BERITA TERKINI
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Jelajah Borneo 2015 : TSG Raih Tempat Ketiga

Written By Unknown on Sunday 8 November 2015 | 03:11


Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) mencatat kejayaan memberangsangkan apabila menduduki tempat ketiga terbaik daripada 20 pasukan di perlumbaan Jelajah Borneo, baru-baru ini.

Skuad kendalian jurulatih baharu, Adam Szabo dari Slovakia itu turut memenangi jersi putih untuk pelumba Terbaik Asia menerusi Nur Amirul Fakhruddin Mazuki manakala Mohd Harris Salleh meraih jersi hijau (Raja Pecut) di kejohanan lima hari yang bermula 31 Oktober lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab berkata pasukan TSG mempamerkan prestasi yang baik di bawah kendalian Szabo yang mengambil alih tugas pada Oktober lepas.

“Saya harap mereka akan lebih serasi dan terus melakar kejayaan di pertandingan yang akan disertai seterusnya,” katanya.

Jelajah Borneo anjuran Borneo International Cycling (BIC) yang membabitkan lima peringkat bermula dari Labuan hingga ke Kundasang merupakan perlumbaan kategori 2.2 yang diiktiraf Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).


TSG menghantar enam pelumba diketuai Mohd Harris. Selain Nur Amirul Fakhruddin dan Mohd Harris, empat lagi pelumba adalah Yusrizal Usoff, Nor Imran Norin, Muhammad Ameer Ahmad Kamal dan pelumba import dari Singapura, Goh Choon Huat.

Farhan berkata pada masa sama, TSG juga menghantar satu lagi pasukan untuk menyertai Jelajah Taihu Lake di China yang bermula dari 31 Oktober hingga 7 November.

Menurutnya TSG menghantar tujuh pelumba diketuai Anuar Manan ke kejohanan itu.

Kapten T-Team,David Oniya DISAHKN meninggal dunia ekoran serangan Jantung

Written By Unknown on Saturday 13 June 2015 | 07:55

PEMAIN import T-Team, Faramola David Aniya meninggal dunia ketika beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Aniya tiba-tiba rebah di atas padang ketika permainan baharu memasuki minit ketiga dan dihantar serta-merta oleh pasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, pemain import Nigeria disahkan meninggal setelah mendapat rawatan kecemasan di hospital berkenaan.

Menurutnya, pihak pengurusan T-Team terkejut dengan kematian David Aniya memandangkan pemain berada dalam keadaan sihat meskipun memakai topeng pada perlawanan itu.

"Kami menerima berita kematiannya pada jam 10.05 malam daripada penolong jurulatih, Azhari Salim yang mengiringi pemain berkenaan ke hospital.

"Ini merupakan perlawanan persahabatan pertama untuk pasukan T-Team dan doktor juga memberi kebenaran kepada Aniya bermain walaupun dia sudah menjalani pembedahan pipi dua kali sebelum ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.

Tambahnya, David Aniya merupakan seorang pemain yang bagus dan mempunyai karakter sebagai pembimbing kepada rakan-rakan sepasukannya.

"Dia dikatakan mempunyai masalah komplikasi jantung namun kita tak boleh sahkan lagi sehingga bedah siasat dilakukan," katanya.

Pengadil perlawanan, Ku Alauddin Ku Mohamad menghentikan permainan pada minit ke-60 selepas mendapat berita kematian pemain tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian.

Terengganu Mungkin Tarik Diri Jika Tidak `Offside’

Written By Unknown on Saturday 16 May 2015 | 23:05


Pasukan Terengganu tidak teragak-agak menarik diri ke perlawanan seterusnya, sekiranya membuktikan gol penentuan dalam separuh akhir Piala FA malam tadi tidak `offside’, kata Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

“Saya sudah mengarahkan PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) membuat bantahan rasmi kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk menyiasat perkara itu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecohan yang berpunca daripada mutu pengadilan ketika perlawanan antara Terengganu dengan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.

Ahmad Razif berkata jika mempunyai bukti perlawanan itu memihak kepada Terengganu, sewajarnya perlu mengadakan perlawanan ulangan, jika tidak pasukan Terengganu akan menarik diri.

“Memang dukacita, melihat mutu pengadilan malam tadi, sewajarnya pengadil berpengalaman perlu bijak membuat keputusan terutama disaat genting seumpama itu.

“Perlu ada sikap tolak ansur dan sebagainya, kemarahan malam tadi sudah pasti berpunca daripada pengadil, apatah lagi dua pemain Terengganu Paulo Ragel dan Gustavo Lopez dilayangkan kad merah,”katanya.

Menteri Besar turut memberitahu, kerajaan menganggarkan kerugian melebihi RM150,000 tidak termasuk ambulan StJohn yang dibakar dan cermin bas dipecahkan akibat rusuhan itu.

“Mereka yang terlibat dalam membuat kekecohan itu tidak akan terlepas dengan tindakan undang-undang.Difahamkan, pihak berkuasa sudah menahan beberapa individu untuk siasatan lanjut,”katanya.

Terengganu vs Lions 2015 Rakaman Video Penyokong Terengganu Merusuh Di Stadium Gong Badak

Terengganu vs Lions 2015 Rakaman Video Penyokong Terengganu Merusuh Di Stiudium Gong Badak, kejadian ini di katakan berpunca dari penyokong terengganu tidak berpuas hati dengan pemgadil yang membatalkan jaringan Kuala Terengganu: Penyokong yang geram terhadap  mutu pengadilan bertindak liar apabila merosakkan kemudahan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, malam tadi.
Pintu masuk utama di stadium berkenaan pecah, sebahagian besar tempat duduk rosak manakala ambulans dilihat terbakar.
Terdapat kanak-kanak yang terkena objek yang dibaling penyokong manakala anggota polis dilihat terbaring kerana cedera di kepala.
Mereka dikatakan bertindak demikian sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII, yang tidak memihak kepada tuan rumah.
Pada pertemuan itu, Terengganu yang melayani kunjungan Lions XII menang 3-2 hasil jaringan Paulo Rangel pada m21 dan m45 dan Norshahrul Idlan Talaha di m59.
Tapi, tiga jaringan itu yang ditambah bekalan satu gol pada pertemuan pertama di Singapura, masih belum cukup membawa Terenggenu ke perlawanan akhir.
Difahamkan, insiden berlaku berikutan rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.
Sehingga 12.30 tengah malam tadi, kumpulan media yang membuat liputan masih terperangkap dalam kawasan stadium.
Selain itu, sekurang-kurangnya 500 penyokong tempatan dikatakan melontar batu ke arah anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).
Pada 1.10 pagi, anggota FRU terpaksa melepaskan tembakan asap apabila penyokong semakin agresif dengan membaling batu dan mercun.
Anggota FRU turut mengeluarkan arahan untuk bersurai menyebabkan penyokong beredar meninggalkan stadium.
Namun, masih ada yang berdegil dan mencabar pihak berkuasa dengan mengejak dan mempamerkan isyarat lucah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51398#sthash.f2btBj5k.dpuf

PEMAIN bola sepak Jerman Danny Blum,, mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam

Written By Unknown on Friday 30 January 2015 | 21:32


PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.

Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.

“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.

Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.

“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.

Danny  menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.

Pasukan itu bermain di Divisyen Dua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.

Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.

"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.

Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.

"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.

"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! " ujarnya

Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger