Home » » Kelicikan 13 remaja terbongkar

Kelicikan 13 remaja terbongkar

Written By Unknown on Wednesday 22 April 2015 | 22:41


KOTA KINABALU – Usia mereka baru setahun jagung, namun 13 remaja terdiri daripada lapan lelaki dan lima perempuan sudah pandai bertindak seperti kumpulan gangster apabila terlibat dalam beberapa kes samun melibatkan kedai serbaneka 24 jam di daerah ini.



Tidak cukup dengan samun menggunakan pisau, kumpulan yang terdiri daripada remaja berusia 15 hingga 19 tahun ini juga berani mencabar kewibawaan polis apabila enggan menye­rah diri walaupun dikejar beberapa kenderaan polis selama 45 minit.
Bagaimanapun, kelicikan kumpulan ini berakhir apabila mereka dan dua lagi suspek lelaki berusia 22 dan 28 tahun dicekup dalam tiga operasi bera­singan di sekitar daerah ini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan awal mendapati kesemua 15 suspek ini dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya empat kes samun membabitkan kedai serbaneka 24 jam di daerah ini.
Katanya, kegiatan kumpulan remaja berkenaan terbongkar selepas polis menahan tujuh individu terdiri daripada tiga lelaki dan empat perempuan yang melakukan samun bersenjata pisau di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Padang di sini kira-kira pukul 5.50 pagi, Ahad lalu, lapor Kosmo.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger