SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' ...

Read more »

KUALA BESUT - Dipatuk spesies ular tidak berbisa telah menyebabkan seorang wanita dari Kampung Beris Lampu, di sini, diserang sakit jantung sehingga tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Ra ...

Read more »

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu. Mohamad, yang lebih ...

Read more »

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Dalam hubungan perkahwinan, istilah ‘gila talak’ biasanya merujuk kepada satu pasangan suami isteri yang telah pun berpisah tetapi salah satu pihak sentiasa menganggap bekas ...

Read more »

KOTA BHARU – Malang berganda buat seorang peragut yang bukan sahaja kempunan melarikan beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Jalan Hamzah, di sini, semalam malah dicekup dan dibelasah pula o ...

Read more »

“Tiada kredibiliti”, itulah yang saya dapat rumuskan setelah membaca sebuah artikel yang dikatakan sebagai mewakili lidah rasmi PAS Terengganu menerusi artikelnya yang gigih menghentam kepimpinan ...

Read more »

Kuala Nerus : Menteri Besar Terengganu Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman amat terkejut dengan 3 keping gambar yang telah diviralkan dalam media social seperti facebook, whatsapps serta telegra ...

Read more »

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam memberi bantuan dan menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ketua ...

Read more »
BERITA TERKINI

Rampas arak, peralatan shisha

Written By Unknown on Monday, 31 August 2015 | 21:15


KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) merampas pelbagai jenis arak, shisha dan alatan karaoke dalam Ops Merdeka di beberapa premis dan restoran di sini, bermula awal tengah malam dan berakhir pagi semalam.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM15,000.

Operasi disertai lapan penguat kuasa bersama anggota polis dan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) itu dilakukan bagi mengenal pasti peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan selaras dengan Kota Bharu sebagai sebuah bandaraya Islam.

Setiausaha MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peniaga ingkar dan akan mengenakan tindakan kompaun termasuk mereka yang masih menjalankan perniagaan shisha dan karaoke yang sudah termaktub dalam udang-undang di negeri ini tidak dibenarkan sama sekali beroperasi.

Menurutnya, Ops Merdeka dilakukan di sekitar kawasan Jalan Kebun Sultan termasuk di Jalan Pos  Office Lama di bandar Kota Bharu.

“Kita tidak akan memberi peluang kepada peniaga bukan Melayu yang turut tidak mematuhi arahan dan menghormati negeri ini yang mementingkan Islam, dengan menjual minuman keras termasuk kepada pelanggan Islam dan kita tegas pada mana-mana pihak yang ingkar,” katanya kepada media.

Rosnazli berkata, hasil kerjasama beberapa jabatan yang turut membantu dalam operasi seumpama ini ternyata membuahkan hasil.

“Maklumat awam juga turut membantu pihak MPKB-BRI melaksanakan tugas dengan jayanya.

“Kita harap maklumat akan sentiasa disalurkan kepada pihak berkuasa dan MPKB-BRI bagi memastikan bandar Kota Bharu bebas daripada kegiatan sosial dan tidak melanggar peraturan serta  undang-undang yang sudah termaktub di negeri ini,” katanya.

Tiada keperluan bina longkang

Written By Unknown on Sunday, 30 August 2015 | 21:36


KUALA BESUT - Penduduk Kampung Pekan Lama Kuala Besut, di sini, tidak bersetuju dengan projek pembinaan sistem perparitan (longkang) dirancang di situ yang dikatakan boleh mengundang beberapa kesan buruk terhadap persekitaran.

Timbalan Pengerusi JKKKnya, Che Abdullah Che Isa berkata, penduduk merayu jabatan berkaitan tidak meneruskan hasrat membina parit di tepi jalan di kampung tersebut kerana ia bukan menjadi keperluan sekarang.

Sebaliknya beliau berkata, pembinaan longkang itu kelak akan menimbulkan banyak masalah sampingan yang menambah kesulitan baharu kepada penduduk.

“Saya puluhan tahun tinggal kat sini, tapi di kampung ini tiada masalah banjir walau sikit pun, jadi saya hairan mengapa perlu bina longkang di situ sekarang.

“Kalau bina longkang beberapa masalah akan timbul seperti bau busuk memandangkan aliran tak sempurna berdasarkan bentuk muka bumi di situ, selain keselamatan terutama kanak-kanak memandangkan jalan itu tak begitu luas.

“Malah lebih 21 penduduk perlu merobohkan pagar rumah atau rumah mereka untuk pembinaan longkang tersebut,” katanya.

Che Abdullah berkata, memandangkan buat masa sekarang longkang tersebut masih tidak menjadi keperluan penduduk, maka sewajarnya projek itu tidak diteruskan.

Sebaiknya katanya, ia boleh dipindahkan ke kampung lain yang amat memerlukan sistem perparitan sekarang.

Tiada perbincangan dibuat

Dakwanya, turut dikesali kerana agensi terbabit langsung tidak berbincang atau meminta pendapat JKKK dan penduduk tentang hasrat itu.

“JKKK tahu-tahu projek ni akan dilaksana, penduduk juga terkejut terima notis tujuh hari daripada pejabat tanah mengarahkan mereka yang terlibat perlu merobohkan sebarang binaan yang berada di atas tanah rizab jalan yang terbabit dengan pembinaan longkang tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dan penduduk rancang menghantar memorandum kepada Pejabat Tanah Besut dan jabatan berkaitan untuk merayu menangguhkan perkara ini.

“Sewajarnya jabatan berkaitan merujuk terlebih dahulu keperluan utama penduduk.

“Penduduk di sini sekarang tak perlu longkang, sebaliknya mencadangkan bina bulatan di persimpangan jambatan Kuala Besut ke kampung ini dan Bandar Kuala Besut kerana sering berlaku kemalangan jalan raya  selain memastikan lampu jalan yang bersambung dengan jambatan Kuala Besut berfungsi,” katanya.

Terkejut terima notis roboh pagar

Penduduk, Jamilah Ismail, 58, berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba mendapat notis merobohkan pagar rumahnya yang berada di atas rizab jalan beberapa hari lalu.

Menurutnya, dia tidak tahu secara rasmi mengenai projek membina longkang di situ.

“Kami tahu longkang elok dibina, tapi memandangkan ia benar-benar tak perlu kerana di sini langsung tidak berlaku banjir atau takungan air maka kami harap janganlah buat longkang. Kasihanlah kami yang terpaksa merobohkan binaan.

“Kami sedar bina rumah di atas tanah rizab jalan jadi kesalahan, tapi memandangkan projek ini tidak perlu jadi bertimbang rasalah kepada kami.

“Lainlah kalau kampung ini memang selalu banjir, sudah tentu kami mahukan projek ini dan kami akur walau terpaksa roboh sebahagian pagar rumah atau rumah sekalipun,” katanya sambil merayu.

Sinar Harian difahamkan Kampung Nail turut terlibat dengan projek tersebut dan penduduk di situ juga tidak bersetuju.

Pegawai 'JPAM' rogol wanita ketika temuduga

Written By Unknown on Friday, 28 August 2015 | 20:49


KEMAMAN – Dengan taktik menyamar sebagai pegawai JPAM dan menawarkan peluang pekerjaan sebagai anggota jabatan itu, seorang remaja lelaki bukan sahaja menipu duit orang kampung, malah lebih kejam suspek turut merogol seorang wanita ketika sesi temu duga.

Suspek, 18, memperkosa mangsa yang berumur 20 tahun selepas meminta wanita dari Kijal itu menghadiri temu duga di sebuah hotel di Chukai dalam kejadian lebih kurang jam 8 pagi pada 24 Ogos lalu.

Bagaimanapun mangsa yang hadir ke hotel itu seorang diri tanpa ditemani sesiapa akhirnya terperangkap selepas sesi temu duga berkenaan bertukar menjadi sesi memuaskan nafsu suspek.

Ketua Polis Kemaman, Pemangku Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, lebih kurang jam 6 petang pada hari sama juga, suspek turut memperdaya beberapa penduduk Kampung Meraga Beris setelah menawarkan pekerjaan sama dengan menetapkan yuran kemasukan ahli sebanyak RM50 seorang.

Katanya, bagi menarik minat penduduk kampung, suspek menjanjikan setiap anggota JPAM berkenaan akan menerima gaji bulanan sebanyak RM1,500.

“Beberapa penduduk berminat dan bayar RM50 untuk menjadi ahli seterusnya dapat bekerja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kemaman, semalam.

Suspek yang menumpang sementara di rumah kenalannya di Kijal akhirnya berjaya ditangkap polis dengan bantuan orang kampung lebih kurang jam 1 pagi pada Rabu lalu selepas beberapa minit mangsa rogol membuat laporan di balai polis manakala bagi kes tipu pula dua laporan dibuat pada hari sama masing-masing pada jam 3 dan 9 pagi.

Mohd Said berkata, suspek berasal dari luar Kemaman dipercayai tinggal sementara di rumah kenalannya sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, suspek ditahan direman sehingga 1 September depan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 420 kanun sama kerana menipu.

Oleh itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk tampil membuat laporan jika turut menjadi mangsa dengan modus operandi melibatkan penawaran kerja sama ada JPAM, Rela atau mana-mana jabatan lain agar polis dapat mengekang kegiatan penipuan seumpama itu.

Pelajar edar dadah di sekolah terbongkar

Written By Unknown on Thursday, 27 August 2015 | 23:38


KUALA NERANG - Aktiviti seorang pelajar sebuah sekolah di Naka, di sini, yang mengedar ganja kepada rakan akhirnya terbongkar apabila kegiatannya dikesan guru.

Ketua Polis Padang Terap, Deputi  Superintendan, Ahmad Nasir  Jaafar berkata, pelajar berumur 14 tahun itu menjadi orang tengah mengedar ganja dan sebagai balasan dia akan mendapat bekalan dadah secara percuma.

"Perbuatan itu terbongkar apabila gurunya membuat pemeriksaan selepas melihat suspek dalam keadaan mencurigakan di tepi bangunan makmal sekolah kira-kira jam 9 pagi.

"Guru itu menemui tiga paket ganja seberat 1.68 gram bernilai RM30 dalam poket seluarnya sebelum membawa suspek ke balai polis Naka untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, hasil maklumat sekolah, pelajar terbabit ditahan kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, siasatan mendapati pelajar terbabit terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran sejak dua bulan lalu.

"Bekalan diperoleh daripada seorang lelaki yang tinggal di kawasan itu dan menggunakan pelajar terbabit untuk menjual bahan terlarang dengan harga RM10 sepeket.

"Saringan air kencing mendapati pelajar terbabit positif ganja dan direman bermula kelmarin bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan usaha memburu lelaki yang membekalkan dadah kepada pelajar terbabit giat dijalankan.

Simpan hidupan liar dalam rumah


Jerteh - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri berjaya merampas beberapa jenis haiwan hidupan liar dalam satu serbuan di sebuah rumah di Besut pada jam 12.45 malam, kelmarin.

Intipan yang berakhir dengan serbuan dilakukan oleh lima kakitangan Perhilitan itu membawa kepada penemuan sebanyak 26 katak, 10 ular sawa, enam kura-kura, manakala masing-masing tiga labi-labi dan baning (spesies kura-kura).

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata, kesemua haiwan yang dirampas masih hidup dan merupakan spesies tempatan yang disimpan dalam sebuah rumah dipercayai dijadikan sebagai pusat pengumpulan.

“Kami percaya rumah ini dijadikan sebagai rumah transit atau pusat pengumpulan haiwan sebelum diedarkan kepada pembeli tertentu.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan ia untuk dipasarkan di restoran bukan Islam untuk dijadikan sebagai makanan eksotik,” katanya kepada media yang ditemui di pejabatnya, semalam.

Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun turut ditahan reman untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716 Seksyen 60(1)(a) bagi hidupan liar yang dilindungi dan Seksyen 68(1)(a) bagi hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, masing-masing membawa hukuman penalti didenda tidak lebih RM50,000 atau
penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya, serta didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Mohd Hasdi menyarankan orang ramai supaya mendapatkan lesen atau permit di mana-mana jabatan Perhilitan terdekat sebelum memiliki atau menyimpan spesies hidupan liar bagi mengelak perlakuan yang boleh disabitkan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716.

Lawak Bodoh! Anwar Isytihar 30 Ogos Hari Terakhir Kerajaan BN!


KUALA LUMPUR – Entah hendak dikatakan bodoh atau lawak, namun inilah kenyataan paling aneh dalah sejarah Malaysia ketika pembangkang mahukan proses pilihan raya yang telus, mereka sendiri pun tidak percaya pada konsep pilihan raya.



Buktinya pembangkang sedia menggulingkan kerajaan yang sah dipilih secara demokrasi dengan apa cara sekali pun termasuk menganjurkan perhimpunan haram jalanan kononnya majoriti rakyat menyokong mereka.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malah mengisytiharkan sambutan kemerdekaan pada malam 30 Ogos ini adalah hari terakhir pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di Malaysia.

Anwar yang sedang merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat melalui satu perutusan turut mendakwa hari tersebut adalah pengakhiran ke atas kezaliman serta penindasan yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat.

“Gegaran Merdeka menandakan berakhirnya pemerintahan penjajahan curang kerana penindasan dan kezaliman.

“Merdeka juga mengusung gagasan besar dan keyakinan baru menegak keadilan dan negara hukum serta memacu pertumbuhan dengan jaminan pengagihan saksama,” tegasnya dalam perutusan yang disebarkan oleh Biro Komunikasi PKR hari ini.

Anwar mendakwa, sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini kononnya bakal membebaskan kehidupan rakyat yang sedang melarat dan sekatan ke atas hak kebebasan mereka oleh kerajaan.

Untuk rekod, beliau sebelum ini pernah ‘memperbodohkan’ satu dunia yang habis mempercayai dakyah propaganda dibuatnya bahawa BN di bawah perdana menteri waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang pada 16 September 2008 lalu. – mynewshub.cc
http://mynewshub.cc/2015/08/27/anwar-isytihar-30-ogos-2015-hari-terakhir-kerajaan-bn/#gs.cede1d4ef24c49cf9971975291e31359

Berita Kemalangan Dan Bencana

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger