Home » » Bapa rogol anak tiri berkali-kali

Bapa rogol anak tiri berkali-kali

Written By Unknown on Sunday, 13 September 2015 | 20:53


BESUT - Seorang penoreh getah tergamak menjadikan anak tirinya yang juga OKU kategori bisu sebagai pemuas nafsu serakah dalam kejadian berulang kali di rumah mangsa di sebuah kampung di daerah ini.

Bagaimanapun, perbuatan jijik suspek yang merupakan warga emas berusia 62 tahun itu terbongkar apabila mangsa berusia 19 tahun mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa, dengan menggunakan bahasa isyarat, mendakwa pertama kali dirogol suspek pada April 2013 ketika sedang tidur di rumahnya.

Menurutnya, dalam kejadian itu suspek memasuki bilik mangsa dan merogolnya, mangsa cuba melawan tetapi dia ditampar suspek.

“Selepas kejadian itu, mangsa memaklumkan dirogol berulang kali suspek dan kejadian terakhir dia dirogol suspek pada 14 Ogos lalu sebanyak dua kali.

“Akibat tidak tahan dengan kelakuan bapa tirinya, mangsa ambil keputusan buat laporan polis,” katanya.

Khaled berkata, sebelum membuat laporan polis mangsa menceritakan kejadian menimpanya kepada salah seorang rakan.

Mangsa berbuat demikian kerana takut untuk menceritakan kepada ibu kandungnya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama ibu kandungnya, suspek dan dua adiknya di rumah tersebut.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan dan keputusan mendapati terdapat kesan kecederaan lama pada kemaluan mangsa dipercayai akibat dirogol.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha memburu suspek giat dijalankan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khaled turut menasihati orang ramai supaya tidak memancing di atas jambatan Kampung Lampu dekat sini, kerana berbahaya.

Menurutnya, papan tanda larangan memancing sudah sedia dipasang di sepanjang jambatan itu dan diharap pemancing dapat mematuhinya.

“Tindakan memancing di atas jambatan tersebut amat berbahaya kerana jalan yang sempit dan kenderaan sibuk boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku seperti kenderaan terbabas yang boleh merempuh pemancing yang berada di tepi jalan,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger