SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' ...

Read more »

KUALA BESUT - Dipatuk spesies ular tidak berbisa telah menyebabkan seorang wanita dari Kampung Beris Lampu, di sini, diserang sakit jantung sehingga tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Ra ...

Read more »

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu. Mohamad, yang lebih ...

Read more »

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Dalam hubungan perkahwinan, istilah ‘gila talak’ biasanya merujuk kepada satu pasangan suami isteri yang telah pun berpisah tetapi salah satu pihak sentiasa menganggap bekas ...

Read more »

KOTA BHARU – Malang berganda buat seorang peragut yang bukan sahaja kempunan melarikan beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Jalan Hamzah, di sini, semalam malah dicekup dan dibelasah pula o ...

Read more »

“Tiada kredibiliti”, itulah yang saya dapat rumuskan setelah membaca sebuah artikel yang dikatakan sebagai mewakili lidah rasmi PAS Terengganu menerusi artikelnya yang gigih menghentam kepimpinan ...

Read more »

Kuala Nerus : Menteri Besar Terengganu Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman amat terkejut dengan 3 keping gambar yang telah diviralkan dalam media social seperti facebook, whatsapps serta telegra ...

Read more »

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam memberi bantuan dan menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ketua ...

Read more »
BERITA TERKINI

Janda khalwat disebalik jeriji besi

Written By Unknown on Sunday, 13 September 2015 | 22:22


ALOR SETAR - Jika dilihat dari mata kasar, sebuah rumah di Jalan Simpang Kuala, di sini, kelihatan seperti kediaman biasa dipenuhi pintu bertanda A hingga Z.

Padahal, hotel murah itu  tidak hanya dipenuhi bilik dipasang jeriji besi, sebaliknya ia turut memiliki bilik di dalam bilik untuk kemudahan pelanggan.

Lebih aneh, mangga dikunci dari luar, sekali gus menyebabkan keadaan bilik seakan-akan penjara memandangkan kelihatan seperti tiada laluan keluar.

Ketika diserbu, pemilik hotel murah itu dilihat sengaja melengah-lengahkan masa.

Namun, taktik berkenaan terbongkar apabila anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membuat pemeriksaan teliti dalam Ops Maksiat di premis tersebut, Sabtu lalu.

Berdasarkan pemeriksaan lanjut itu, ia akhirnya membawa kepada penemuan tiga lagi bilik dalam sebuah bilik tidak bernombor didakwa sebuah stor pada awalnya.

Dalam pemeriksaan lanjut, seorang janda beranak tiga berusia 44 tahun ditemui dalam keadaan mencurigakan bersama lelaki muda dalam bilik itu.

Lebih mengejutkan, wanita memiliki anak berusia 14 hingga 21 tahun berkenaan sudah ditahan kali kedua bersama pasangannya berusia sekitar 23 tahun.

Bagaimanapun, wanita berkenaan memaklumkan dia tidak berniat lain sewaktu menyewa bilik berkenaan, sebaliknya ia semata-mata bermain permainan atas talian semata-mata.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, mereka antara tujuh pasangan ditahan dalam operasi bersepadu bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Katanya, pihak mereka turut memanggil pemilik sebuah hotel untuk diberi nasihat disebabkan dia disyaki cuba bersekongkol untuk melindungi pelanggan.

Roshidi berkata, mereka dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk laporan tangkapan berkenaan, sebelum dibawa mengambil keterangan di pejabat Jaik.

Kesemua pasangan disiasat di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara ataupun kedua-duanya sekali.

7 murid diramal masih hidup


GUA MUSANG - Untuk seketika, keluarga tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak lebih tiga minggu lalu mampu menarik nafas lega setelah dimaklumkan bahawa kesemua mangsa dipercayai masih hidup.

Makluman berkenaan diberikan oleh bomoh Orang Asli yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bidor, Perak, setelah mengetuai upacara sewang pada malam kedua di Kampung Pos Tohoi, malam kelmarin.

Keyakinan keluarga mangsa adalah berdasarkan bomoh berusia lingkungan 50-an itu dianggap bukan calang-calang bomoh dan telah banyak berjasa kepada masyarakat Orang Asli.

Upacara sewang yang turut membabitkan seramai 45 anggota PGA dari Kem Bidor diteruskan untuk malam ketiga, semalam, bagi mendapatkan petunjuk baharu dalam usaha mencari ketujuh-tujuh murid berkenaan.

Seminggu kebelakangan ini, keluarga mangsa gelisah kerana terkenang anak masing-masing yang tidak diketahui sama ada hilang di kawasan hutan atau di tempat lain.

Sungguhpun diramal masih hidup, keadaan sebenar ketujuh murid berkenaan belum diketahui dan keluarga masing-masing terus berharap pasukan mencari dapat menemui mereka.

Mungkin lebih jelas pada malam ketiga

Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Dendi Johari berkata, upacara sewang malam ketiga mungkin memberi petunjuk lebih jelas berikutan telah ada sedikit petunjuk pada malam kedua upacara itu dilaksanakan.

"Kita telah habis usaha untuk kesan tujuh murid itu dan mungkin petunjuk lebih jelas apabila bomoh membangkitkan semangat pada sewang malam terakhir, kerana ketika itu banyak pemujaan akan dilakukan.

"Ramalan anak mereka masih hidup sekurang-kurangnya memberi semangat baharu kepada keluarga," katanya.

Mampu berdikari dalam hutan

Selain ramalan upacara sewang, pemandu pelancong berpengalaman luas meneroka gua dan hutan di Gua Musang turut mempercayai tujuh murid Orang Asli terbabit masih hidup.

Sebilangan pemandu pelancong percaya, walaupun sudah lebih 20 hari murid-murid berkenaan hilang, namun mereka dipercayai dapat berdikari dan meneruskan hidup kerana kebiasaan tinggal di kawasan hutan bersama keluarga.

Salah seorang pemandu pelancong, Mohd Tahir Mat Saman, 55, yang berpengalaman lebih 30 tahun beranggapan kebanyakan masyarakat Orang Asli telah diajarkan ilmu hutan sejak kecil.

"Mereka arif mengenai kawasan hutan dan boleh dianggap pelik jika Orang Asli sesat dalam hutan. Kawasan hutan ini merupakan tempat mereka.

"Saya rasa masyarakat Orang Asli pasti telah melatih anak-anak mereka untuk tinggal dalam kawasan hutan sejak kecil lagi," katanya.

Dalam pada itu Mohd Tahir tetap berharap agar misteri kehilangan jurutera Petronas di Pulau Kendong, dekat Pos Pulat, di sini, pada 2004 dan terus menjadi misteri sehingga kini tidak berulang.

Sementara itu, Sabri Zul, 34, menganggap kehilangan serentak tujuh murid Orang Asli berkenaan pada hari sama sebagai kejadian pelik dan penuh misteri berikutan mereka gagal dikesan sehingga kini.

Berpengalaman selama 16 tahun sebagai pemandu pelancong di Taman Negara Sungai Relau, Pahang, Sabri pernah terlibat dalam operasi mencari seorang penuntut universiti tempatan yang hilang selama 19 hari di Gunung Tahan pada 2008.

"Pelajar berkenaan, Nur Umaisarah Sameaun merupakan seorang gadis Melayu yang tiada kepakaran ilmu hutan...tetapi dia dapat bertahan selama hampir 20 hari sebelum ditemui pendaki dan anggota penyelamat.

"Kerana itu saya percaya, tujuh murid Orang Asli tersebut masih hidup kerana mereka sudah biasa dengan persekitaran hutan. Ikut pengalaman lepas, orang yang terperangkap selama 20 tahun dalam hutan pun berjaya ditemui walaupun dalam keadaan tidak bermaya, lapar dan fizikal kurus kering," katanya.

Pada 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli, iaitu, Mirsudiar Alui, 11, Noreen Yaacob, 10, Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaacob, 8, Linda Rosli, 8 dan Juvina David, 7, melarikan diri dari asrama SK Pos Tohoi kerana takut dikenakan tindakan atas kesalahan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Isteri mudanya ada tiga suami


BACHOK - Seorang lelaki berusia 57 tahun bingung apabila mendakwa menjadi mangsa ‘permainan cinta’ seorang wanita muda yang dikahwininya di Selatan Thailand, dua tahun lalu.

Hasrat untuk mengecap bahagia bersama isteri keduanya itu musnah selepas dia mendapat tahu wanita itu masih belum bercerai dengan suami pertamanya.

Bapa kepada tiga anak itu mendakwa mengahwini isteri keduanya yang berusia 27 tahun ketika itu di Majlis Agama Islam Narathiwat, apabila wanita itu mendakwa dia masih anak dara.

Dia bertemu wanita itu yang bekerja di Bernas, Jitra, Kedah dan mengambil keputusan untuk mengahwininya di Selatan Thailand pada 12 September 2013, memandangkan wanita itu menggesanya berbuat demikian dan enggan bernikah di Malaysia.

“Kalau boleh memang kami nak kahwin di sini, tetapi dia menggesa saya untuk kahwin cepat di Selatan Thailand. Bila saya nak daftar kahwin di sini, dia banyak berdolak dalik sehingga saya tahu dia pernah berkahwin sebelum ini dan masih belum bercerai secara sah dengan suami pertamanya.

“Kami hanya sempat bersama seminggu sebelum rahsia statusnya yang belum bercerai secara sah dengan suaminya sebelum ini, terbongkar.

“Saya suruh dia fasak dengan suami pertamanya dahulu, sebab saya rasa pernikahan kami di Siam tak sah kerana dia bohong tentang statusnya,” katanya.

Lelaki itu berkata, dia menunggu wanita itu setahun lebih dan dalam tempoh itu dia sering berulang alik bertemu wanita itu di Kedah, selain menghulurkan wang belanja bulanan.

Namun, penantiannya hampa apabila Julai lalu, dia menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu yang memerintahkannya hadir untuk mengesahkan perceraian taklik.

“Saya dah habiskan banyak untuk dia kira-kira RM26,000 tetapi akhirnya saya terima surat perceraian taklik daripada wanita itu. Saya ke mahkamah pada 2 September lalu tetapi dia tak hadir. Saya pergi ke rumah dia, tetapi ibunya beritahu wanita itu sudah berkahwin lain lima bulan lalu.

“Macam mana dia boleh kahwin lain, sedangkan dia belum rasmi bercerai dengan suami pertamanya. Saya dapat tahu dia kahwin dengan suami barunya orang Negeri Sembilan di Selatan Thailand.

“Macam mana pula dengan pernikahan kami di Siam.. kalau ia sah.. saya pun belum ceraikan dia lagi. Kalau macam ni.. dia dah ada tiga suami dalam satu masa,” katanya.

Disebabkan rasa tertipu dengan ‘permainan cinta’ wanita itu, lelaki berkenaan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bachok pada 3 September lalu, sebagai rujukan untuk peguam dan mahkamah.

Bapa rogol anak tiri berkali-kali


BESUT - Seorang penoreh getah tergamak menjadikan anak tirinya yang juga OKU kategori bisu sebagai pemuas nafsu serakah dalam kejadian berulang kali di rumah mangsa di sebuah kampung di daerah ini.

Bagaimanapun, perbuatan jijik suspek yang merupakan warga emas berusia 62 tahun itu terbongkar apabila mangsa berusia 19 tahun mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa, dengan menggunakan bahasa isyarat, mendakwa pertama kali dirogol suspek pada April 2013 ketika sedang tidur di rumahnya.

Menurutnya, dalam kejadian itu suspek memasuki bilik mangsa dan merogolnya, mangsa cuba melawan tetapi dia ditampar suspek.

“Selepas kejadian itu, mangsa memaklumkan dirogol berulang kali suspek dan kejadian terakhir dia dirogol suspek pada 14 Ogos lalu sebanyak dua kali.

“Akibat tidak tahan dengan kelakuan bapa tirinya, mangsa ambil keputusan buat laporan polis,” katanya.

Khaled berkata, sebelum membuat laporan polis mangsa menceritakan kejadian menimpanya kepada salah seorang rakan.

Mangsa berbuat demikian kerana takut untuk menceritakan kepada ibu kandungnya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama ibu kandungnya, suspek dan dua adiknya di rumah tersebut.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan dan keputusan mendapati terdapat kesan kecederaan lama pada kemaluan mangsa dipercayai akibat dirogol.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha memburu suspek giat dijalankan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khaled turut menasihati orang ramai supaya tidak memancing di atas jambatan Kampung Lampu dekat sini, kerana berbahaya.

Menurutnya, papan tanda larangan memancing sudah sedia dipasang di sepanjang jambatan itu dan diharap pemancing dapat mematuhinya.

“Tindakan memancing di atas jambatan tersebut amat berbahaya kerana jalan yang sempit dan kenderaan sibuk boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku seperti kenderaan terbabas yang boleh merempuh pemancing yang berada di tepi jalan,” katanya.

Jangkitan HIV di kalangan penagih menurun

Written By Unknown on Saturday, 12 September 2015 | 11:33


BESUT - Kes jangkitan HIV/Aids di kalangan penagih dadah suntikan di Terengganu menunjukkan penurunan dari 292 kes pada tahun 2010 kepada 118 kes pada tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia merupakan satu kejayaan melalui usaha yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) termasuk mengadakan rawatan melalui pemberian methadone di enam buah hospital dan 33 buah pusat kesihatan di seluruh negeri kepada para penagih yang mendapatkan rawatan.

Katanya, sejak mencatat kes HIV pertama di Terengganu pada tahun 1988 sehinggalah Jun tahun ini, sebanyak 9,433 kes HIV telah didaftarkan di negeri ini.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,173 kes berpunca daripada risiko perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah suntikan, manakala 856 kes daripada risiko seksual," katanya selepas melancarkan Kembara Sihat Tanpa Aids 2015 dengan tema "Eksplorasi Menuju Sifar" di perkarangan Masjid Kampung Lak Lok, Jerteh di sini hari ini.

Ucapannya dibaca oleh Adun Kuala Besut,Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar.

Seramai 312 peserta Jabatan Kesihatan Negeri dengan menggunakan 74 buah kenderaan mengambil bahagian dalam eksplorasi sejauh 423 kilometer dari Jerteh ke Lumut, Perak.

Menurut Ahmad Razif, pada masa ini terdapat seramai 2,400 penagih dadah yang masih menjalani rawatan melalui pengambilan methadone di seluruh negeri ini.

Namun begitu katanya, jangkitan kes HIV akibat risiko seksual menunjukkan peningkatan berikutan sebanyak 83 kes dilaporkan pada tahun lalu berbanding hanya 55 kes pada tahun 2010.

Katanya, justeru itu tindakan akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dengan mengadakan aktiviti menyedarkan penduduk terutama para remaja dan anak muda dengan mengalakkan mereka menjalani kehidupan yang sihat.

"Remaja akan diberikan pendedahan bagi menjauhkan aktiviti berisiko seperti seks luar nikah dengan penglibatan sepenuhnya semua jabatan dan pihak berkuasa bagi mengelakkan masalah HIV/ Aids tidak meningkat di Terengganu," katanya. - Bernama

PAS tidak tolak kemungkinan sertai Himpunan Melayu Bersatu

Written By Unknown on Wednesday, 9 September 2015 | 09:01


KUALA TERENGGANU: PAS  tidak menolak kemungkinan akan menyertai Himpunan Melayu Bersatu yang dirancang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur,  16 September ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata pihaknya akan menilai dahulu tujuan dan matlamat penganjuran perhimpunan berkenaan.



Menurutnya, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam sejak sekian lama tidak akan berganjak daripada prinsip serta dasar parti.

"Yang menyatukan Melayu mesti Islam bukan semangat kebangsaan, yang kedua, orang Melayu perlu mengambilkira kaum lain, jangan abaikan kaum lain.

"Ini kerana saya sebut dalam banyak ucapan saya...kaum lain juga adalah mangsa penjajahan," kata Hadi di sini, hari ini.

Menurutnya, PAS tidak menyertai perhimpunan Bersih 4 kerana menganggap ia tidak wajar kerana diadakan ketika negara di ambang sambutan Hari Kemerdekaan.

Mengulas mengenai tindakan peserta yang memijak gambarnya pada perhimpunan Bersih 4 baru baru ini, beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak matang.
"Saya anggap itu langkah kebudak-budakan. Saya anggap itu langkah budak, serah pada orang tua. Orang tua budak-budak tu. Saya harap kerajaan pun jangan jadi budak-budak."
http://www.astroawani.com/berita-politik/pas-tidak-tolak-kemungkinan-sertai-himpunan-melayu-bersatu-72614

Berita Kemalangan Dan Bencana

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger