BERITA TERKINI
Showing posts with label Berita Kemalangan. Show all posts

04:42
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke di sini awal pagi tadi.
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa, lapor Bernama.
Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.
Beliau berkata kemalangan berlaku apabila kereta Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.
"Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi
yang berada di lorong kiri.
"Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan," katanya kepada Bernama.
Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu termasuk seorang wanita berumur 35 tahun cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak mengalami kecederaan.
Ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada enam kereta Myvi sedang berlumba di Lebuhraya Duke ketika itu seperti yang dipapar di Facebook, Markandan berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.
"Kita difahamkan bahawa keenam-enam pemandu Myvi itu baru pulang dari minum di Ampang. Pihak kita sedang mengambil keterangan daripada mereka," katanya.
Enam pemandu berlumba atas DUKE, 3 maut termasuk bayi
Written By Unknown on Saturday, 2 May 2015 | 04:42
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke di sini awal pagi tadi.
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa, lapor Bernama.
Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.
Beliau berkata kemalangan berlaku apabila kereta Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.
"Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi
Gambar keluarga mangsa kemalangan maut, tiga terbunuh termasuk bayi | berusia 7 bulan. |
"Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan," katanya kepada Bernama.
Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu termasuk seorang wanita berumur 35 tahun cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak mengalami kecederaan.
Ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada enam kereta Myvi sedang berlumba di Lebuhraya Duke ketika itu seperti yang dipapar di Facebook, Markandan berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.
"Kita difahamkan bahawa keenam-enam pemandu Myvi itu baru pulang dari minum di Ampang. Pihak kita sedang mengambil keterangan daripada mereka," katanya.
Labels:
Berita Kemalangan
18:02
Nahas udara melibatkan helikopter dan kapal terbang ringan yang membawa orang kenamaan di negara ini boleh dijejaki seawal tahun 1976.
Nahas paling menggemparkan berlaku pada 1976 apabila Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens
bersama 10 yang lain termasuk menteri kabinet negeri, terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira-kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Saksi mendengar dentuman di udara sebelum kapal terbang itu terhempas di perairan cetek Sembulan, hanya beberapa meter dari perumahan atas air, mengorbankan Fuad, menteri kabinetnya Datuk Peter Mojuntin, Datuk Salleh Sulong dan lapan yang lain.
Terbaharu, nahas udara membabitkan helikopter telah meragut nyawa anggota Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias serta empat yang lain.
Kejadian pada 4.55 petang semalam itu berlaku apabila helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih.
Berikut ialah senarai nahas penerbangan melibatkan orang kenamaan sejak 1976.
* 6 Jun 1976 – Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain terkorban termasuk menteri kabinet apabila pesawat jenis Nomad buatan Australia milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu, pukul 3.50 petang. Kejadian yang menggemparkan negara dan dunia itu berlaku ketika pesawat itu hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan.
Sepuluh yang lain terbunuh dalam nahas itu ialah:
1. Menteri Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Peter Mojuntin
2. Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Sabah, Datuk Chong Tahin Vun
3. Menteri Kewangan Sabah, Datuk Salleh Sulong
4. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
5. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Andu
6. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Syed Hussein Wafa
7. Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
8. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Kopral Mohd Said
9. Juruterbang, Gandhi J Nathan
10. Anak kepada Tun Fuad Stephens, Johari
* 10 Januari 1982 – Pesawat Cessna 206 yang membawa Menteri Luar Negeri, Tun Mohd Ghazali Shafie, 50, terhempas di gunung Kampung Som Som Hilir berhampiran Kampong Janda Baik, 37.5km dari Kuala Lumpur. Mohd Ghazali dan dua yang lain dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya. Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh.
* 8 Mac 1987 – Helikopter Alouette yang dinaiki Datuk Seri Najib Razak dari Pekan ke Kuala Lumpur nahas di 49km Lebuhraya Karak-KL. Najib dan empat anak kapal dan penumpang selamat tanpa cedera.
* 18 Disember 1989 – Empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dua orang berpangkat Jeneral iaitu Mej. Jen. Datuk Mustaffa Awang dan Brig. Jen. Datuk Hasbullah Yussoff merupakan antara 16 kakitangan ATM terlibat nahas Helikopter Nuri di muara tebing Sungai Lundu, kira-kira 54km timur laut Kuching.
Kejadian yang mengorbankan semua penumpang itu dilaporkan berlaku dalam keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat disertai angin kencang dan kilat sabung-menyabung.
Berdasarkan rekod kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan hanya selepas 15 minit berlepas sehingga TUDM terpaksa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).
Dua pesawat Alouette dikerah untuk mengesan Nuri yang membawa individu penting dalam hierarki kepimpinan ATM itu sehinggalah pencariannya menemui noktah.
Ia ditemui terhempas di muara Sungai Lundu, berhampiran Kampung Kuala Bandang, kira-kira 60 kilometer ke barat laut Kuching.
* 3 Mac 1997 – Pengerusi DRB-HICOM Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Yahaya Ahmad, 50, dan isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 48, antara tiga terbunuh dalam nahas melibatkan sebuah helikopter korporat. Kejadian berlaku pada 11.15 malam apabila pesawat itu meletup dan terhempas di barat daya Kuala Lipis, Pahang. Sisa helikopter itu dijumpai di Kampung Atong, Jeransang, Benta, Pahang pada 1.33 pagi, 4 Mac 1997, kira-kira 44 km barat daya Kuala Lipis. Helikopter berkenaan yang menuju ke Kuala Terengganu meninggalkan landasan di Segambut, Kuala Lumpur pada 10.45 malam. Helikopter jenis Agusta A 109E Power dengan nombor pendaftaran 9M-DRB milik Penerbangan Gadek itu ialah model pertama di dunia yang nahas.
* 5 Mei 2013 – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi.
Beliau, isteri, anak dan menantu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian pukul 3.50 petang itu.
Helikopter sewa milik syarikat swasta berkenaan terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.
Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor.
* 4 April 2015 – Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, 63, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, antara enam yang terkorban apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di Semenyih pada pukul 4.55 petang.
Helikopter jenis AS365N2 Dauphin itu terhempas di Kampung Sungai pening, Semenyih, Selangor.
Jamaluddin, anggota Parlimen Rompin, menaiki helikopter itu dari Kuantan ke Subang selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.
Helikopter itu terhempas di kawasan kebun getah ketika hujan dan angin kencang, lapor Bernama.
Nahas udara melibat orang kenamaan sejak 1976
Written By Unknown on Sunday, 5 April 2015 | 18:02

10:09
Gambar Pilot Dan Co Pilot Helikopter Yang Dinaiki Tan Sri Dato' Jamaludin Jarjis
Written By Unknown on Saturday, 4 April 2015 | 10:09
Labels:
Berita Kemalangan
05:42
SUMBER2 kata besar kemungkinan MP ROMPIN TS JAMALUDDIN JARJIS salah seorang
penumpang dalam helikopter terhempas.Juga seorang pegawai PM-Agendanews
PK: Sedih betul aku dengab berita ni. Apa pun diharap pihak keluarga mereka tabah dan sabar menghadapi dugaan ini.
Antara yang berada dalam helikopter tersebut adalah:
1.Chris Pilot
2.Eidiana co pilot
3.Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4.Dato seri Azlin sus kanan pm
5.Dato Tan from Kedah
6. Razkan polis BG Tan Sri JJ
Ini belum confirm ya, ini senarai nama dalam helikopter tersebut. Mungkin ada yang terselamat. Sama-sama kita doakan
Manurut agenda news : MASA nak balik helikopter dikatakan singgah di Rompin dulu turunkan satu pegawai TS Jamaluddin Jarjis situ.Lepas itu menuju KL bila terhempas
SUMBER
Helikopter awam terhempas di semenyih .Tan Sri Dato' Jamaludin Jarjis dikhuatiri terkorban
SUMBER2 kata besar kemungkinan MP ROMPIN TS JAMALUDDIN JARJIS salah seorang
penumpang dalam helikopter terhempas.Juga seorang pegawai PM-Agendanews
PK: Sedih betul aku dengab berita ni. Apa pun diharap pihak keluarga mereka tabah dan sabar menghadapi dugaan ini.
Antara yang berada dalam helikopter tersebut adalah:
1.Chris Pilot
2.Eidiana co pilot
3.Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4.Dato seri Azlin sus kanan pm
5.Dato Tan from Kedah
6. Razkan polis BG Tan Sri JJ
Ini belum confirm ya, ini senarai nama dalam helikopter tersebut. Mungkin ada yang terselamat. Sama-sama kita doakan
Manurut agenda news : MASA nak balik helikopter dikatakan singgah di Rompin dulu turunkan satu pegawai TS Jamaluddin Jarjis situ.Lepas itu menuju KL bila terhempas
SUMBER
Labels:
Berita Kemalangan
05:04
KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada petang tadi.
Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata jumlah penumpang belum dapat dipastikan, lapor The Star.
Pasukan bomba Kajang dilapor telah dihantar ke lokasi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam Twitternya menyebut bahawa ada enam penumpang di dalam helikopter tersebut.
Sementara itu, Bernama melaporkan jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sebagai berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.
Dilaporkan juga kejadian ini melibatkan orang kenamaan.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/helikopter-awam-terhempas-di-semenyih-6-dikhuatiri-maut-57088?cp
Helikopter awam terhempas di Semenyih,.Tan Sri Dato' Jamaludin Jarjis dikhuatiri terkorban Terkorban BACA >> SINI <<
Helikopter awam terhempas di Semenyih, 6 dikhuatiri maut

22:54
KAMPUNG RAJA - Seorang pemandu jentolak maut selepas kereta Proton Saga FLX yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di Kampung Batang Gergaji dekat Jabi di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mangsa Mohd Sapri Kadir, 36, dari Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Mohd Sapri yang dalam perjalanan dari arah Jertih ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan.
Menurutnya, kenderaan mangsa kemudian memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori treler dari arah Kuala Terengganu.
“Akibat pelanggaran itu mangsa tercampak dari kenderaan dan maut di tempat kejadian, manakala kereta dipandu mangsa remuk.
“Pemandu lori berusia 29 tahun dan kelindannya 31 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mohd Sapri dijadualkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya pada Jun ini dan sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kemaman.
Pemandu jentolak maut nahas
Written By Unknown on Saturday, 28 March 2015 | 22:54

00:57
Rakaman Video Kejadian Pesawat Terhempas Di Kota Bharu
Written By Unknown on Monday, 28 April 2014 | 00:57
Kota Bharu -Sebuah kapal terbang latihan dari Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific (APFT) dilaporkan terjatuh di sebuah padang golf berhampiran Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.30 tengah hari (video di bawah)
tadi Ketika ini, Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus- lumus mengeluarkan juruterbang yang masih tersepit. Sumber Video YouTube
tadi Ketika ini, Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus- lumus mengeluarkan juruterbang yang masih tersepit. Sumber Video YouTube
Labels:
Berita Kemalangan
08:17
Chukai: Seorang pegawai Tenaga Nasional Bhd (TNB), parah apabila kereta Toyota Camry yang dipandunya hampir putus dua akibat terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 166, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Pejabat FELCRA Sungai Pergam, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa, Abdul Hakim Mohd, 47, dari Taman Perumahan TNB Paka, Dungun, yang memandu bersendirian dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, tersepit dan terperangkap di dalam kenderaannya sebelum berjaya dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi kemalangan.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Abdullah Zawawi Mohamad berkata, sejurus menerima panggilan, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya, apabila pihaknya tiba di lokasi kejadian, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam yang berada berdekatan lokasi kejadian.
"Mangsa yang mengalami patah tangan dan luka di beberapa bahagian badan lain kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
--Hmetro
Terbabas lekat tiang elektrik
Written By Unknown on Monday, 21 April 2014 | 08:17