SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' ...

Read more »

KUALA BESUT - Dipatuk spesies ular tidak berbisa telah menyebabkan seorang wanita dari Kampung Beris Lampu, di sini, diserang sakit jantung sehingga tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Ra ...

Read more »

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu. Mohamad, yang lebih ...

Read more »

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Dalam hubungan perkahwinan, istilah ‘gila talak’ biasanya merujuk kepada satu pasangan suami isteri yang telah pun berpisah tetapi salah satu pihak sentiasa menganggap bekas ...

Read more »

KOTA BHARU – Malang berganda buat seorang peragut yang bukan sahaja kempunan melarikan beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Jalan Hamzah, di sini, semalam malah dicekup dan dibelasah pula o ...

Read more »

“Tiada kredibiliti”, itulah yang saya dapat rumuskan setelah membaca sebuah artikel yang dikatakan sebagai mewakili lidah rasmi PAS Terengganu menerusi artikelnya yang gigih menghentam kepimpinan ...

Read more »

Kuala Nerus : Menteri Besar Terengganu Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman amat terkejut dengan 3 keping gambar yang telah diviralkan dalam media social seperti facebook, whatsapps serta telegra ...

Read more »

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam memberi bantuan dan menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ketua ...

Read more »
BERITA TERKINI

Tangan kanan putus

Written By Unknown on Thursday, 24 September 2015 | 19:49


Gua Musang: Dua lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta sebelum mereka tercampak dari jambatan setinggi lima meter dan jatuh di atas landasan kereta api di Kilometer 1, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi, penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, Shin Chee Hong, 31, serta pemboncengnya, Chua Teik Beng, 42, maut di tempat kejadian.
Tangan kanan salah seorang mangsa terputus dalam kemalangan itu akibat dirempuh kereta terbabit.
Dua mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini, untuk dibedah siasat.
Pemandu kereta jenis Toyota Corolla itu, Mohd Jaham Abd Hamid, 32, mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Krai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80057#sthash.GkhWmL1F.dpuf

Imam meninggal dunia ketika tahiyat akhir


SHAH ALAM - Seorang Imam dari Masjid Kampung Temeris, di Kuala Pilah Negeri Sembilan meninggal dunia ketika tahiyat akhir solat Sunat Aidiladha pagi tadi.

A. Karim Ismail, 66, yang mengimamkan solat sunat tersebut dikatakan batuk sebelum rebah pada tahiyat akhir solat itu.

Kejadian  berlaku kira-kira jam 8:30 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah stesen televisyen tempatan, anak lelaki imam tersebut yang dikenali sebagai Amran berkata, beberapa jemaah membantu mengangkat bapanya yang sudah tidak sedarkan diri dan kemudian membawanya ke hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk pemeriksaan lanjut.

"Bagaimanapun doktor yang merawat ayah mengesahkan bahawa ayah sudah meninggal dunia," katanya.

JPAM Terengganu siap siaga

Written By Unknown on Wednesday, 23 September 2015 | 03:37

Muhammad Pehimi dan Adam (dua kanan) ketika merasmikan jetski di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Besut di Jertih.

JERTIH -  JPAM Terengganu melakukan persiapan rapi untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir musim tengkujuh dengan meningkatkan latihan kemahiran hampir 3,000 sukarelawan JPAM di negeri ini.

Pengarahnya,  Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata,  JPAM  telah mengadakan pelbagai latihan sejak awal September lalu membabitkan anggota sukarela jabatan di semua daerah.

Menurutnya, kursus yang dijalankan antaranya seperti menyelamat di air, pengendalian bot dan pelbagai latihan pertolongan cemas lain.

“Kita turut galakkan JPAM daerah melakukan latihan di peringkat daerah masing-masing  seperti  latihan kemahiran menyelamat  dan memindahkan mangsa banjir  pelbagai kategori seperti warga emas, obesiti, bayi dan OKU.

“JPAM  di setiap daerah juga turut diminta mengemas kini senarai pusat pemindahan di daerah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Jet Ski dan treler kepada JPAM Besut di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Besut di bandar Jertih yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri merangkap Adun Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Adam berkata lagi, sekiranya kejadian banjir besar atau luar biasa berlaku di negeri ini, pihaknya akan mengikut prosedur standard operasi (SOP) iaitu akan memohon bantuan daripada JPAM negeri berdekatan.

Sementara itu menyentuh mengenai penyerahan jet ski kepada JPAM Besut, Adam berkata, Besut satu-satunya di negeri ini  yang menerima kemudahan itu daripada Ibu Pejabat  JPAM bagi kegunaan menyelamat di pantai.

Menurutnya, operasi bot tersebut lebih kepada peranan di pantai iaitu untuk anggota JPAM yang bertugas di menara penyelamat di pantai Bukit Keluang.

“Jet ski amat diperlukan di situ khususnya untuk tugas menyelamat sekiranya ada kejadian pengunjung  yang lemas memandangkan keadaan ombak di situ menyukarkan anggota untuk berenang atau menggunakan bot untuk melaksana tugas menyelamat,” katanya.

Manakala Muhammad Pehimi memuji prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh JPAM Besut dan keseluruhan JPAM di negeri ini.

Menurutnya,  JPAM dekat dengan hati masyarakat apabila sebarang kes termasuk kemalangan atau menangkap haiwan liar, pasukan itu menjadi pilihan utama untuk diminta bantuan.

“Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anggota JPAM dalam menghulurkan bantuan amat dihargai masyarakat,” katanya dan menyifatkan penyerahan jet ski akan memantapkan lagi tugas dan peranan JPAM di daerah ini.

Gambar Gambar Remaja Mati Lemas Di Lata Tembakah

Written By Unknown on Tuesday, 22 September 2015 | 21:55

Jertih: Remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas ketika mandi bersama dua sepupunya di Lata Tembakah, Hulu Besut, pagi tadi.

Mayat mangsa, Mohd Najib Kamil dari Kampung Bukit Payung, Jertih, ditemui di dasar air terjun pada 11.23 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa bersama dua sepupunya datang ke kawasan perkelahan untuk mandi dan remaja terbabit yang dipercayai tidak tahu berenang terjun sebelum tenggelam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Penolong Penguasa Bomba Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada 10.55 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

"Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan mayat mangsa ditemui pada 11.23 pagi di dasar air terjun tidak jauh dari lokasi mangsa mandi," katanya.





'Ketika bai'ah sebut Pas, bukan DAP, PKR'

Written By Unknown on Saturday, 19 September 2015 | 21:59


DUNGUN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang‎ hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).
   
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas telah melafazkan bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati ALLAH SWT jika melanggar bai'ah itu.
   
"Pas sebagai parti Islam membuat bai'ah dengan ahli jawatankuasa Pas Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.
   
"Semasa berbai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (Pas) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah.
   
"Parti (Pas) mewajibkan dalam Bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai ahli Parlimen atau Adun. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat sini.
   ‎
Turut hadir pada program tiga hari itu yang berakhir hari ini, ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat.
   
Abdul Hadi berkata, gesaannya merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat Pas yang menyertai Amanah, parti baharu yang diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
   
Pada sidang media kemudian, Mustafa mengesahkan tiga pemimpin tertinggi Pas telah mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan PKR termasuk Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin bagi membincangkan mengenai tahaluf siyasif dalam pakatan pembangkang.
   
Dalam pertemuan itu di Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur,  Pas diwakili oleh Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Mustafa manakala PKR diwakili beberapa pemimpin tertingginya yang diketuai oleh Wan Azizah.
   
"Kita masih tahaluf dengan PKR tetapi dengan DAP dan parti baharu (Amanah), kita tak ada tahaluf," katanya. - Bernama

Pesta tangkap tikus berhasil


HULU BESUT - Penduduk Kampung Kayu Kelat di sini, menjadikan gotong-royong menangkap tikus sebagai pesta dan acara setiap musim menanam padi.

Serangan tikus sawah atau nama saintifiknya Rattus Argentiventer di kawasan penanaman padi di daerah ini, menjadi antara punca petani mengalami kerugian apabila gagal menemui keseluruhan padi yang diusahakan.

Pengerusi JKKK, Mohd Yusof Bidi berkata, pesta menangkap dan membunuh tikus sawah sudah menjadi tradisi penduduk sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, lebih meriah apabila pihaknya menyediakan hadiah kepada penduduk yang berjaya menangkap tikus dengan jumlah terbanyak dalam acara yang diadakan pada waktu malam.

“Pesta seperti ini akan hidupkan semula kemeriahan di kampung  tradisional yang rata-rata penduduk pesawah.

“Ia secara tak langsung, tarik penyertaan lebih ramai penduduk termasuk golongan muda, sekali gus atasi masalah serangan tikus sawah yang dihadapi pesawah,” katanya.

Baru-baru ini, 50 penduduk berjaya menangkap 470 tikus sawah yang kemudiannya dipukul dalam acara yang bermula jam 9 hingga 11 malam di sawah kampung itu.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang juga anak jati kampung itu, Badrul Hisham Mohd turut memeriahkan pesta.

Kata Mohd Yusof, serangan tikus biasanya bermula sebaik sahaja benih mula disemai dan haiwan perosak itu gemar memakan biji benih yang sedang bercambah mengakibatkan tumbesaran padi terbantut.

“Serangan kedua berlaku ketika padi sedang bunting sementara menunggu tempoh untuk dituai.

“Ketika ini tikus akan gigit pangkal padi untuk makan bahagian umbut dan biji-bijian muda,” katanya.

Katanya, gotong-royong menangkap haiwan berkumpulan sesuai dilakukan pada waktu malam kerana ia lazimnya menyerang padi pada waktu malam.

Tambahnya, tikus boleh menyebabkan petani menanggung kerugian besar jika ancaman tikus itu tidak dikawal dan dibasmi dengan bersungguh-sungguh.

“Petani tak boleh harap kepada pemangsa seperti burung hantu semata-mata, kerana setiap burung hantu hanya mampu makan tiga ekor tikus setiap malam, sementara pengguna racun perosak tak berkesan sangat.

“Sebab tulah.. dengan cara kami bermuafakat perangi haiwan itu ia banyak bantu kerana dalam satu malam hampir 500 ekor tikus berjaya dibunuh,” katanya.

Berita Kemalangan Dan Bencana

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger