SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' ...

Read more »

KUALA BESUT - Dipatuk spesies ular tidak berbisa telah menyebabkan seorang wanita dari Kampung Beris Lampu, di sini, diserang sakit jantung sehingga tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Ra ...

Read more »

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu. Mohamad, yang lebih ...

Read more »

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Dalam hubungan perkahwinan, istilah ‘gila talak’ biasanya merujuk kepada satu pasangan suami isteri yang telah pun berpisah tetapi salah satu pihak sentiasa menganggap bekas ...

Read more »

KOTA BHARU – Malang berganda buat seorang peragut yang bukan sahaja kempunan melarikan beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Jalan Hamzah, di sini, semalam malah dicekup dan dibelasah pula o ...

Read more »

“Tiada kredibiliti”, itulah yang saya dapat rumuskan setelah membaca sebuah artikel yang dikatakan sebagai mewakili lidah rasmi PAS Terengganu menerusi artikelnya yang gigih menghentam kepimpinan ...

Read more »

Kuala Nerus : Menteri Besar Terengganu Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman amat terkejut dengan 3 keping gambar yang telah diviralkan dalam media social seperti facebook, whatsapps serta telegra ...

Read more »

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam memberi bantuan dan menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ketua ...

Read more »
BERITA TERKINI

Mayat ditemui terapung di Pulau Perhentian Kecil

Written By Unknown on Monday, 17 August 2015 | 22:06


BESUT - Mayat seorang warganegara Pakistan ditemui terapung di kawasan perairan Pulau Perhentian Kecil dekat sini petang Sabtu lepas.

Mayat dikenal pasti sebagai Umair Hassan, 29, yang bekerja sebagai Pegawai Urusan Pelanggan dengan sebuah syarikat tempatan beralamat di Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata, Umair yang mempunyai permit bekerja yang sah pergi ke Pulau Perhentian Kecil seorang diri Jumaat lalu dengan mendirikan khemah tanpa menyewa mana-mana resort di situ.

"Mangsa mandi bersendirian di laut berhampiran Long Beach petang Sabtu lalu sehinggalah mayatnya ditemui terapung oleh seorang pemandu bot pelancong  kira-kira 4.30 petang hari yang sama," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya hasil bedah siasat mendapati kematiannya kerana lemas dan tidak ada sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa telah dituntut oleh abangnya yang datang dari Singapura di rumah mayat Hospital Daerah Besut hari ini. - Bernama

3 pengkid panggil 4 rakan rogol gadis


Sungai Petani: Akibat perselisihan faham, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bukan saja dibelasah empat wanita termasuk tiga remaja pengkid, malah turut diraba sebelum dirogol seorang daripada empat lelaki dalam kejadian di Taman Ria Jaya, di sini, pada Rabu lalu.
Kejadian berlaku jam 9.45 malam ketika mangsa mahu balik selepas ke rumah rakannya bagi memulangkan buku yang dipinjam.
Bagaimanapun, sebelum tiba di rumah, mangsa dipercayai dihalang dua motosikal dengan seorang daripada penunggang wanita berusia 20-an yang juga ibu kepada seorang daripada tiga remaja perempuan berusia belasan tahun.
Mereka kemudian bertindak mengheret gadis terbabit menaiki sebuah motosikal yang ditunggang mereka.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Mohd Sabri Mohamad berkata, sebaik menaiki motosikal itu, mangsa dibawa ke kawasan semak berhampiran tasik di sebuah taman perumahan lalu berlaku pertengkaran antara mangsa dan seorang remaja perempuan terbabit.
– metro

Anggota polis cedera kemalangan

Written By Unknown on Sunday, 16 August 2015 | 21:59


KAMPUNG RAJA - Seorang anggota polis dari Unit Ronda Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di jalan Terengganu-Kelantan di Jabi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Lans Koperal Mohd Azhar Ibrahim, 38, cedera di bahagian buku lali kaki kiri selepas merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa bersama rakan-rakannya berkonvoi dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi dari arah Terengganu ke Besut.

Menurutnya, mangsa yang berada di lorong kanan berada di belakang sekali dan agak ketinggalan dari kumpulan konvoi.

“Apabila tiba di tempat kejadian, secara tiba-tiba kenderaan Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun melintas dari arah kiri ke kanan jalan untuk buat pusingan U.

“Mohd Azhar dikatakan tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat menyebabkan berlaku kemalangan,” katanya.

Khaled berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Beliau yang turut melawat anggota terbabit di HUSM semalam mengesahkan keadaan anggota itu stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Pemandu Hilux terbabit tidak mengalami kecederaan dan kes ini disiasat oleh pegawai penyiasat Inspektor Yazid Azmi di bawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jumpa janin kembar dalam tandas


KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki menjumpai janin‎ kembar dalam sebuah tandas di kampung Durian Burung dekat sini lewat hari ini.

Ahmad Afkar Salleh, 18, berkata, sebaik sahaja menjumpai janin tersebut pada‎ kira-kira jam 3 petang, dia terus memaklumkan kepada penduduk kampung untuk mengesahkan apa yang dia temui itu.

"Saya amati ketulan itu dan syak sesuatu sebelum memanggil orang kampung untuk melihat ketulan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita.

Pengerusi surau berkenaan Wan Khalid Ismail, 79, berkata ini kejadian yang pertama seumpamanya dialami pihak jawatankuasa surau berkenaan sejak beliau tinggal di kawasan itu lebih 40 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika‎ dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengesan orang yang bertanggunjawab. -


Warga emas terima rumah baharu

Written By Unknown on Saturday, 15 August 2015 | 20:27


JERTIH - Seorang warga emas yang mengalami masalah penyakit Parkinson, Yusof Awang, 78, berkongsi kegembiraan dengan isterinya, Mek Jah Taib, 64, apabila mereka menerima sebuah rumah sumbangan Bank Rakyat.

Pasangan itu yang selama ini tinggal di rumah kayu yang sudah agak uzur di Kampung Gaung di sini, amat gembira apabila menerima rumah yang dibina sepenuhnya oleh institusi perbankan itu dengan harga RM45,000.

Menurut Mek Jah, walaupun rumah diterima bukan banglo mewah tetapi bagi insan tidak berkemampuan sepertinya, dia amat bersyukur dengan rumah yang diterima kerana sebelum ini dia tidak termimpi untuk memiliki rumah sedemikian yang lengkap dengan perabot dan kipas angin.

“Selama ini kami tinggal dua keluarga dalam satu rumah kerana seorang anak makcik yang berkeluarga menumpang tinggal bersama di rumah asal.

“Tetapi apabila menerima rumah ini, keadaan semakin selesa kerana makcik dan pakcik akan tinggal di rumah baru pemberian Bank Rakyat, manakala anak makcik tinggal di rumah asal,” katanya selepas menerima kunci rumah yang diserahkan Pengurus Bank Rakyat
Cawangan Jertih, Ibrahim Harun.

Hadir sama, wakil Adun Hulu Besut, yang juga Timbalan Penyelaras Dun Hulu Besut, Hasmadi Hassan.

Kata Mek Jah lagi, dia sekeluarga menerima berita gembira akan menerima sebuah rumah, seminggu selepas umat Islam berpuasa pada Ramadan lalu.

“Kami rasa seperti dapat kehidupan baharu apabila menerima penyerahan kunci hari ini sebab rumah pusaka ini turut dikongsi 10 lagi ahli keluarga membabitkan anak lelakinya berumur 23 hingga 34 tahun termasuk cucu-cucu,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, rumah tersebut merupakan rumah kedua yang dibina Bank Rakyat menerusi sumbangan wang zakat perniagaan bank untuk fakir miskin di daerah ini pada tahun ini.

Katanya, rumah pertama yang dibina bank berkenaan ialah di Kampung Gong Nangka, sebelum ini membabitkan kos yang sama.

Kanak-kanak 5 tahun dirogol ‘Panjang’


Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang budak perempuan berusia lima tahun hingga berlaku pendarahan pada kemaluan di padang permainan Taman Mahsan, Bahau di sini, kelmarin.

Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata kejadian berlaku jam 9.30 malam selepas mangsa bermain dengan anak jirannya sebelum dirogol suspek yang juga jirannya.

Beliau berkata kejadian disedari ibu mangsa berusia 38 tahun apabila anaknya pulang ke rumah sambil menangis dan enggan bercakap.

“Selepas dipujuk ibunya, mangsa memberitahu seorang lelaki dikenali sebagai ‘Panjang’ membawanya ke kawasan hujung padang sebelum menunjukkan kemaluan.

“Kanak-kanak itu mengadu kesakitan pada kemaluan menyebabkan wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah sebelum doktor memaklumkan mangsa dipercayai dirogol.

“Sehubungan itu, gerakan memburu lelaki terbabit dijalankan sebelum suspek berjaya ditahan di sekitar Bahau pada jam 1 petang tadi (semalam),” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Berita Kemalangan Dan Bencana

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger