Home » » TPPA: Rakyat Asing Tidak Bebas Beli Hartanah Di Malaysia

TPPA: Rakyat Asing Tidak Bebas Beli Hartanah Di Malaysia

Written By Unknown on Wednesday, 29 April 2015 | 05:38


KUALA LUMPUR : Dakwaan bahawa warga asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini apabila kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), adalah tidak benar.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengetuai rundingan berkenaan berkata, hartanah bukan sebahagian daripada perjanjian justeru ia tidak tersenarai dalam perjanjian berkenaan.

“Ini tidak benar. Malah kerajaan sendiri memutuskan bahawa TPPA akan dibahaskan di Parlimen sebelum ia ditandangani.

“Kita akan hebahkan, jadi isu berahsia tidak akan berbangkit. Tidak pernah berlaku dalam undang-undang kita dan kerajaan juga tidak perlu rujuk Parlimen (untuk FTA).

“Tapi kita membuat keputusan untuk membentangkannya di Parlimen kerana TPP ini penting dan melibatkan banyak pihak. Ini janji kerajaan,” katanya di sini, hari ini.

Mustafa berkata demikian bagi mengulas mengulas mengenai laporan Selangor Kini yang memetik dakwaan bekas Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob bahawa warga asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini apabila Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani TPPA nanti.

Menurut Dr. Rosli, ini berlaku apabila perjanjian itu tidak membenarkan sebarang sekatan kepada warga dan pelabur asing di negara ini untuk memiliki hartanah dengan menikmati keistimewaan yang sama dinikmati warga tempatan.“Kedatangan Barrack Obama adalah untuk memastikan Malaysia tandatangani TPPA ini.

Dr Rosli turut mendakwa harga hartanah jadi lebih tinggi, rakyat sendiri kena bersaing dengan pelabur asing yang mempunyai kewangan yang lebih baik untuk memiliki hartanan di negara sendiri.

Mustapa memberitahu, sebelum membuat keputusan muktamad, kerajaan akan membuat analisis kos faedah bagi menentukan sama ada TPP secara keseluruhannya memberi faedah kepada Malaysia.

“Kita ada pendirian. Memang banyak hal yang kita bangkitkan dalam negara diambil kira oleh semua negara lain dan sekarang ini, negara TPP tahu mengenai dasar Bumiputera bahawa ia penting untuk kita,” katanya seperti yang dipetik dalam temubual dengan Sinar Harian sebelum ini.

Jelasnya, Malaysia adalah sebuah negara membangun dan Amerika Syarikat sememangnya kuasa kuasa ekonomi dan politik yang besar, namun tidak bererti negara ini harus ada inferiority complex ( perasaan rendah diri melampau) dalam menentukan bagaimana Malaysia hendak memainkan peranan di arena antarabangsa.

–  tv14
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger