif untuk menambah baik dasar tersebut.

"Tapi di Malaysia, nampak banyak isu yang dibawa kerajaan itu dikritik, dibantah oleh pembangkang tanpa hujah yang rasional tapi kadang-kadang ada juga yan rasional cuma banyak yang tak rasional lah.

"Jadi, konsep kerajaan dan pembangkang di Malaysia kena ubah bagi menunjukkan kematangan yang perlu ada dalam membincangkan isu-isu tertentu. Jika tidak, sampai bila pun kita tidak sampai ke tahap kematangan berpolitik dalam negara," katanya.

Menyebut tentang konsep pembangkang di luar negara termasuk Amerik Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), Azizuddin berkata, ahli parti kerajaan tidak semestinya menyokong semua dasar kerajaan manakala pembangkang juga tidak membangkang semua perkara.

"Seperti di AS, ahli parti kerajaan pun ada yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan. Walaupun berjuang duduk dalam parti politik, tapi mereka tengok isu. Kemungkinan juga ahli dalam parti pemerintah boleh menyerang, tidak semestinya pembangkang yang menyerang.

"Di UK pun begitu juga. Bergantung kepada isu, dasar yang nak dibentuk. Dalam konteks demokrasi matang, ia tidak melihat kesetiaan buta (blind loyalty) kepada parti. Mereka boleh menyerang dan mempertahankan dasar-dasar yang dibuat. Kadang-kadang pembangkang pula yang bersetuju dengan dasar kerajaan. Pendekatan itu berbeza dengan negara kita," katanya.

Tambahnya, di Malaysia, konsepnya lebih kepada 'party oriented' berbanding 'issue oriented'.

Keputusan Terkini PRK Permatang Pauh

Written By Unknown on Thursday 7 May 2015 | 03:23

Keputusan PRK Permatang Pauh Akan Di Updated Sebentar lagi... teruskan Bersama TIN MILO untuk keputusan terkini



keputusan tak rasmi TERKINI

7.37pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:
Bn 14034
Bebas 244
PKR 20727
PRM 89
Majoriti 6693
7.24pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:
BN 10588
Bebas 173
PKR 16009
PRM 62
Majoriti 5421
7.18pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:
BN 9793
Bebas 163
PKR 14958
PRM 60
Majoriti 5165
7.15pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:
PKR 14,540
BN 9,550
Bebas 163
PRM 60
Majoriti 5,027
7.07pm: Keputusan tidak rasmi setakat ini:
PKR: 12,008
BN: 7,863
Bebas: 146
PRM: 50
Majoriti: 4,145

Video Video Keganasan Penyokong PKR Di PRK Permatang Pauh

Inilah budaya PKR, BUDAYA GANAS SEGANAS GANASNYA, BARU PRK sudah tunjuk


samseng, tak tahu la jika meraka berjaya memerintah malaysia macam mana jadi pun tak tahu

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tetapi kalau beginilah cara pemuda PKR, tak tahu lah admin nak kata apa. Anda lihat bagaimana pemuda PKR meluru untuk memukul kawasan penyokong BN di SMK Guar Perahu. #PRKPermatangPauh------------------------Add admin kat Whatsapp ( +60146498517 )

Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on Thursday, 7 May 2015
KANAK KANAK JUGA DI GUNKAN UNTUK KEMPEN PRK PERMATANG PUAH

SERUAN BUAT UMMAT ISLAM PERMATANG PAUH - Ustaz Abdullah Khairi

Written By Unknown on Wednesday 6 May 2015 | 07:47


SERUAN BUAT UMMAT ISLAM PERMATANG PAUH
Esok adalah hari penentuan untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh. Sekadar renungan dan muhasabah kita bersama. Undi adalah satu tanggungjawab yang perlu kita tunaikan.

Kita ada dua pilihan sama ada untuk memilih DS Wan Azizah - PKR atau Suhaimi Sabudin -BN. Melihat kepada senario semasa, calon parti PKR tidak seharusnya diberikan undi sama sekali bukan atas penilaib politik tetapi atas dasar menegakkan hukum Allah dan mempertahankan kedaulatan Islam.
DS Wan Azizah selaku calon yang juga Presiden PKR terang-terangan menolak hukum hudud dan sanggup bersekongkol dengan kafir DAP dan terus menerus menentang hudud demi politik. Bukan sahaja hukum Allah dipersenda dan diketepikan, malah persaudaraan dengan PAS turut diputuskan. Ulama2 PAS terus diserang dan diasak hanya kerana mereka cuba melaksanakan hukum hudud.
Insiden penyerang pemuda PAS yg cuba mempertahankan hukum hudud bukan hanya dibuat melalui media, FB dan whatsapp tetapi PKR kini sudah ke tahap melakukan serangan fizikal dan ganas.
Terbaharu petang tadi 6.5.2015 di Petron kubang semang, sekumpulan pemuda PAS diugut, diancam dan diserang dengan senjata merbahaya semata-mata kerana menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Tuan guru Haji Hadi dan menyokong perlaksanaan hukum hudud.
Sehingga hari ini tiada suatupun suara daripada pemimpin UMNO yang mengkritik hukum hudud atau pendirian ulama dan pimpinan PAS untuk melaksanakan hukum Allah ini. Malah UMNO secara terang-terangan telah megetuai Jawatankuasa Teknikal Perlaksanaan Hukum Hudud bagi merealisasikan imlian kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud ini.
Maka melihat kepada keikhlasan UMNO / BN dan penentangan secara terang-terangan, provokasi melampau, serangan fizikal dan penghinaan berterusan PKR ke atas PAS, maka demi kemaslahatan ummat Islam Permatang Pauh dan Malaysia amnya, sudah tiba masanya kita menolak calon parti PKR ini.
Kita tolak PKR bukan bermakna kita sokong 100% UMNO /BN tetapi dalam dua pilihan yg ada ini jelas calon UMNO / BN adalah lebih baik daripada PKR yg langsung tidak memperdulikan perjuangan Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Terlalu ramai pemimpin munafik di dalam PKR dan selawaknya mereka bersahabat dengan kafir DAP dan bukannya bersama dengan PAS.
Abdullah Khairi
6 May 2015

Kenapa PAS pentingkan hudud daripada papa? - Nurul Nuha Anwar

Kenapa PAS pentingkan hudud daripada papa? PAS tidak akan sekuat ini tanpa sokongan papa


selama ini. PAS perlu perjuangkan kebebasan papa terlebih dulu, bukannya ambil tindakan bodoh seperti ini. Saya harap besok penyokong PAS tidak sebodoh ini, undilah Wan Azizah untuk bebaskan papa!! March 2 Freedom
- admin, papa ko tu sape???? pas perjuangkan hudud sebelum papa ko masuk jail lagi,sebelum PKR di tubuhkan lagi ko tu budak2 terlalu muda dalam politik nurul ooo

Video penyokong PAS dihalau oleh penyokong PKR yang ganas di Permatang Pauh.

Video penyokong PAS dihalau oleh penyokong PKR yang ganas di Permatang Pauh.




Video penyokong PAS dihalau oleh penyokong PKR yang ganas di Permatang Pauh.
Posted by Perak Today on Wednesday, May 6, 2015

Tak dibenar mengundi, Anwar fail saman pada SPR


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) dan pengerusinya serta kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan beliau mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan dijalankan esok.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi melalui peguamnya N Surendran.

Dalam sama tersebut, Anwar selaku plaintif memohon deklarasi mahkamah bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi dan berhak untuk membuang undi di PRK Permatang Pauh dan mana-mana PRK.

Beliau turut menuntut pampasan kerana mendakwa hak perlembagaannya digugat dan dicabuli.

- Sumber: Sinar Harian

Tidak Sokong Wan Azizah, Nabi Tak Mengaku Umat?


KUALA LUMPUR – Tindakan boikot oleh ahli dan jentera akar umbi Pas Permatang Pauh menye­babkan pembangkang kini berada dalam keadaan cukup terdesak untuk mengekalkan kerusi tersebut


sehingga sanggup ‘memfatwakan’ jika tidak mengundi Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, pengundi kawasan itu mungkin tergolong da­lam kalangan yang tidak diakui sebagai umat oleh Nabi Muhammad SAW.

Seolah-olah cuba memperbodoh­kan pemikiran pengundi ter­ma­suk ahli Pas sendiri, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad, yang dilabelkan salah se­­orang daripada kumpulan Anwarinas dalam parti itu, memetik sebuah hadis Ra­sulullah bagi menyokong ‘fatwa’ berkenaan, sambil ligat menuduh UMNO serta Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan zalim.

Ironinya, tuduhan zalim yang dilemparkan Khalid tersebut ha­nya berkisar kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya Ketua Pembangkang yang disabitkan bersalah dan dipenjara lima tahun kera­na meliwat bekas pembantu periba­dinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu difitnah, meskipun sudah melalui proses perundangan panjang selain fakta kes jelas menunjukkan hakikat yang sebenarnya.

Malah, bagi mewajarkan ‘fatwa’ berkenaan, Ahli Parlimen Shah Alam itu tergamak pula mempertahankan amalan nepotisme Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan me­­nyifatkan dalam kes Wan Azizah, persoalan nepotisme tidak ber­bangkit sama sekali, walaupun saling bertukar kedudukan calon dengan suaminya melibatkan kawasan Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Mengundi Wan Azizah adalah wajib atas dasar menolak dan menentang kezaliman. Ia amat perlu untuk menentukan momentum menjatuhkan UMNO dan BN diterus­kan. Segala alasan untuk tidak mengundi beliau adalah propaganda UMNO dan BN walaupun ke­nyataan itu keluar daripada mulut bukan orang UMNO dan BN kerana tanpa disedari, mereka sebenarnya sudah menjadi alat pihak lawan dan musuh.

“Sekiranya kita tidak menyo­kong Wan Azizah dalam pilih­an ra­ya kecil (PRK) ini, maka amat sangat ditakuti bahawa kita dilihat berdiri bersama pihak yang mela­kukan kezaliman dan amat kita khuatir, bahawa kita akan digolongkan dengan mereka yang nabi tidak mengaku sebagai umatnya,” katanya sebagaimana dipetik daripada laman blognya, http://www.khalidsamad.com.

Ahli dan jentera akar umbi Pas Permatang Pauh bertindak memboikot kempen PRK kawasan itu selepas desakan mereka agar PKR memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin, yang menghina Presi­den Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang da­lam isu hudud tidak dilayan oleh se­kutunya itu.

Dalam pada itu, Khalid turut menyelar ahli Pas kerana menimbulkan isu nepotisme dengan meng­anggap pihak yang mempersoalkan perkara tersebut sebagai tidak faham maksud sebenar nepotisme. --sumber >Suaratv

Jangan sia-siakan peluang sekali lagi

Written By Unknown on Tuesday 5 May 2015 | 11:00


PERMATANG PAUH 5 Mei – Pengundi berbilang kaum di Parlimen Permatang Pauh diharap tidak mensia-siakan peluang mereka menerusi kuasa undi untuk mengalihkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) selepas kira-kira 17 tahun terpinggir dalam arus pembangunan ekonomi.

Rahmad IsAhak
Setiausaha Organisasi Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, pengundi di Parlimen itu tidak seharusnya berterusan tertipu dengan memilih seorang wakil rakyat yang didominasi sepasang suami isteri.
Malah, menurut beliau, mereka juga perlu menilai tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tanpa pertimbangan keadilan gagal memberi ruang dan peluang kepada calon anak tempatan bertanding di kerusi berkenaan.
“Bukan soal pentadbiran yang menjadi ukuran dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu kali ini, sebaliknya pengundi perlu menjadikan soal integriti serta tanggungjawab terhadap rakyat oleh wakil rakyat baharu sebagai keutamaan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-sia-siakan-peluang-sekali-lagi-1.88349#sthash.MwplVllu.dpuf

BN kekal kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 8,895 undi


ROMPIN: Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi P.091 Rompin pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu hari ini.

Calonnya, Datuk Hasan Arifin yang merupakan bekas timbalan menteri besar Pahang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 8,895, meraih jumlah undi sebanyak 23,796 undi.

Beliau yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin menewaskan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad yang mendapat 14,901 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli pada Selasa sekitar jam 10.25 malam.

Sebanyak 38 pusat mengundi telah dibuka bagi proses pembuangan undi di mana jumlah keseluruhan peti undi termasuk undi pos ialah 120 dan jumlah undi ditolak ialah 591.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

Menurut SPR, sebanyak 73 peratus pengundi daripada 53,294 pengundi di kawasan itu telah keluar mengundi.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Allahyarham Jamaluddin yang memperoleh 30,040 undi menang dengan majoriti 15,114 undi menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh yang mendapat 14,926 undi.



Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bn-kekal-kerusi-parlimen-rompin-dengan-majoriti-8-895-undi-59343?cp

Kalah PRK Pas Rompin Salahkkan Sekutu Mereka

kepada semua ahli Pas pengundi permatang pauh Jelas Pas tidak dibantu sekutu mereka di prk


Rompin maka tiba masa ahli Pas pastikan calon PKR dr wan Azizah tumbang di permatang pauh, pisang emas di bawa belayar masa sebiji di dalam baldi, hutang emas boleh di bayar hutang undi di bayar undi

Keputusan Terkini PRK Rompin


KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK ROMPIN:
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi pilihan raya kecil Rompin dengan memperoleh undi majoriti lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013.

Dalam pilihan raya kecil hari ini, Bernama melaporkan calon BN Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,627 undi berbanding Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad yang menerima 14,871 undi, Kedua-dua mereka dipisahkah dengan 8,756 undi majoriti.

Berdasarkan bandingan, perolehan semasa menunjukkan PAS mengekalkan undi yang diperoleh parti itu pada 2013, manakala BN 'kehilangan' hampir separuh undi majoriti.

Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926. Majoriti untuk BN ialah 15,114 undi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.

Mengikut undian, BN memperoleh 22,679 undi, PAS 14,445 undi dan majoriti ialah 8,234 undi.


| TERDAHULU

a. Proses pengundian berjalan lancar, Jumlah Keluar Mengundi (JKM): (%). Perincian JKM setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) seperti berikut:

(1) Bandar Bukit Ibam 1559 / 933 : (60%) / BN 809 / PAS 115
(2) Kg Aur: 784 / 508 (65%) / BN 442 / PAS 66
(3) Kota Bahagia: 887 / 592 (67%). / BN 521 / PAS 71
(4) Bukit Serok: 725 / 483 (67%). / BN 319 / PAS 164
(5) Felda Keratong 2: 2524 / 1670 (66%). / BN 775 / PAS 895
(6) Felda Keratong 3: 1932 / 1079 (56%). / BN 802 / PAS 277
(7) Felda Keratong 5: 2119 / 1346 (63%). / BN 768 / PAS 579
(8) Felda Keratong 7: 1693 / 1100 (65%). / BN 594 / PAS 506
(9) Felda Keratong 4: 2350 / 1489 (63%). / BN 852 / PAS 637
(10) Felda Keratong 1: 3279 / 2117 (65%). / BN 1793 / PAS 324
(11) Felda Selancar 1: 1709 / 1298 (76%). / BN 1027 / PAS 271
(12) Muadzam Shah: 3293 / 1915 (58%). / BN 724 / PAS 571
(13) Bukit Ridan: 312 / 185 (59%). / BN / PAS
(14) Felda Keratong 10: 1358 / 845 (62%). / BN / PAS
(15) Felda Keratong 9: 1874 / 1470 (78%). / BN 958 / PAS 512
(16) Felda Keratong 8: 1504 / 976 (65%). / BN / PAS
(17) Kedaik: 1117 / 667 (60%). / BN / PAS
(18) Gading: 1055 / 706 (67%). / BN 654 / PAS 52
(19) Leban Chondong: 1250 / 814 (65%). / BN 718 / PAS 96
(20) Felda Keratong 6: 1593 / 1093 (69%). / BN 769 / PAS 324
(21) Cenderawasih: 396 / 235 (59%). / BN 191 / PAS 44
(22) Felda Selancar: 2194 / 1736 (79%). / BN 1274 / PAS 446
(23) Felda Selancar 3: 1449 / 964 (67%). / BN 636 / PAS 328
(24) Sungai Puteri: 2048 / 1201 (59%). / BN 701 / PAS 500
(25) Kuala Rompin: 969 / 617 (64%). / BN 389 / PAS 228
(26) Bandar Baru Rompin: 2468 / 1299 (53%). / BN 855 / PAS 444
(27) Pontian: 1952 / 1273 (65%). / BN 1150 / PAS 63
(28) Kg Janglau: 757 / 576 (76%). / BN 428 / PAS 148
(29) Kg Jawa: 1038 / 702 (68%). / BN 511 / PAS 163
(30) Endau: 1560 / 852 (55%). / BN 659 / PAS 193
(31) Pianggu: 1522 / 792 (52%). / BN 541 / PAS 251
(32) Felda Selendang: 1906 / (%). / BN / PAS
(33) Tekek: 666 / 360 (54%). / BN / PAS
(34) Juara: 171 / 164 (96%). / BN / PAS
(35) Kampung Genting: 142 / 105 (74%). / BN / PAS
(36) Mukut: 136 / 114 (84%). / BN / PAS
(37) Sarang Tiong: 834 / 413 (50%). / BN 271 / PAS 142
(38) Denai: 170 / 151 (89%). / BN 148 / PAS 3

Jumlah Pemilih : 53,294
Bil. KM : 34,110 (64%)

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului PAS dengan selesa dalam pilihan raya kecil Rompin setakat ini.

Sehingga jam 6.45 petang BN memperoleh 3,683 undi berbanding 1,803 undi untuk PAS.

Calon PAS, Nazri Ahmad memang berdepan laluan sukar dalam pilihan raya kecil ini.

Selain dikenali sebagai kubu kuat BN, Rompin juga menyaksikan BN menurunkan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Datuk Hasan Arifin.

Dalam pilihan raya umum lalu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjin memenangi kerusi itu dengan majoriti 15,114 undi.
-malaysiakini-

Kronologi pembuangan undi PRK Rompin


Berikut adalah kronologi proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang diadakan pada Selasa:

7.30 pagi: Polis trafik mengawal lalu lintas di hadapan Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, Kuala Rompin.

Anggota polis turut memantau keadaan di sekolah.

Petugas media mula berkumpul di pintu hadapan sekolah tersebut.

7.45 pag: Pengundi turut menunggu di pintu depan sekolah sementara menunggu pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi.

Calon BN Datuk Hasan Arifin dijangka membuang undi di sekolah ini pada pukul 8 pagi.

7.55 pagi: Keadaan trafik agak terkawal.

7.57: Calon PAS Nazri Ahmad Sudah menunggu untuk membuang undi di Sekolah Agama Rakyat Keratong 5.

8 pagi: Sebanyak 38 pusat mengundi bagi PRK Parlimen Rompin mula dibuka untuk membolehkan 52,744 pemilih menunaikan tanggungjawab mereka.

8.24 pagi: Calon BN, Datuk Hasan Arifin tiba di pusat mengundi ditemani
isteri dan anak-anaknya.
8.40 pagi: Salah seorang anak lelaki Hasan menunggu giliran untuk membuang undi.



8.42 pagi: Datuk Hasan bersama isterinya Datin Rozidah Karim beratur bersama pengundi lain untuk menunggu giliran mengundi.



8.55 pagi: Datuk Hasan dan isteri selesai membuang undi.

9.08 pagi: Datuk hasan meninggalkan pusat pengundian bersama keluarganya. Beliau akan melawat ke beberapa Pusat Daerah Mengundi selepas ini.


9.10 pagi: Penyokong BN yang berada di seberang jalan berhadapan sekolah melaungkan 'Hidup BN'.

9.30 pagi: Kehadiran pengundi di pusat pengundian SK Leban Chondong semakin bertambah.

9.40 pagi: Ketua Polis Daerah Rompin, Timbalan Superintendan Johari Jahaya memberitahu situasi di semua pusat pengundian berada dalam keadaan terkawal. Tiada sebarang provokasi dicetuskan mana-mana pihak setakat ini.

9.50: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SK Leban Chondong untuk meninjau keadaan di pusat pengundian ini.



10 pagi: SPR memaklumkan sebanyak 31.0 peratus atau 17,050 pemilih telah membuang undi.

11 pagi: Seramai 24,438 pemilih atau 46 peratus telah keluar mengundi. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan peratusan tersebut sangat tinggi iaitu kira-kira 15 peratus sejam.

12 tengahari: Sebanyak 56.2 peratus atau 29,935 pemilih keluar mengundi.

1 petang: Sebanyak 62.67 peratus atau 33,402 pemilih keluar mengundi.
2 petang: Seramai 35,459 pemilih atau 66.53 peratus sudah keluar mengundi.

3 petang: Seramai 37,502 pemilih atau 70.37 peratus telah keluar mengundi.

4 petang: Sebanyak 72.88 peratus atau 38,843 pengundi telah keluar mengundi.

5 petang: Kesemua 38 pusat pengundian telah ditutup. Keputusan PRK Rompin hanya akan diketahu seawal pukul 11 malam Selasa.

Undi Pas penentu kemenangan PKR Permatang Pauh ?

Written By Unknown on Saturday 2 May 2015 | 21:26


PAS buat kecoh lagi, kali ini lebih panas kerana mereka mengugut untuk boikot dan tidak mengundi PKR atau merosakkan undi sebagai tanda protes.

Isu boikot dan u-turn sebenarnya belum reda walaupun dua orang kuat Pas di negeri ini mengalah dan mengibarkan bendera putih setelah membuat kejutan beberapa hari lalu.

Semua orang masih ingat kelantangan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berhubung kemelut mereka dengan PKR.

Tetapi ketegasan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya reda dan hubungan yang renggang bertaut kembali.

Tetapi kali ini agak berlainan kerana akar umbi terus bersuara dengan nada lebih keras.

Ugutan Pas Kawasan Bagan menimbulkan banyak persoalan kerana ia sebenarnya berada di luar garis dan sempadan parlimen Permatang Pauh.

Pas Kawasan Bagan terletak dalam kawasan parlimen Bagan dan tiga kerusi Dun iaitu Bagan Jermal, Sungai Puyu dan Bbagan Dalam -  semuanya diwakili oleh calon DAP. 

Tetapi kenapa Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan, Azmi Jaafar sanggup datang "menceroboh" kawasan lain semata-mata untuk memberi amaran dan meminta ahli Pas kawasan berjiran tidak mengundi PKR berikutan serangan PKR dan DAP ke atas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kehadiran mereka di hadapan Masjid Batu, Kampung Pertama selepas solat Jumaat juga menunjukkan berlaku pertembungan idea antara ahli Pas yang menyokong PKR dan kumpulan yang bertegas mahu memutuskan hubungan dengan parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Agak menarik kejadian yang berlaku di Masjid Batu - masjid yang dianggap kubu kuat Pas selama ini kerana berdasarkan senarai ahli jawatankuasa dan kuliah yang mirip kepada perjuangan parti itu. 

Kelmarin - di dalam masjid khutbah Jumaat disampaikan oleh Ustaz Sobri Arshad (pernah bertanding sebagai calon Pas di parlimen Kepala Batas) yang dilihat begitu bersungguh-sungguh mempengaruhi semua ahli Pas agar mengundi Wan Azizah dalam PRK Permatang Pauh kali ini.

Beliau juga hadir pada majlis pengumuman calon PKR di SP Arena Seberang Jaya sehari sebelum proses penamaan calon sehingga ada yang beranggapan beliau adalah calon PKR kerana dilihat duduk berhampiran  Wan Azizah dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. 

Tetapi sebaik sahaja selesai solat Jumaat, di luar masjid berlaku demo dan bantahan oleh Ahli Pas Kawasan Bagan yang dilihat begitu berani dan lantang. Ini mungkin kerana mereka mendapat sokongan dari rakan di Permatang Pauh.

Seorang veteran Umno tempatan yang enggan dikenali ketika berbual menyatakan bahawa ugutan Pas Bagan memang ada asasnya dan mampu melakar sejarah baru di Permatang Pauh seperti slogan yang diwar-war oleh BN.

Mungkin juga benar strategi yang digunakan oleh Pas selama ini walaupun kebenarannya masih samar-samar iaitu memindahkan pengundi ke kawasan lain untuk memenangkan calon mereka.

Disebabkan duduk berjiran antara parlimen Bagan dan Permatang Pauh dan mungkin juga Kepala Batas serta Tasek Gelugor, Pas Bagan boleh memindahkan ahlinya ke parlimen lain yang dilihat lebih berpotensi untuk meraih kemenangan.

"Pas boleh mengekalkan ahlinya di kawasan Bagan tetapi menjadi pengundi di Dun Seberang Jaya dan Dun Permatang Pasir.

"Undi mereka di Bagan mungkin tidak penting kerana sokongan pengundi Cina sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada DAP," katanya.

Jadi untuk mengelakkan pembaziran undi, Pas Bagan berusaha memindahkan undi ke kawasan lain dan ini termasuk membantu meningkatkan undi calon PKR di Dun Seberang Jaya selama ini.

Begitu juga dengan Dun Permatang Pasir yang sudah dianggap kubu kuat Pas dalam parlimen Permatang Pauh.

Menurutnya, mungkin ramai yang tidak begitu menyedari strategi yang dilakukan Pas selama ini tetapi itulah hakikatnya untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya.

"Jika semua masih ingat sebelum PRU13, Wan Azizah pernah mengacah Pas untuk mengambil kerusi Dun Permatang Pasir dari Pas.

"Pesuruhjaya Pas ketika itu, Datuk Salleh Man yang juga Adun Permatang Pasir lantas membantah dengan menyatakan ia adalah kerusi Pas dan tiada parti lain yang boleh mengambilnya setelah ia mengukuhkan kedudukan di situ," katanya.

Jadi insiden yang berlaku "hadapan "kubu kuat" Pas kelmarin secara tidak langsung boleh mengesahkan strategi yang digunapakai parti itu selama ini.

Secara logiknya, tidak mungkin pemimpin Pas Kawasan Bagan mampu berbuat demikian jika tidak mempunyai pengaruh ke atas ahlinya sendiri atau pengundi yang dimaksudkan.

"Bolehkah Pas Bagan campur urusan Pas Permatang Pauh. Sudah tentu tidak kerana masing-masing mempunyai yang dipertua sendiri dan pendekatan berbeza.

"Tetapi mungkin disebabkan Pas Bagan membekalkan 10,000 pengundi kepada parlimen Permatang Pauh, ia mampu bersuara dan boleh mencaturkan pergerakan ahlinya untuk membuat apa sahaja seperti diarahkan dalam PRK kali ini," katanya.

Jika benar seperti yang dinyatakan oleh Azmi iaitu 10,000 pengundi Pas akan berkecuali dalam PRK Permatang Pauh, maka peluang Wan Azizah dan calon BN, Suhami Sabudin dalam persaingan kali ini adalah sama rata.

Jentera parti yang dapat membawa keluar penyokong dan pengundi lebih ramai, maka ia akan menjadi juara dan bergelar "YB Permatang Pauh" yang baharu.

Rakaman Video Protes Pas Permatang Pauh Terhadap PKR Dan Dap

Written By Unknown on Friday 1 May 2015 | 13:02

Pas Bagan ikrar tidak mengundi PKR


PERMATANG PAUH - Pas ​Kawasan Bagan berikrar untuk 'merosakkan sekurang-kurangnya 10,000 undi' ​dalam PRK Permatang Pauh ​sebagai bantahan pendirian ​PKR dalam isu hudud.



Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan, Azmi Jaafar menggesa semua ahli Pas Permatang Pauh tidak mengundi PKR berikutan serangan PKR dan DAP ke atas Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mengapa kita perlu membantu apabila mereka menghina kami? Jangan berharap bahawa kita (ahli Pas) akan mengundi anda!," katanya selepas mengetuai bantahan secara aman di hadapan Masjid ​Batu, ​Kampung Pertama, selepas solat Jumaat, di sini, semalam.

Himpunan itu juga menyuarakan sokongan kepada Abdul  Hadi dan ​golongan ulama dalam Pas.

Sebelum ini, Pas mendapat kritikan dari komponen PR ​apabila berhasrat melaksanakan hudud di Kelantan.

​Sebelum ini, Pemuda Pas Pulau Pinang membuat pusingan U selepas beberapa hari merehatkan jentera pilihan raya setelah AMK Pulau Pinang gagal memohon maaf berikutan kenyataan biadapnya kepada Abdul Hadi.

​Pas Kawasan Permatang Pauh juga membuat pusingan U beberapa hari sebelum itu apabila memberi amaran akan memboikot jika PKR memilih Datuk Seri Dr wan Azizah Wan ismail atau ahli keluarganya sebagai calon dalam PRK Permatang Pauh.

​Pas menguasai kerusi Dun Permatang Ppasir dalam Parlimen Permatang Pauh melalui Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mohd Salleh Man.



Suhaizan: Isu GST lebih besar berbanding hudud

Written By Unknown on Wednesday 29 April 2015 | 18:17


SHAH ALAM - Pemuda Pas Pusat mengakui isu hudud yang menjadi perbalahan antara anak buahnya dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pulau Pinang sedikit banyak memberi kesan kepada jentera Pas untuk berkempen memenangkan calon PKR pada PRK Permatang Pauh, pada 7 Mei ini.



Ketuanya, Suhaizan Kaiat bagaimanapun menyifatkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai isu paling besar sepanjang kempen pilihan raya kawasan itu.

"Adalah masalah sikit tapi tidak besar dan tidak ganggu jentera berkempen untuk PKR.

"Saya ingat isu GST lebih besar sebab kita telah dijelaskan (isu hudud) pada pertemuan lalu dengan pimpinan DAP, PKR dan pimpinan Pas kawasan sendiri," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perbalahan Pemuda Pas Pulau Pinang yang bertindak menutup bilik gerakan parti itu dan enggan membantu berkempen memenangkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Permatang Pauh.

PKR menamakan Wan Azizah sebagai calonnya pada PRK Permatang Pauh bagi mempertahankan kerusi yang dikosongkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah dalam kes liwat II dengan hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, pada 10 Februari lalu.

Kemelut antara parti dalam PR berhubung isu hudud dalam kempen PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka meninggalkan kesan mendalam dalam usaha parti pembangkang itu meraih sokongan pengundi Melayu.

Perbalahan itu yang berlarutan sejak Pas membawa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah ke persidangan Dewan Rakyat memberi ruang kepada BN untuk menambah majoriti undi pada pilihan raya kawasan itu.

Ketika ditanya mengenai peluang PKR untuk mempertahankan kerusi yang diwarisi Anwar itu atas faktor undi simpati, Suhaizan bagaimanapun tidak menolak kebarangkalian tersebut.

"Ya masih ada (undi simpati), insya-ALLAH boleh menang lagi, tapi kena terus bekerja seperti biasa.

"Masyarakat kawasan itu sudah terlalu banyak kali berdepan dengan pilihan raya, dan sudah ada keputusan sebenarnya dalam minda mereka untuk berdepan dengan PRK kali ini," ujarnya.

Sementara itu, Suhaizan juga berkata meskipun Pemuda Pas Pulau Pinang sudah menutup semua bilik gerakan parti itu di kawasan itu, namun jentera Pas dari negeri lain beroperasi seperti biasa.

"Bilik gerakan lain memang tiada, bilik gerakan Pas sekarang ialah markas operasi di Pejabat Adun Permatang Pasir di Permatang Binjai.

"Kawasan itu tidak besar, kecil saja kawasan itu. Ya selainnya program bersama, kalau diperlukan kita akan turun (kempen di kawasan lain)," katanya lagi.

ADMIN-Hudud hanyalah permainan politik rekaan pas, jika betul nak laksanakan hudud kenapa SI Suhaizan NI KATA Isu GST lebih besar berbanding hudud ?? HUDUD adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt, SEDANGKAN GST TU hanya lah ciptaan manusia hanya di dunia, manakala hudud adalah berkaitan dengan agama islam.. mana lebih penting hukum hudud atau gst ?? tak kira la di mana ,PRK Atau pilihanraya umum jika betul betul pas mempejuangkan hukum hudud kenyataan seperti itu  TIDAK SEPATUTNYA di keluarkan oleh orang kuat dalam PAS sebab dasar perjuangan pas adalah untuk menegakkan hukum hudud.. NYATA DI SINI HUDUD HANYA PERMAINAN POLITIK PAS !!

Fasih bahasa Melayu untuk jadi YB wajar


KUALA LUMPUR - Cadangan mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat harus fasih berbahasa Melayu dan memiliki kepujian bagi bahasa itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu disokong.



Menegaskan demikian, Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, setiap pemimpin di negara ini perlu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.    

"Jika ini dapat disyaratkan, ia sangat baik. Ia merupakan satu konsistensi yang boleh kita ikut demi tanah air yang kita cintai.

"Memang tidak ada kesan baiknya kalau seseorang pemimpin tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik (fasih).

"Bagi saya, pandangan seperti itu khasnya memberi dokongan kepada menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Quality Day 2015' Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mensyaratkan individu yang mahu menjadi wakil rakyat di peringkat Parlimen atau Dun sekurang-kurangnya mendapat kepujian (kredit) bahasa Melayu dalam SPM.    

Cadangan beliau itu dimuatkan dalam ruangan kolumnis Sinar Harian Online pada Isnin lepas (27 April). 

Mohd Ridhuan Tee juga mencadangkan agar wakil rakyat ditemu duga penguasaan bahasa Melayu dan sejarah kenegaraan sebelum dibenarkan bertanding.

Beliau berkata, ini kerana masih terdapat ahli Parlimen yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik iaitu masih menggunakan sebutan perkataan melucukan seperti kata-kata 'lu' (kamu), 'terbulu-bulu' (terburu-buru) dan 'laja' (raja).

Rais berkata: "Oleh kerana kita mempunyai Akta Bahasa Kebangsaan dan juga di bawah Perkara 152 (Perlembagaan Persekutuan), kita mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan...memang penting bagi setiap ahli Parlimen, Dun dan Senator berkebolehan berbahasa Melayu".

Dalam pada itu, Rais yang juga Presiden UIAM berkata universiti tempatan harus lebih banyak menggunakan bahasa Melayu dalam perantaraan kesenian (art) dan kemanusiaan (humanities) sebagai usaha menjadikan bahasa kebangsaan ini sebagai bahasa ilmu. - Bernama
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger