SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' ...

Read more »

KUALA BESUT - Dipatuk spesies ular tidak berbisa telah menyebabkan seorang wanita dari Kampung Beris Lampu, di sini, diserang sakit jantung sehingga tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Ra ...

Read more »

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu. Mohamad, yang lebih ...

Read more »

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Dalam hubungan perkahwinan, istilah ‘gila talak’ biasanya merujuk kepada satu pasangan suami isteri yang telah pun berpisah tetapi salah satu pihak sentiasa menganggap bekas ...

Read more »

KOTA BHARU – Malang berganda buat seorang peragut yang bukan sahaja kempunan melarikan beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Jalan Hamzah, di sini, semalam malah dicekup dan dibelasah pula o ...

Read more »

“Tiada kredibiliti”, itulah yang saya dapat rumuskan setelah membaca sebuah artikel yang dikatakan sebagai mewakili lidah rasmi PAS Terengganu menerusi artikelnya yang gigih menghentam kepimpinan ...

Read more »

Kuala Nerus : Menteri Besar Terengganu Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman amat terkejut dengan 3 keping gambar yang telah diviralkan dalam media social seperti facebook, whatsapps serta telegra ...

Read more »

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam memberi bantuan dan menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ketua ...

Read more »
BERITA TERKINI

Dua lagi murid SK Pos Tohoi ditemui, satu maut

Written By Unknown on Friday, 9 October 2015 | 03:35


GUA MUSANG - Dua lagi kanak-kanak Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak  penghujung Ogos lalu ditemui selamat di Sungai Perias di sini, hari ini.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Misudiar Aluj, 11 dan rakannya, Noreen Yakob, 10, ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Dalam pertemuan itu juga, satu mayat turut ditemui bersama mereka, bagaimanapun identitinya tidak dapat dikenalpasti lagi.

Penemuan ketiga ini menjadikan lima mangsa keseluruhan ditemui daripada tujuh yang dilaporkan hilang. SHAH ALAM - "Alhamdulillah ada yang terselamat. Subha-ALLAH," itu antara komen netizen di laman sosial susulan penemuan dua murid Orang Asli yang masih hidup sejak hilang penghujung Ogos lalu. Rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan berharap dua lagi murid yang masih belum ditemui masih terselamat. Zamley Nayan Menulis: “Alhamdulillah, ada dua pelajar yang terselamat. Semoga dua yang lain dapat ditemui dalam keadaan yang selamat jua. Takziah bagi tiga pelajar yang terkorban. "Alhamdulillah syukur...semoga anak-anak yang lain pun masih selamat. Sama-samalah kita berdoa moga ALLAH beri pertunjuk pada kita semua. Amin," tulis Isad Adwa. Dalam pada itu, netizen turut melahirkan rasa kagum serta semangat yang ditunjukkan kanak-kanak itu untuk terus hidup. "Azam untuk terus hidup amat kuat kanak-kanak ni. Walau sebulan lebih tak makan makanan yang berkhasiat, akhirnya kembali jua ke pangkuan keluarga,” tulis Lily Yana. Sementara itu, Addukhan Aswad pula berkata, “Kesiannya, apa la yang diorang makan, apa pun alhamdulillah, budak ni memang cekal dan berani.” Misudiar Aluj, 11 dan rakannya, Noreen Yakob, 10, ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya oleh pasukan mencari dan menyelamat hari ini.
 UPDATED -- 
SHAH ALAM - "Alhamdulillah ada yang terselamat. Subha-ALLAH," itu antara komen netizen di laman sosial susulan penemuan dua murid Orang Asli yang masih hidup sejak hilang penghujung Ogos lalu.

Rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan berharap dua lagi murid yang masih belum ditemui masih terselamat.

Zamley Nayan Menulis: “Alhamdulillah, ada dua pelajar yang terselamat. Semoga dua yang lain dapat ditemui dalam keadaan yang selamat jua. Takziah bagi tiga pelajar yang terkorban.

"Alhamdulillah syukur...semoga anak-anak yang lain pun masih selamat. Sama-samalah kita berdoa moga ALLAH beri pertunjuk pada kita semua. Amin," tulis Isad Adwa.

Dalam pada itu, netizen turut melahirkan rasa kagum serta semangat yang ditunjukkan kanak-kanak itu untuk terus hidup.

"Azam untuk terus hidup amat kuat kanak-kanak ni. Walau sebulan lebih tak makan makanan yang berkhasiat, akhirnya kembali jua ke pangkuan keluarga,”  tulis Lily Yana.

Sementara itu, Addukhan Aswad pula berkata, “Kesiannya, apa la yang diorang makan, apa pun alhamdulillah, budak ni memang cekal dan berani.”

Misudiar Aluj, 11 dan rakannya, Noreen Yakob, 10, ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya oleh pasukan mencari dan menyelamat hari ini.


Dalam penemuan itu juga, satu mayat turut ditemui bersama mereka, bagaimanapun identitinya tidak dapat dikenal pasti lagi.

Penemuan ketiga ini menjadikan lima mangsa keseluruhan ditemui daripada tujuh yang dilaporkan hilang.

Dalam kejadian 23 Ogos lalu, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki Orang Asli berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan melarikan diri daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

Pas-Umno bersatu, bagaimana anda tafsir?

Written By Unknown on Wednesday, 7 October 2015 | 10:35


SHAH ALAM – Pemimpin veteran, Tan Sri Sanusi Junid menyifatkan soal penyatuan antara Umno dengan Pas yang dibangkitkan pihak tertentu mungkin menjadi atau tidak bergantung pada tafsiran yang dibuat oleh mereka.

Namun tegasnya, apa yang penting adalah memastikan agama Islam itu menjadi payung bukannya menjadi alat kepada politik.

“Sebenarnya bergantung pada ayat mana yang anda baca...bagaimana anda tafsir. Kalau saya, saya baca ‘orang mukmin itu bersaudara. Pegang pada tali ALLAH, janganlah berpecah belah.’

“Tapi kalau nak berkelahi pun, jika anda salah ambil ayat, umpamanya ‘boleh menikah satu atau dua atau tiga ataupun empat’. Ada orang di Jawa ini, dia campur sebab dalam bahawa Arab ‘wau’ itu (maksudnya) ‘dan’.  Dia pun campur satu dan dua dan tiga dan empat. Dia menikah 10.

“Jadi, bergantung pada tafsir, yang pentingnya, agama itu perlu menjadi payung kepada politik jangan agama jadi alat kepada politik,” katanya ketika menjawab soalan moderator, Dr Maszlee Malik pada program  Bicara Minda & Sesi Dialog, ‘Perpaduan: Mengapa kita masih keliru?’, di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau ada menyebut soal penyatuan antara Melayu hanya berlaku sekiranya Melayu dihina oleh mana-mana pihak dan bukan kerana kuat agama malah perkara itu telah berlaku sejak sebelum merdeka.

“Dulu, yang bawa masuk orang putih ke negara kita adalah orang Melayu. Kita bersatu pabila dia (penjajah) sentuh air muka kita, raja, ulama, cikgu, semua bersatu. Kemudian kita berkelahi semula. Pada 13 Mei (1969), huru-hara balik, bersatu balik. Tahun 1962, Pas kata Umno kafir. 1969, Pas berkawan dengan Umno. 1974, Pas masuk BN. Sewaktu itu, Umno tidak lebih Islam pun dan Pas pun tidak lebih sayang pada Umno tapi kerana Melayu telah terhina, kita berkawan balik. Lepas kawan balik tiba-tiba di Kelantan, kerajaan isytihar darurat yang tak patut pun.

“Jadi, kita sebenarnya bersatu kerana kita dihina. Tapi sekarang ini, kita sudah ada pengalaman kalah. Melayu sekarang ini sudah tidak kisah sangat kalah. Contohnya apabila DAP menang di Pulau Pinang. Ketika itu kita lihat perdana menteri kita pergi ke Pulau Pinang, berpeluk-peluk dengan Lim Guan Eng. Ini yang kita naik geram,” katanya.

Oleh itu, katanya, perpaduan perlu dikukuhkan kembali bagi memastikan Melayu terus berkuasa.

“Sekarang ini kita makin kurang malu, faham tak? Kita dulu bersatu kerana maruah. Sekarang maruah pun kita tidak peduli dah. Sekarang kita lihat orang kita terjerit-jerit untuk mempertahankan maruah sedangkan banyak orang kita yang menjual maruah.

“Jadi, kalau kita nak pastikan (terus) berkuasa, kita kena kuatkan balik perpaduan...mesti berasaskan kebenaran. Tiada jalan lain lagi dah, jika kita tidak satukan Melayu dengan Islam, kita memang tiada masa depan,” katanya.

Tambahnya,”bagi kita Melayu, kita ada agama Islam. Jika tidak mahu menjadi alim sungguh pun, cuba-cubalah. Al-Quran kena baca, maknanya kena baca. Janganlah kita jadi ‘fashionable Muslim’ sahaja.”

Ternak toman bunga beri kepuasan


BESUT - Jika orang ramai lebih gemar menternak ikan air tawar, tetapi tidak bagi Mohd Yusof Bidi, 51, yang menjadikan penternakan ikan toman sebagai salah satu sumber pendapatan sampingannya.

Mohd Yusof berkata, menternak ikan toman (chana melanostoma) dari spesies toman bunga menjadi satu kepuasan buatnya.

Menurutnya, dia mula menternak ikan tersebut di dalam sangkar kanvas bekas ternakan ikan keli di tepi rumahnya sejak dua tahun lalu.

“Saya peroleh benih anak toman dari rakan selain tangkap sendiri anak ikan toman liar yang hidup di kawasan anak Sungai Besut sekitar Kampung Padang Buluh.

“Lebih 200 ekor benih ikan itu yang bersaiz sebesar ibu jari tangan orang dewasa dilepas di dalam sangkar tersebut kemudian diberi makan anak ikan kecil,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kayu Kelat.

Mohd Yusof yang lebih dikenali dengan panggilan Arif berkata, ikan tersebut semakin membesar namun pada peringkat awal puluhan ekor telah mati kerana tercekik ikan puyu yang dimakannya.

Bagaimanapun katanya, kejadian itu memberi ilmu dan pengalaman kepadanya supaya tidak memberi ikan toman yang masih kecil serta sederhana besar memakan ikan puyu.

“Lama-kelamaan ikan ternakan saya makin besar dan lincah di dalam air, giginya tajam dan pergerakannya agak ganas.

“Saya perlu berhati-hati ketika beri ikan tu makan dan tak sesekali memasukkan tangan atau jari ke dalam air. Bayangkan... anak ikan haruan terputus dua dengan sekali digigit ikan toman,” katanya.

Tambah Arif, selain menjadikannya sebagai hobi, ikan toman ternakannya turut dijual sebagai ikan hiasan di dalam akuarium kerana coraknya yang menarik selain aksinya yang lincah.

Katanya, lebih 100 ekor ikan toman ternakannya itu mencapai saiz sebesar lengan orang dewasa telah dibeli pelanggan untuk tujuan hiasan dengan harga RM50 seekor.

“Saya bercadang bina kolam konkrit berhampiran rumah saya untuk ternak lebih banyak ikan toman.

“Tiada masalah untuk saya dapatkan umpan bagi beri makan sekali atau dua kali sehari ikan ni sebab rumah saya dekat dengan tali air dan sawah padi,” katanya.

Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Pesakit mental maut selepas mengamuk


BESUT - Seorang pesakit mental meninggal dunia setelah mengamuk di Kampung Gong Resam, Pasir Akar, Hulu Besut malam tadi.

Lelaki tersebut yang berumur 40 tahun turut dilapor menikam dengan pemutar skru seorang anggota polis yang cuba menenangkannya dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata lelaki terbabit meninggal dunia di Hospital Daerah Besut ketika dirawat akibat kecederaan yang dialaminya.

Beliau berkata lelaki berkenaan pernah mendapat rawatan di Hospital Psikiatrik Kota Baharu sebelum ini. - Bernama
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

'Bila kami boleh pindah..'

Written By Unknown on Tuesday, 6 October 2015 | 15:43

KUALA BESUT -Penduduk di penempatan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pangkalan Atap di sini bimbang memikirkan musim tengkujuh yang bakal tiba tidak lama lagi kerana mereka masih belum dapat berpindah ke penempatan baharu yang disediakan kerajaan negeri.

Senario air pasang dan ombak besar membadai  dinding rumah mereka saban malam pada musim tengkujuh lalu sentiasa menghantui penduduk di 46 rumah PPRT di situ.

Menurut penduduk, rata-rata mereka di situ tidak dapat tidur lena memikirkan kalau-kalau rumah mereka ranap atau ditenggelami air laut setiap kali tengkujuh.

Justeru mereka terpaksa bersengkang mata berjaga malam bagi memastikan keselamatan anak isteri terjamin.

Penduduk sepatutnya dipindahkan ke rumah pangsa yang dimaklumkan telah siap beberapa bulan lalu di Kampung Lay Out Tok Saboh.

Namun mereka tidak dimaklumkan bila akan dibenarkan berpindah ke pangsapuri empat tingkat yang mempunyai 72 unit  rumah itu.

Tunggu arahan

Penghuni PPRT Kampung  Pangkalan Atap, Normala Mat, 45, berkata, dia sering didatangi penduduk di situ bertanyakan bilakah mereka akan dipindahkan ke pangsapuri tersebut kerana banjir akan tiba tidak lama lagi.

“Saya sendiri tak pasti bila akan pindah.. keadaan ni juga buat saya serba salah  nak baiki atap rumah yang rosak akibat dipukul kepala angin sebelum ini.

“Takut kalau-kalau dah baiki elok.. kena pindah pula, rugi pula kerana kami orang susah," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Ya Mahmud, 51, berkata, dia sekeluarga  sudah sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian.

Menurutnya, kedudukan rumah yang berada di barisan paling tepi dan hampir dengan pantai menyebabkan rumahnya antara yang paling awal dimasuki air laut jika pasang besar dan dibadai ombak.

“Tapi kami tak tahu bila akan diarah pindah..  borang berkaitan  kami telah isi bagi untuk duduk rumah baru.  Walau.. hanya rumah pangsa, kami akan pindah kerana kerajaan dah bagi rumah tu pada kami," katanya.

Tidur di anjung rumah

Sementara menurut Asiah Mat Rani, 58, dia dan suaminya terpaksa tidur di bahagian anjung rumah pada musim tengkujuh sebagai langkah berjaga-jaga dan boleh beritahu awal kepada ahli keluarga atau jiran jika sesuatu berlaku.

Katanya, walaupun rumahnya tidak terjejas seperti rumah jirannya tetapi dia dan suaminya, Salleh Mat, 58 yang bekerja sebagai nelayan sentiasa berwaspada.

“Tentang pindah.. saya ikut saja arahan. Sekiranya kena pindah saya akan berpindah Cuma kami tak tahu bila,” katanya.

Manakala Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Abd Rahman mengulas perkara itu berkata, proses dokumentasi  sudah dilakukan sebelum ini manakala senarai sudah diajukan kepada pihak berkaitan.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk mencari jalan bagi membolehkan penduduk dipindahkan ke pangsapuri Ar Rahman itu  dengan kadar segera bagi mengelak mereka berdepan masalah air pasang besar yang sering berlaku.
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Pencari madu lebah parah jatuh pokok


BESUT - Seorang pencari madu lebah cedera parah apabila terjatuh dari sebatang pokok setinggi lebih 10 meter ketika sedang hendak mengambil madu lebah di Hutan Bukit Puteri dekat sini petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Yusof Draman, 33, dari kampung Padang Tapong Jerteh yang patah kaki kanan termasuk tulang belakang dikatakan pergi mencari madu lebah bersama seorang rakannya.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh Mustafa Ismail memberitahu, pihaknya telah mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.52 petang sebelum bertindak dengan menghantar lima daripada anggotanya ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata pasukan bomba yang dibantu anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut telah mengambil masa lebih sejam bagi mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian setelah mendapat maklumat daripada rakan mangsa yang keluar mendapatkan bantuan.

"Apabila tiba di tempat kejadian anggota saya mendapati mangsa yang tidak sedarkan diri itu telah cuba dibawa keluar oleh penduduk kampung sebelum anggota JPAM membantu membawa mangsa ke Hospital Daerah Besut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan untuk rawatan lanjut. - Bernama
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Berita Kemalangan Dan Bencana

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger