Home »
Berita Kemalangan
» Helikopter awam terhempas di Semenyih, 6 dikhuatiri maut
Helikopter awam terhempas di Semenyih, 6 dikhuatiri maut
Written By Unknown on Saturday, 4 April 2015 | 05:04
KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada petang tadi.
Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata jumlah penumpang belum dapat dipastikan, lapor The Star.
Pasukan bomba Kajang dilapor telah dihantar ke lokasi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam Twitternya menyebut bahawa ada enam penumpang di dalam helikopter tersebut.
Sementara itu, Bernama melaporkan jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sebagai berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.
Dilaporkan juga kejadian ini melibatkan orang kenamaan.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/helikopter-awam-terhempas-di-semenyih-6-dikhuatiri-maut-57088?cp
Helikopter awam terhempas di Semenyih,.Tan Sri Dato' Jamaludin Jarjis dikhuatiri terkorban Terkorban BACA >> SINI <<
Labels:
Berita Kemalangan
Post a Comment