Home » » Kejahatan bapa, bapa saudara, abang terbongkar

Kejahatan bapa, bapa saudara, abang terbongkar

Written By Unknown on Sunday 12 April 2015 | 22:59


Kolkata – Bapa, bapa saudara dan abang seorang gadis berusia 16 tahun ditangkap di timur India atas tuduhan merogolnya berulang kali sepanjang dua tahun lalu.



Kejahatan ketiga-tiga lelaki itu terbongkar apabila mangsa menceritakan penderitaan yang dialaminya kepada guru di bandar Dhupguri di negeri Benggala Barat, Khamis lalu.
“Bapanya, petani berusia 50 tahun, merogolnya beberapa kali. Dia mendakwa bapa saudaranya juga memperkosanya. Baru-baru ini, abangnya pula merogolnya,” kata jurucakap polis daerah Jalpaiguri KL Sherpa.
Mangsa mendakwa hamil dua kali, tetapi dipaksa menggugurkan kandungan.
Gadis itu yang namanya tidak didedahkan, berkata, ibunya mengetahui kejadian itu, tetapi mengambil sikap membisu.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger