Home »
Berita Semasa
» Cedera ditetak dengan pedang di Besut
Cedera ditetak dengan pedang di Besut
Written By Unknown on Saturday, 11 April 2015 | 07:39
BESUT - Seorang pekerja kafe Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Kampus Tembila di sini cedera di bahu kanannya akibat dilibas dengan pedang oleh seorang lelaki tidak dikenali awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Besut Superitendan Khaled Che Lah berkata ketika kejadian, mangsa berusia 31 tahun, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bekerja kira-kira pukul 12.15 tengah malam dengan menunggang motosikal bersendirian.
"Semasa dalam perjalanan, mangsa menyedari dia diekori seorang penunggang motosikal lain dan ketika melalui kawasan berhampiran Stadium Mini Kampung Raja, suspek sambil lalu telah menetak mangsa dari arah belakang, mengenai bahu kanan mangsa yang mencederakannya," katanya.
Mangsa kemudian terus menunggang motosikal ke Balai Polis Kampung Raja untuk membuat laporan dalam keadaan berlumuran darah, kemudian dibawa keluarganya ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan. - Bernama
Labels:
Berita Semasa
Post a Comment