Home »
Berita Semasa
» GST: 348 Barang Turun Harga, Impak GST Dah Mula Berkesan
GST: 348 Barang Turun Harga, Impak GST Dah Mula Berkesan
Written By Unknown on Wednesday, 29 April 2015 | 05:30
PUTRAJAYA: Sebanyak 348 barangan di seluruh negara didapati mengalami penurunan harga selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Penurunan itu membabitkan 99 barangan di Semenanjung Malaysia manakala 147 barangan di Sabah dan 102 di Sarawak. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata ia adalah hasil perbandingan harga oleh Majlis Harga Negara bagi minggu ketiga bulan ini berbanding tempoh sama pada Mac.
Alias berkata, antara barangan yang mengalami penurunan harga termasuk kategori barangan basah, kering, berbungkus/tin dan barangan bayi. “Kita tidak nafikan ada barangan yang naik harga, tapi ada juga yang turun. “Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kenaikan harga (selain GST) termasuk cuaca, tukaran mata wang dan kenaikan harga bagi barangan import di negara asal,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.PUTRAJAYA: Sebanyak 348 barangan di seluruh negara didapati mengalami penurunan harga selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Penurunan itu membabitkan 99 barangan di Semenanjung Malaysia manakala 147 barangan di Sabah dan 102 di Sarawak. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata ia adalah hasil perbandingan harga oleh Majlis Harga Negara bagi minggu ketiga bulan ini berbanding tempoh sama pada Mac.
Alias berkata, antara barangan yang mengalami penurunan harga termasuk kategori barangan basah, kering, berbungkus/tin dan barangan bayi. “Kita tidak nafikan ada barangan yang naik harga, tapi ada juga yang turun. “Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kenaikan harga (selain GST) termasuk cuaca, tukaran mata wang dan kenaikan harga bagi barangan import di negara asal,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Labels:
Berita Semasa
Post a Comment