Terengganu Mungkin Tarik Diri Jika Tidak `Offside’
Written By Unknown on Saturday, 16 May 2015 | 23:05
Pasukan Terengganu tidak teragak-agak menarik diri ke perlawanan seterusnya, sekiranya membuktikan gol penentuan dalam separuh akhir Piala FA malam tadi tidak `offside’, kata Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
“Saya sudah mengarahkan PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) membuat bantahan rasmi kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk menyiasat perkara itu,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecohan yang berpunca daripada mutu pengadilan ketika perlawanan antara Terengganu dengan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.
Ahmad Razif berkata jika mempunyai bukti perlawanan itu memihak kepada Terengganu, sewajarnya perlu mengadakan perlawanan ulangan, jika tidak pasukan Terengganu akan menarik diri.
“Memang dukacita, melihat mutu pengadilan malam tadi, sewajarnya pengadil berpengalaman perlu bijak membuat keputusan terutama disaat genting seumpama itu.
“Perlu ada sikap tolak ansur dan sebagainya, kemarahan malam tadi sudah pasti berpunca daripada pengadil, apatah lagi dua pemain Terengganu Paulo Ragel dan Gustavo Lopez dilayangkan kad merah,”katanya.
Menteri Besar turut memberitahu, kerajaan menganggarkan kerugian melebihi RM150,000 tidak termasuk ambulan StJohn yang dibakar dan cermin bas dipecahkan akibat rusuhan itu.
“Mereka yang terlibat dalam membuat kekecohan itu tidak akan terlepas dengan tindakan undang-undang.Difahamkan, pihak berkuasa sudah menahan beberapa individu untuk siasatan lanjut,”katanya.
Labels:
Sukan
Post a Comment