SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' ...

Read more »

KUALA BESUT - Dipatuk spesies ular tidak berbisa telah menyebabkan seorang wanita dari Kampung Beris Lampu, di sini, diserang sakit jantung sehingga tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Ra ...

Read more »

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu. Mohamad, yang lebih ...

Read more »

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Dalam hubungan perkahwinan, istilah ‘gila talak’ biasanya merujuk kepada satu pasangan suami isteri yang telah pun berpisah tetapi salah satu pihak sentiasa menganggap bekas ...

Read more »

KOTA BHARU – Malang berganda buat seorang peragut yang bukan sahaja kempunan melarikan beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Jalan Hamzah, di sini, semalam malah dicekup dan dibelasah pula o ...

Read more »

“Tiada kredibiliti”, itulah yang saya dapat rumuskan setelah membaca sebuah artikel yang dikatakan sebagai mewakili lidah rasmi PAS Terengganu menerusi artikelnya yang gigih menghentam kepimpinan ...

Read more »

Kuala Nerus : Menteri Besar Terengganu Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman amat terkejut dengan 3 keping gambar yang telah diviralkan dalam media social seperti facebook, whatsapps serta telegra ...

Read more »

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam memberi bantuan dan menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ketua ...

Read more »
BERITA TERKINI

Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew telah kalah dalam saman bernilai RM557 juta.

Written By Unknown on Sunday, 8 November 2015 | 05:23


Saturday, October 31, 2015
Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew telah kalah dalam saman bernilai RM557 juta.

Christina, seorang peguam yang juga dipercayai seorang imigran dari Indonesia, telah didapati bersalah kerana terlibat memberi nasihat, berkonspirasi dan mendalangi rakan sekongkolnya yang merupakan defendan pertama, dikenali dengan nama Siti.

Siti adalah kakitangan Christina Liew sendiri bersama-sama seorang lelaki bernama Samsuri Baharuddin yang menjadi peguam kepada 819 orang pemilik kebun kecil untuk memujuk mereka menjual tanah seluas 12,000 ekar.

Skim yang melibatkan Christina Liew itu turut membabitkan pekerja-pekerjanya sendiri sebagai pembeli untuk membeli setiap bidang tanah pekebun kecil pada harta RM45,000 untuk setiap lot yang berkeluasan 15 ekar. Dengan kata lain, berharga RM3,000 bagi setiap ekar atau 0.69 sen bagi setiap kaki persegi untuk tanah yang telah dibangunkan dan ditanam dengan kelapa sawit.

Mahkamah telah mendapati, Christina menggunakan kakitangannya untuk bertindak sebagai pembeli tanah-tanah berkenaan manakala perjanjian jual dan beli yang ditandatangani oleh pekebun-pekebun kecil tersebut sekitar tahun 2005 dan 2006 disediakan sendiri oleh Christina Liew walaupun peguam mereka adalah Samsuri Baharudin. Jual beli tanah tersebut telah menyebabkan 819 orang pemilik tanah itu terdedah kepada kesalahan melanggar perjanjian dengan syarikat Kerajaan Negeri Sabah bagi pemilikan tanah berkenaan.

Laporan-laporan berita turut menyatakan, kebanyakan daripada pemilik tanah tersebut telah membuat laporan polis ke atas Christina Liew dan dua orang lagi defendan apabila mereka dipaksa menandatangani surat perjanjian atau menurunkan cop ibu jari pada kertas kosong.

Sejarah tanah dalam kes ini adalah seperti berikut:

Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1980 telah mewujudkan skim pemilik tanah Bagahak bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan membolehkan golongan miskin memiliki tanah serta membangunkannya. Di bawah skim tersebut, setiap lot tanah seluas 15 ekar diagih-agihkan secara percuma kepada setiap pemilik.

Salah satu daripada syarat yang terkandung dalam skim tersebut ialah setiap orang pemilik perlu membangunkan tanah-tanah mereka sebelum Januari 1987. Sekiranya mereka gagal, Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk merampas tanah tersebut dan melantik mana-mana agensi untuk membangunkannya.

Memandangkan kebanyakan pemilik tanah berkenaan gagal memenuhi syarat, Kerajaan Negeri pada tahun 1993 telah melantik Sabah Land Development Board (SLDB) untuk membangunkan tanah-tanah tersebut dengan penanaman kelapa sawit.

Perjanjian pembangunan turut ditandatangani antara SLDB dengan Pemilik Kecil Bagahak pada tahun 1995, di mana SLDB akan membangunkan tanah-tanah tersebut menggunakan wang mereka sendiri yang kemudian ditukarkan sebagai pinjaman kepada pemilik-pemilik tanah yang perlu dibayar dalam tempoh 10 tahun.

SLDB telah membelanjakan sejumlah RM47,037,758 untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.

Untuk tidak membebankan pemilik tanah dengan bayaran pinjaman, Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1997 telah memutuskan satu bentuk kerjasama diwujudkan antara pemilik-pemilik tanah dengan Borneo Samudera Sdn. Bhd, anak syarikat kepada syarikat milik Kerajaan Negeri, Sawit Kinabalu.

Di bawah perjanjian tersebut, 11,000 ekar tanah yang telah disuntik ke dalam syarikat perkongsian dan pemilik-pemilik tanh telah diberikan saham dalam syarikat. Menerusi kaedah ini, pinjaman pemilik-pemilik tanah kepada SLDB akan diselesaikan secara penuh oleh syarikat perkongsian dan kerjasama. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 9 Julai 1998.

Syarikat perkongsian itu telah membayar wang dividen pendahuluan kepada pemilik-pemilik tanah dari tahun 2000 sehingga 2013 yang berjumlah RM49,150 setiap orang.

Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang dibayar bagi setiap lot oleh pembli yang juga merupakan kakitangan di pejabat guaman ADUN Api-Api.

Mahkamah Tinggi Tawau, Hakim Chew dalam penghakimannya pada 30 September telah mendapatkan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah, selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29.

Pada 28 Oktober2014, notis rayuan untuk mengenepikan hukuman telah difailkan oleh Christina Liew.
-souce 

Kelantan Bakal Guna NGO Sebagai Alat Kaut Untung Dari Mangsa Banjir?


Musim tengkujuh datang lagi. Seperti kelazimannya negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bakal berhadapan dengan segala kemungkinan yang tidak dapat dijangka.

Tahun 2014 menyaksikan bagaimana Kelantan adalah negeri yang paling teruk dilanda malapetaka banjir sehinggakan digelar oleh rakyat di sana sebagai Banjir Kuning atau dalam bahasa dialek Kelantan, Bah Kuning.

Hadirnya banjir petaka ini bukan sahaja mengorbankan nyawa malah harta benda penduduk yang majoritinya mendiami di sepanjang sungai-sungai di dalam daerah tertentu. Sebagai contoh, antara daerah yang teruk musnah adalah Tanah Merah dan sebahagian Pasir Mas.

Bayangkan hampir tiga ribu unit rumah kediaman samada yang bertaraf harta milik persendirian ataupun bertaraf setinggan musnah sama sekali. Paling teruk, sehingga artikel ini ditulis, masalah penempatan terutama pemberian rumah kepada mangsa banjir tersebut masih belum selesai.

Ironinya bala petaka ini bukan setahun dua pernah dialami oleh negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Peristiwa banjir besar yang dikenali sebagai Bah Merah pernah berlaku pada tahun 1920an lagi. Hampir setiap tahun banjir berlaku dan Kerajaan Pusatlah yang turun membantu termasuk membantu dari segi kewangan kepada mangsa yang terlibat. Kerajaan Negeri terutamanya selama 23 tahun di bawah pemerintahan PAS hanya mampu ‘membina’ alasan dan bukannya membina tebatan banjir.

Alasan paling kukuh yang pernah dipersembahkan oleh Kerajaan PAS adalah ‘Qada dan Qadar’, rakyat dan mangsa banjir kena belajar menerima ujian dari Maha Pencipta ini.

Terbaharu di sidang DUN Kelantan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dengan nada sudah kehilangan semangat berjuang untuk rakyat seperti sebelum Pilihanraya Umum ke 13 menjawap soalan dari Mohamad Zaki Ibrahim Adun Pas Kelaboran bahawa Kelantan akan menggunakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai sektariat mengurus banjir.

Tidakkah Kerajaan PAS Kelantan merasa malu apabila mendedahkan bahawa perancangan menyerahkan kerja penyelerasan banjir ini adalah hasil rumusan daripada beberapa bengkel yang dibuat serta taklimat bagaimana untuk menyelesaikan serta tindakan yang sepatutnya dibuat oleh kerajaan apabila menghadapi petaka banjir.

Dua puluh lima tahun Kerajaan PAS memerintah, sepanjang itulah mereka menghadapi situasi yang sama saban tahun dan akhirnya itu sahaja jawapan kepada permasalahan yang mampu PAS Kelantan buat, menyerahkan kepada NGO untuk urus masalah banjir.

Kenapa NGO?

Persoalan yang wajar mendapat perhatian rakyat Kelantan. Adakah ianya berkait rapat dengan penyaluran dan dana bantuan dari Kerajaan Pusat dan juga syarikat-syarikat yang bermurah hati?

Kalau pengurusan banjir dijalankan oleh NGO, pekerja kerajaan negeri boleh mengambil cuti bersenang lenang bersama keluarga? Atau jawapan Menteri Besar pada tahun lepas bahawa beliau juga sibuk mengurus rumahnya yang turut menjadi mangsa banjir maka semua kena serahkan kepada pihak lain untuk uruskan semua ini?

Mungkin Kerajaan PAS Kelantan masih beranggapan rakyat Kelantan kurang cerdik dan boleh ditipu untuk ‘kelepek’ duit sumbangan yang bakal diterima dengan jumlah jutaan ringgit seperti kebiasaannya di tahun tahun sebelumnya?

Bersandarkan ‘akaun mala petaka’ yang diuruskan oleh NGO, siapa pun tidak akan bertanya kemana dibelanjakan, inikah cara Kerajaan PAS Kelantan dalam usaha mencari Tabung Politik peribadi wakil-wakil rakyat mereka?

Adakah Adun BN Kelantan tidak nampak kebocoran yang bakal berlaku ini?
-MYKMU

Anwar Tolak Sistem Perubatan Negara


Mykmu: Pelbagai alasan yang diberikan oleh keluarga Anwar melalui peguam-peguam bela mereka. Bermula dari cubaan menukar doktor yang berkhidmat di Penjara Sungai Buluh sehinggalah terbaharu, menggunakan alasan bahawa Anwar perlu segera dibawa ke luar negara untuk mendapat rawatan.

Persepsi negatif cuba ditimbulkan oleh keluarga Anwar apabila mereka turut juga memberikan alasannya bimbang tentang penggunaan ubat pelali yang akan digunakan oleh doktor tempatan apabila bius digunakan untuk operasi pembedahan Anwar kelak.

Peguam Anwar, R.Sivarasa mengatakan mereka tidak mempercayai sistem tersebut sebaliknya perubatan Anwar boleh dilakukan di luar negara enggan menggunakan kaedah atau sistem lain.

Menurutnya Sivarasa lagi, mereka tidak mempercayai sistem tersebut untuk mengadakan pembedahan di mana Anwar dalam keadaan lali akibat dibius dan sebagainya.

Kontras dengan keadaan seolah perlunya Anwar menjalani pembedahan di luar negara, Sivarasa turut menegaskan keperluan mendesak juga ketika ini ialah Anwar perlu mendapatkan fisioterapi intensif dan tetap.

Wan Azizah Wan Ismail turut menyokong dan berkata fisoterapi tersebut boleh membantu memberikan hasil keputusan yang lebih baik untuk pembedahan di bahagian bahunya yang didakwa amat kronik sekarang ini.

Ironinya Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa Anwar menerima layanan istimewa berbanding lebih 50,000 orang banduan lain di seluruh negara.

Keistimewaan lain termasuk menjalani rawatan fisioterapi oleh pakar, menemui Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk melihat sendiri keadaan layanan yang diberikan kepadanya.

Kelebihan dan keistimewaan Anwar tersebut tidak termasuk lebih daripada 80 kali menjalani rawatan dengan kehadiran doktor dari hospital, penjara dan pakar Hospital Kuala Lumpur.

Anwar pernah gemparkan rakyat Malaysia dengan lakonan beliau di dalam penjara dahulu dan kini dilihat seolah-olah berbohong dengan pelbagai alasan sememangnya amat sukar diterima lagi. Itu belum termasuk isu dakwaan Anwar bakal disuntik dengan racun arsenik, HIV dan lain-lain cerita fitnah.

Anwar menjalani hukuman sejak Februari lalu kerana tuduhan meliwat bekas pekerjanya sendiri, Saiful Bukhari. Mungkin Anwar mula mencongak bahawa 6 tahun hukuman di atas kesalahan jenayah tersebut bakal hancurkan angan-angan beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekretariat Pesona Promosi Terengganu Di Forum Pelancongan Terbesar Dunia


Usaha mempromosi Terengganu ke persada antarabangsa terus dipergiat apabila kerajaan negeri menerusi Sekretariat Pesona Terengganu bersama sembilan agensi kerajaan dan 34 penggiat industri pelancongan negara menyertai World Travel Market (WTM) di London selama empat hari yang berakhir hari ini.

Pada tahun ini, WTM yang merupakan forum pelancongan terbesar dunia menjadi satu platform untuk mengetengah dan mempromosi industri pelancongan negara kepada agensi pelancongan dan media di Eropah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, berkata selain Terengganu, Melaka, Sabah, Sarawak, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak juga turut menyertai festival itu bagi mempromosi produk-produk pelancongan di negeri masing-masing.

“WTM London yang menjadi tumpuan penggiat-penggiat industri pelancongan terkemuka dunia dan media antarabangsa adalah merupakan platform yang terbaik bagi kerajaan negeri Terengganu untuk mempromosikan Pesona Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 kepada pasaran Eropah,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberikan taklimat ringkas dan menayangkan video Pesona Terengganu sebagai promosi awal TMT 2017, ketika sidang media oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang turut dihadiri kira-kira 100 orang media antarabangsa.

Delegasi dari Terengganu yang diketuai Tengku Zaihan turut disertai oleh Ketua Task Force Pelancongan, dua pegawai kerajaan negeri dan dua ejen pelancongan serta perhotelan.

Dalam program itu, pelbagai risalah pakej dan promosi pelancongan diedarkan secara meluas kepada agensi-agensi pelancongan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berkata, sebanyak 45 temujanji bersama ejen-ejen pelancongan dunia dan media cetak, elektronik dan blogger diatur sepanjang empat hari program selain menerima kunjungan pelancong Eropah ke gerai pameran Terengganu.

“Kita akan menggerakkan segala usaha, ruang dan peluang yang ada terutamanya mengadakan kerjasama yang erat dan rapat dengan Tourism Malaysia bagi mempromosikan pelancongan Terengganu sebagai destinasi menjadi tumpuan pelancong dunia selaras dengan hasrat Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  dalam memperkasakan lagi industri pelancongan negeri dan ini adalah forum pelancongan dunia yang pertama yang disertai oleh Kerajaan Negeri selepas kejayaan program Pesona Terengganu yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 Oktober hingga 2 November 2015’’, katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism MalaysiaDatuk Mirza Taiyab, berkata penglibatan kerajaan negeri terutama Terengganu sangat digalakkan bagi meningkatkan lagi promosi produk-produk pelancongan seperti Pulau Perhentian, Redang, Tasik Kenyir dan Bandar Raya Kuala Terengganu di peringkat antarabangsa.

Katanya, promosi awal TMT 2017 di WTM London adalah tepat pada masanya kerana persediaan promosi dan acara dapat diselaraskan dengan lebih berkesan bersama ejen-ejen pelancongan yang memerlukan waktu untuk membangunkan pakej-pakej pelancongan ke negeri Terengganu.

Beliau juga menggalakkan kerajaan negeri untuk menyertai beberapa acara antarabangsa yang lain seperti ASEAN Tourism Forum 2016, International Tourism Borse (ITB) di Berlin, Arabian Travel Mart (ATM) di Dubai dan juga misi galakan pelancongan ke luar Negara bersama Tourism Malaysia bagi tujuan promosi Tahun Melawat Terengganu.

Beliau juga melahirkan rasa kagum terhadap usaha dan inisiatif Terengganu yang berterusan dalam mempromosikan pelancongan negeri sekaligus melaksankan TMT, sambil memaklumkan Tourism Malaysia akan sentiasa membantu usaha-usaha negeri itu dalam meningkatkan aktiviti pelancongan dalam dan juga di luar  negara.

Pengarah Pemasaran dan Jualan The Travel Experts, Samina Mashkur pula menjelaskan beliau akan mengadakan lawatan pembelajaran ke Terengganu pada Mac tahun hadapan bagi menjadikan negeri itu sebagai destinasi pakej pelancongan Islam kepada pelajar-pelajar dan keluarga di Eropah.

Tambahnya, ini adalah kerana beliau mendapati Kuala Terengganu adalah sebuah destinasi percutian yang harus dikunjungi oleh pelancong-pelancong beragama Islam kerana keunikan dan kepelbagaian produk pelancongan terutama bagi mendapatkan makanan halal.

KPDNKK bakal perkenalkan penyelarasan harga e-rokok


GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengeluarkan penyelarasan harga mengikut kepiawaian khusus untuk rokok elektronik atau e-rokok bagi memastikan keselamatan penggunanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan dan Sirim Bhd bagi merangka garis panduan dan penyelerasan harga untuk e-rokok itu.

Katanya, kementerian tidak bercadang untuk menyekat pengimportan vape ke dalam negara namun kerajaan harus memberi perhatian dari segi keselamatan dan kesihatan pengguna.

"Pengguna vape kini sudah capai lebih sejuta dan kita bukan nak haling mereka cuma nak cari jalan selamat untuk pengguna-pengguna ini.

"Kami tidak menyekat mereka (penjual vape), kalau dia tidak jual secara terbuka, dia akan jual dalam pasaran gelap juga. Jadi kita ingin mengelak perkara daripada berlaku, oleh itu kita sedang berbincang untuk mencari jalan penyelesaian," katanya selepas Lawatan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di Little India di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata beliau berpuas hati dengan tinjauan harga barang di Kompleks Pasar Bayan Baru dan Little India di negeri ini.

Katanya, kementerian telah membuat lebih 12,000 pemeriksaan di seluruh negara dan tiada sebarang kes direkodkan kerana semua peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
"Semua bekalan dan barangan sambutan perayaan Deepavali ini mencukupi mengikut harga yang ditetapkan pada permulaan Skim Kawalan Harga dari 5 hingga 14 Nov," katanya.

Antara barang keperluan yang disenaraikan dalam harga terkawal termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil India, bawang besar import, ubi kentang import dan kacang dal.

Jelajah Borneo 2015 : TSG Raih Tempat Ketiga


Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) mencatat kejayaan memberangsangkan apabila menduduki tempat ketiga terbaik daripada 20 pasukan di perlumbaan Jelajah Borneo, baru-baru ini.

Skuad kendalian jurulatih baharu, Adam Szabo dari Slovakia itu turut memenangi jersi putih untuk pelumba Terbaik Asia menerusi Nur Amirul Fakhruddin Mazuki manakala Mohd Harris Salleh meraih jersi hijau (Raja Pecut) di kejohanan lima hari yang bermula 31 Oktober lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab berkata pasukan TSG mempamerkan prestasi yang baik di bawah kendalian Szabo yang mengambil alih tugas pada Oktober lepas.

“Saya harap mereka akan lebih serasi dan terus melakar kejayaan di pertandingan yang akan disertai seterusnya,” katanya.

Jelajah Borneo anjuran Borneo International Cycling (BIC) yang membabitkan lima peringkat bermula dari Labuan hingga ke Kundasang merupakan perlumbaan kategori 2.2 yang diiktiraf Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).


TSG menghantar enam pelumba diketuai Mohd Harris. Selain Nur Amirul Fakhruddin dan Mohd Harris, empat lagi pelumba adalah Yusrizal Usoff, Nor Imran Norin, Muhammad Ameer Ahmad Kamal dan pelumba import dari Singapura, Goh Choon Huat.

Farhan berkata pada masa sama, TSG juga menghantar satu lagi pasukan untuk menyertai Jelajah Taihu Lake di China yang bermula dari 31 Oktober hingga 7 November.

Menurutnya TSG menghantar tujuh pelumba diketuai Anuar Manan ke kejohanan itu.
Previous 123456789 Next

Berita Kemalangan Dan Bencana

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger