Home » » Saluran televisyen percuma Malaysia Digital Masih Dalam Percubaan - Jailani

Saluran televisyen percuma Malaysia Digital Masih Dalam Percubaan - Jailani

Written By Unknown on Saturday 16 May 2015 | 23:09


Saluran televisyen percuma Malaysia yang dijadual menggunakan sistem digital pada tahun ini, masih lagi dalam peringkat percubaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari berkata, pihak kementerian masih kekal dengan komitmen untuk melaksanakannya pada tahun ini dan bekerja keras ke arah itu.

Menurutnya, buat masa ini, ia masih lagi dalam peringkat percubaan dengan penggunaan stesen pemancar di beberapa kawasan di seluruh negara.

“Seboleh-bolehnya kita nak segerakan, tetapi memandangkan ini adalah benda baru, ada beberapa masalah teknikal yang perlu kita atasi agar ia menepati standard dan kualiti yang kita tetapkan.

“Selepas tempoh percubaan ini berjaya dan kita berpuas hati, barulah kita mulakan siaran dengan bermula di Pantai Timur dahulu kerana dari segi geografinya, lebih mudah untuk kita laksanakan berbanding tempat-tempat lain. Selepas itu, kita akan perluaskan ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang tahun RTM Ke-69 yang diadakan di Jabatan Penyiaran Terengganu, di Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, petang semalam.

Turut hadir, Pengarah Program bahagian Radio Angkasapuri, Dr Nawiyah Che lah dan Pengarah Penyiaran Terengganu, Azizah Mohd Yusoff.

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi menyediakan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan ‘Digital Terrestrial Television Broadcasting’ (DTTB) di Malaysia, menjadikannya infrastruktur DTTB pertama di negara ini.

Fasa pertama DTTB akan bermula di Kelantan, Terengganu & Pahang meliputi 85 peratus populasi sementara fasa kedua menyasarkan 98 peratus populasi di seluruh negara.

Jailani turut memaklumkan pihaknya telah meminta MYTV bersama dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk membuat kaji selidik memandangkan apabila terlaksananya pendigitalan itu, sebanyak 2 juta Set Top Box (STB) akan disediakan secara percuma untuk peringkat awal penyiaran ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger