PKR Umpama Kambing Hitam, Budak Suruhan Dap Untuk Lari Debat
Written By Unknown on Sunday, 8 November 2015 | 03:02
JELUTONG, 5 Nov – Keputusan Dap untuk memilih ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dari PKR untuk menggantikan Tony Pua dalam program debat bersama Arul Kanda, memperlihatkan seolah-olah PKR bagaikan budak suruhan Dap dan bersedia menanggung risiko menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan sekiranya debat tersebut tidak memihak kepada mereka, demikian menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Noordin.
Menurut beliau, umum mengetahui bahawa Dap dalam keadaan kelam kabut berhubung isu debat ini apabila cabaran debat pengerusi publisiti Dap Selangor, Tony Pua disambut serta merta oleh CEO 1MDB, Arul Kanda.
“Saya kira apabila Arul Kanda menyatakan persetujuannya untuk berdebat dengan Tony Pua,
mungkin Dap lihat debat ini berisiko dan boleh menjejaskan imej Dap sekiranya Tony Pua ArulKandaVsTonyPuagagal berhujah dengan fakta dalam debat tersebut.
“Saya juga yakin Dap tahu bahawa Tony Pua bukanlah lawan Arul Kanda dan disebabkan itu, maka mereka terpaksa memilih orang lain untuk menggantikan Tony Pua dalam debat ini.
“Dalam isu debat ini saya lihat PKR nampaknya bersetuju untuk menjadi pak sanggup bagi menggantikan Tony Pua dengan pemilihan Rafizi Ramli sebagai galang ganti untuk berdebat dengan CEO 1MDB itu,”ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Katanya lagi, keputusan Dap ini juga seolah-olah satu persediaan awal untuk menyelamatkan imej parti mereka sekiranya debat tersebut akhirnya tidak memihak kepada mereka.
“Saya merasa musykil mengapa Dap memilih ahli PKR untuk menggantikan Tony Pua. Ya, kita tahu bahawa Rafizi merupakan seorang pendebat sejak dari zaman persekolahan lagi, tetapi cabaran debat itu datangnya daripada Dap dan sepatutnya Dap menggantikan Tony Pua dengan ahli dari parti mereka sendiri dan bukannya dari parti yang lain.
“Tindakan Dap itu saya lihat ada dua kemungkinan yang pertamanya, Dap benar-benar ketandusan pemimpin yang mampu berhujah secara fakta dan yang keduanya ada kemungkinan juga ini merupakan muslihat Dap sebagai jalan selamat untuk menjaga imej parti mereka sekiranya debat itu tidak memihak kepada mereka.
“Sekiranya debat itu tidak memihak kepada pembangkang maka Dap tidak akan dipersalahkan kerana gagal berhujah, sebaliknya PKRlah yang akan yang akan dijadikan kambing hitam untuk dipersalahkan,”jelasnya.– MediaUMNO
Labels:
Politik
Post a Comment