Home » » GST: Muktamad, Kad Prabayar Kekal Harga

GST: Muktamad, Kad Prabayar Kekal Harga

Written By Unknown on Wednesday 29 April 2015 | 05:32


PUTRAJAYA: Mulai 1 Mei ini, kad prabayar telefon dikekalkan harganya sama seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad, turut mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan kaedah penggunaan GST sama seperti kaedah pengenaan cukai perkhidmatan sebelum ini.

“Kelmarin saya keluarkan surat kepada semua syarikat telekomunikasi bagi mengekalkan harga asal berdasarkan konsep termasuk cukai (tax inclusive) berkuatkuasa 1 Mei ini.

“Jika mereka bayar RM10, maka nilai kredit sama seperti apa yang pengguna bayar. Jika ada yang mengambil kesempatan, tindakan susulan akan diambil,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.

bharian
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger