Home »
Berita Semasa
» Nenek Preseiden Obama tunai umrah dapat perhatian
Nenek Preseiden Obama tunai umrah dapat perhatian
Written By Unknown on Friday, 24 April 2015 | 22:27
JIKA mempunyai seorang cucu dari kalangan pemimpin dikenali satu dunia, apa saja yang ahli keluarga buat, mesti mendapat perhatian ramai.
Inilah kisah nenek kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Sarah Omar di mana gambar wanita tersebut yang berada di Arab Saudi untuk menunaikan umrah tersebar dalam media.
Sarah yang berusia 94 tahun dikatakan ke sana bersama beberapa sanak saudara Obama.
Warga emas berkenaan dilaporkan sangat gembira ketika mengunjungi satu pameran berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW di Makkah, selepas menunaikan ibadat berkenaan.
Menurut nenek kepada presiden tersohor itu, beliau kagum dan pameran itu dianggapnya sebagai contoh bagi melihat perkembangan Islam dengan cara yang moden, disokong oleh dokumen saintifik dan sahih.
Sarah merupakan nenek dari pihak ayah Obama yang berasal dari Kenya.
Wanita ini sudah beberapa kali menunaikan haji.
Related Articles
- Harga minyak kekal tidak berubah bagi Mei ini
- TPPA: Rakyat Asing Tidak Bebas Beli Hartanah Di Malaysia
- Perkampungan Industri Nelayan Bernilai RM170 Juta Bakal Dibangunkan Tahun Depan
- TRX: Tabung Haji buat laporan polis
- Operasi kunci tayar kenderaan
- Yusuf Islam kagumi visi dan daya pemikiran Tun Mahathir
Labels:
Berita Semasa
Post a Comment