Home »
Berita Semasa
» TRX: Tabung Haji buat laporan polis
TRX: Tabung Haji buat laporan polis
Written By Unknown on Thursday, 7 May 2015 | 11:38
KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Tabung Haji (TH), Datuk Johan Abdullah hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat TH membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) menggunakan wang pendeposit yang disimpan dan bukannya wang kerajaan.
Laporan polis dibuat olehnya di Balai Polis Dang Wangi sekitar jam 3.24 petang tadi.
Terdahulu dalam sidang media sebelum itu, Johan berkata, laporan polis itu dibuat kerana dokumen dikeluarkan oleh blog tersebut dengan cara yang tidak betul.
"Ini dokumen sulit. Bagaimana dokumen tersebut boleh dimasukkan dalam blog itu?
"Cara maklumat sulit itu digunakan untuk orang ramai iaitu memanipulasi fakta telah menyebabkan ramai orang keliru. (Akibatnya) banyak andaian yang tidak betul timbul," katanya sebelum itu pada sidang media di Kompleks Tabung Haji, di sini.
Terdahulu, Johan turut menafikan TH membeli Signature Tower (Fasa 2) sepertimana yang dilaporkan di blog-blog tertentu.
Beberapa blog sebelum ini memuatnaik dokumen-dokumen berkaitan pembelian tanah TRX dan mendakwa ia menggunakan wang pendeposit yang disimpan dan bukannya wang kerajaan.
Related Articles
- Harga minyak kekal tidak berubah bagi Mei ini
- TPPA: Rakyat Asing Tidak Bebas Beli Hartanah Di Malaysia
- Perkampungan Industri Nelayan Bernilai RM170 Juta Bakal Dibangunkan Tahun Depan
- Operasi kunci tayar kenderaan
- Yusuf Islam kagumi visi dan daya pemikiran Tun Mahathir
- Nenek putus urat tangan diserang beruk jantan
Labels:
Berita Semasa
Post a Comment