SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' ...

Read more »

KUALA BESUT - Dipatuk spesies ular tidak berbisa telah menyebabkan seorang wanita dari Kampung Beris Lampu, di sini, diserang sakit jantung sehingga tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Ra ...

Read more »

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu. Mohamad, yang lebih ...

Read more »

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Dalam hubungan perkahwinan, istilah ‘gila talak’ biasanya merujuk kepada satu pasangan suami isteri yang telah pun berpisah tetapi salah satu pihak sentiasa menganggap bekas ...

Read more »

KOTA BHARU – Malang berganda buat seorang peragut yang bukan sahaja kempunan melarikan beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Jalan Hamzah, di sini, semalam malah dicekup dan dibelasah pula o ...

Read more »

“Tiada kredibiliti”, itulah yang saya dapat rumuskan setelah membaca sebuah artikel yang dikatakan sebagai mewakili lidah rasmi PAS Terengganu menerusi artikelnya yang gigih menghentam kepimpinan ...

Read more »

Kuala Nerus : Menteri Besar Terengganu Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman amat terkejut dengan 3 keping gambar yang telah diviralkan dalam media social seperti facebook, whatsapps serta telegra ...

Read more »

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam memberi bantuan dan menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ketua ...

Read more »
BERITA TERKINI

Ibu bapa ‘Sabrina Kekasih Lama’ berang , buat laporan polis

Written By Unknown on Saturday, 15 August 2015 | 18:03


Melaka – Sepasang suami isteri berang dan kesal gara-gara sijil kelahiran bayi perempuan mereka, Sabrina tersebar di laman sosial dan menjadi bahan jenaka ramai setelah diubah menjadi ‘Sabrina Kekasih Lama’, iaitu dialog dalam filem ‘Tiga Abdul‘ lakonan P Ramlee.

Berikutan itu, ibu bapa berkenaan bertindak membuat laporan polis bagi membersihkan nama keluarga mereka sekali gus menghentikan perbuatan nama anak mereka dipermain-mainkan pihak tertentu.

Ketua Balai Polis Malim di Melaka, Inspektor Ahmad Hambali ketika dihubungi portal The Rakyat Post mengesahkan penerimaan laporan tersebut.

“Polis mengambil perkara ini dengan serius.

“Kami telah membuka kertas siasatan berikutan laporan itu dan ia akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial,” katanya.

Difahamkan, ibu bapa kepada Sabrina telah membuat laporan polis semalam (Jumaat).

Berdasarkan laporan polis, ibu Sabrina menyatakan sijil kelahiran anaknya itu hanya dipegang suaminya pada 3 petang pada Khamis dan tiada sesiapa tahu mengenai sijil kelahiran itu.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut meluahkan rasa syak wasangka mengenai kemungkinan penglibatan ‘orang dalam’ dari Jabatan Pendaftaran Negara kerana mereka sahaja yang mempunyai akses kepada sijil kelahiran selain ibu bapa.

Gadis istimewa aktif menyanyi


SUNGAI PETANI – Biarpun cacat penglihatan, namun keyakinan tinggi dalam diri seorang remaja membawa dirinya ke khalayak ramai, malah tidak kekok menghiburkan tetamu dalam majlis yang dijemput khas.

Siti Salmiah Yahya, 20, dari Kampung Pokok Tai Lama, Pendang yang dilahirkan buta sejak lahir tidak mensia-siakan hidupnya malah sempat menghabiskan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah seperti remaja lain.

Dia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jabi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba meneruskan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Setar sehingga tamat tingkatan lima.

“Saya gembira dapat menghiburkan tetamu apatah lagi saya gemar menyanyi dan mengaji,” katanya kepada Sinar Harian ketika selesai mendendangkan beberapa lagu versi Arab dan Melayu termasuk lagu penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang menerima tepukan gemuruh.

Bapanya, Yahya Senapi, 50, berkata, anak tunggal istimewa itu kini banyak memenuhi undangan persembahan sekiranya dijemput ke majlis tertentu selepas tamat persekolahan.

Malah, anaknya pernah menjadi Johan Tilawah Al-Quran kategori istimewa peringkat kebangsaan tiga tahun berturut-turut sejak 2007 yang merupakan kenangan terindah buat mereka sekeluarga.

“Sejak kecil hingga dewasa telah banyak cabaran yang dia lalui sepanjang hidup termasuk kepayahan untuk menjadikannya seperti sekarang.

“Namun, berkat kesabaran, dia kini mampu berdikari dan berani menonjolkan diri di hadapan khalayak apatah lagi menghiburkan tetamu sekiranya dijemput ke majlis tertentu,” katanya.

Yahya berkata, kecenderungan anaknya diasah sejak di bangku sekolah apabila melihat suka menyanyi, namun aktif memenuhi undangan sejak lima tahun kebelakangan ini.

"Perwatakan Siti Salmiah yang sentiasa ceria membolehkan dia sering dijemput memenuhi undangan tak kira di mana sahaja termasuk dari orang perseorangan, majlis tertentu, badan korporat dan terbaharu, program rancangan televisyen baru-baru ini," katanya.

Wanita tersepit kereta dinaiki rempuh pokok sawit


PANTAI REMIS - Seorang wanita tersepit, manakala rakannya berjaya diselamatkan orang awam dalam kemalangan di Batu 11, Jalan Segari, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta Proton Putra dinaiki Anuar Malik, 37, dan rakannya, Nurul Huda Abdullah, 30, yang terbabas sebelum merempuh pokok kelapa sawit.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dari arah Pantai Remis menuju ke Seri Manjung terbabas sendiri.

Katanya, ketika kejadian cuaca baik namun kawasan gelap kerana tiada lampu jalan selain laluan selekoh kecil.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa cedera ringan pada beberapa bahagian badan, termasuk luka dahi.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima kira-kira jam 3.50 pagi sebelum mengerahkan enam anggota diketuai Penguasa Bomba II, Kamaruddin Ahmad ke tempat kejadian.

Menurutnya, bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4 pagi mendapati sebuah kereta terbabas merempuh sebatang pokok.

“Seorang mangsa wanita tersepit di tempat duduk penumpang, manakala mangsa lelaki telah berjaya dikeluarkan orang awam.

“Pihak bomba membantu mengeluarkan mangsa wanita dan kedua-dua mangsa diserahkan kepada hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ajal atas kubur isteri


RAUB - Malang tidak berbau. Seorang warga emas maut dihempap pokok dalam satu kejadian hujan lebat dan angin kencang yang berlaku di sini, petang semalam.

Mangsa, Zulkifli Mat Taha, 66, yng berada di Tanah Perkuburan Islam Rotan Tunggal bagi menguruskan kerja menggali kubur untuk jenazah anak saudaranya yang meninggal dunia 9 pagi hari yang sama di Kuala Lumpur akibat sakit jantung.

Lebih menyayat hati apabila mangsa meninggal dunia di atas kubur arwah isterinya yang meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu.


Mangsa terperangkap bawah ranting

Menurut saksi kejadian, Pengerusi JKKK Kampung Melayu Sempalit, Abd Razak Mat, berkata, ketika kejadian dia melihat mangsa yang juga merupakan sepupunya sedang mencuci kubur arwah isterinya sambil memegang cangkul.

“Kami lebih kurang tujuh orang baru selesai memasang khemah, ketika itu saya dalam liang lahad yang telah digali bersebelahan kubur isteri arwah.

“Ketika itu hujan telah turun dan angin kuat. Tiba-tiba saya terdengar ada salah seorang antara kami kata ‘lari, pokok tumbang!’. Saya yang duduk bawah khemah terkejut dan keluar menyelamatkan diri.

“Selepas melihat keadaan kembali reda, saya kemudian terus mencari arwah. Kami kemudian menjumpainya di sebalik ranting pokok di atas kubur arwah isterinya,” katanya.

Katanya, sebaik mereka mengangkat mangsa, mereka dapati mangsa ketika itu telah tidak bernyawa.

Bercerita lanjut, Razak berkata, sebelum kejadian, mangsa dilihat berada dalam keadaan ceria dan bergurau senda, malah turut rajin membersihkan kawasan sekitar tanah perkuburan terbabit.

“Salah seorang dari kami yang kami kenali sebagai Mad telah cuba untuk menarik arwah, namun tidak sempat mungkin kerana kaki arwah tersangkut pada kubur isterinya,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian dia melihat pokok yang menghempap mangsa telah condong namun ke arah bertentangan dari lokasi kubur yang digali.

“Angin kencang semalam terlalu luar biasa sehingga mengakibatkan pokok yang condong ke arah bertentangan jatuh ke arah kami.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya terkejut melihat perkara yang berlaku terlalu pantas sehingga saya tersandar ke pokok,” katanya.

Razak berkata, jenazah Zulkifli kemudiannya dikebumikan bersama anak saudaranya di dalam satu liang lahad malam kelmarin.


Peniaga turut kerugian, warung roboh

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Zahari berkata, ketika kejadian, mangsa bersama enam rakan serta saudaranya telah berada di tempat kejadian sekitar jam 4 petang.

“Dipercayai sekitar jam 4.45 petang, hujan lebat turun bersama angin kencang dan secara tiba-tiba sebatang pokok balak tumbang di mana sebahagian dahan pokok mengenai badan mangsa,” katanya.

Kejadian terbabit turut mengakibatkan adik ipar mangsa, Shahmenan Itam, 46, yang juga berada di tempat kejadian mengalami kecederaan di bahagian belakang dan menerima rawatan di Hospital Raub.

Dalam masa sama, seorang peniaga kerugian kira-kira RM10,000 apabila warungnya di simpang Krau, di sini turut musnah dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang terbabit.

Peniaga terbabit, Siti Nurjannah Zakaria, 26, berkata, ketika kejadian, dia bersama Nur Fatin Amira Mat Isa, 21, dan dua lagi pekerja warung terbabit sedang melakukan urus niaga.

“Ketika itu ada kira-kira lima pelanggan di warung kami ini. Tiba-tiba datang angin kuat dari arah sebelah kiri kedai kami dan kemudiannya diikuti angin dari belah hadapan.

“Kedua-dua angin terbabit bertembung dan berlawanan mengakibatkan dua buah kanopi kami roboh sebelum terbalik diterbangkan angin,” katanya.

Fatin pula berkata, sejak 13 tahun berniaga di simpang terbabit, ia merupakan kejadian pertama berlaku ke atas warong mereka.

“Belum pernah lagi kejadian sebegini berlaku ke atas kami selama kami berniaga di sini. Malah kejadian berlaku terlalu pantas dalam masa anggaran 3 minit sahaja,” katanya.

Rahsia terbongkar


KUANTAN - Tindakan seorang bapa memeriksa telefon milik anak perempuannya membongkar rahsia anaknya pernah dirogol teman lelaki yang juga seorang remaja bawah umur.

Bapa berusia 35 tahun itu mensyaki anaknya yang baru berusia 12 tahun itu menjadi mangsa rogol apabila terbaca perbualan gadis itu dengan teman lelakinya melalui aplikasi Whatsapp.

Susulan itu, lelaki itu membuat laporan polis setelah anaknya sendiri mengaku dia pernah dirogol bekas teman lelaki, hujung Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz salleh berkata, susulan laporan polis yang dibuat lelaki itu, polis bertindak menahan seorang remaja berusia 15 tahun ketika berada di sebuah rumah di perkampungan Sungai Isap di sini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kira-kira jam enam petang hari yang sama untuk menjalani pemeriksaan.

Tragedi awal pagi


MARANG – Tiga sahabat maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta dinaiki mereka remuk selepas terbabas dan merempuh tangga jejantas di Kilometer 12, Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Wakaf Dua di sini, pagi semalam.

Tiga yang maut dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu adalah pemandu kereta Proton Wira, dikenal pasti sebagai Ahmad Amir Fikri Abdul Nasir, 20, beralamat dari Kampung Tok Kaya, Kuala Terengganu.

Dua lagi ialah penumpang, Ahmad Hafiz Zaini@Ramli, 20, dari Banggol Tasek, dan Mohamad Fairuz Rani, 21, dari Rawai, manakala seorang lagi penumpang, Mohamad Faizzuddin Mohd Saad, 20, patah kedua-dua belah kakinya.

Kereta hilang kawalan

Mereka berempat dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Berang dari arah Kuala Terengganu, namun setibanya di tempat kejadian, kereta dipandu Ahmad Amir Fikri dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tangga jejantas.

Penumpang, Mohamad Fairuz maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta, Ahmad Amir dan seorang lagi penumpang, Ahmad Hafiz Zaini meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan.

Penumpang yang terselamat, Mohammad Faizzuddin patah pada kedua-dua belah kaki dan dia yang beralamat dari Rawai itu kini dirawat di wad 4EE di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Jenazah tiga sahabat terbabit dibawa ke Unit Forensik HSNZ untuk dibedah siasat dan anggota keluarga mangsa dilihat turut berada di Unit Forensik HSNZ di Kuala Terengganu, namun rata-ratanya enggan ditemu bual.

Bapa tak bersemangat  mahu kerja

Bagaimanapun, bapa kepada salah seorang mangsa, Zaini@Ramli Embong, 46, berkata, sejak seminggu lalu dia tidak membuka bengkel kenderaan serta banyak menghabiskan masa bersama anak sulungnya, Ahmad Hafiz di rumah.

“Minggu ini memang saya tak kerja, rasa tidak bersemangat dan tidak sedap hati, tetapi tak sangka ia petanda anak sulung yang selalu membantu saya di bengkel itu akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Menurut Zaini, kali terakhir dia melihat Ahmad Hafiz ketika anaknya itu masih berada di rumah mereka di Banggol Tasek, Bukit Payong pada malam kelmarin, iaitu sebelum anaknya keluar bersama rakan-rakannya menaiki sebuah kereta.

Mangsa bersahabat baik sejak kecil

“Sudah menjadi kebiasaan bagi saya pula, apabila anak sulung tiada di rumah, saya akan terjaga dari tidur sekitar jam 1 pagi untuk menghubunginya (Ahmad Hafiz), bertanyakan dia berada di mana dan bersama siapa.

“Bagaimanapun pagi tadi (semalam) saya tidak terjaga sebaliknya dikejutkan dari tidur dengan suara orang beri salam sekitar jam 3 lebih. Saya kemudian dimaklumkan anak terlibat kemalangan dan terus keluar untuk ke tempat kejadian,” katanya.

Zaini berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, pagi semalam.

Zaini turut memaklumkan, anaknya bersama tiga lagi mangsa termasuk mangsa yang terselamat bersahabat baik kerana mereka membesar bersama dan pernah bersekolah bersama di Bukit Payong.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan kes itu disiasat di bawah sek 41(1) APJ 1987.

Berita Kemalangan Dan Bencana

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger