Home » » Ceramah Mat Sabu Tiada Sambutan Di Mentara, Rompin

Ceramah Mat Sabu Tiada Sambutan Di Mentara, Rompin

Written By Unknown on Tuesday 28 April 2015 | 00:35


Kehadiran penduduk tempatan di ceramah Mat Sabu di Rompin malam ini.
Sesuatu yang menggemparkan dan menjatuhkan maruah parti politik PAS telah berlaku malam ini dalam keriuhan suasana dan bahang Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin.



Ceramah penerangan PAS di PRK Rompin pada malam ini telah mendapat tentangan dan ditolak oleh penduduk tempatan di Mentara, Rompin, Pahang.

Membuka tirai ceramah tersebut adalah YDP PAS Cameron Highland, Ustaz Karim Mohd Noor yang telah menyerang dan menyentuh beberapa isu semasa seperti 1MDB dan GST di Malaysia.

Beliau turut menyerang BN dengan menyatakan bahawa calon BN iaitu Datuk Hj Hasan Arifin adalah seorang calon kitar semula yang dipilih bagi menentang calon muda dari PAS.

Penceramah PAS pada malam ini turut membangkitkan isu tempatan iaitu isu geran tanah kepada peneroka yang datang dari Kedah.

Janji pemberian geran tersebut telah dijanjikan setiap kali pilihanraya seumpama zikir yang diulang-ulang setiap masa, dakwa penceramah kedua malam ini.

Bekas calon Pas di Dun Rompin
Turut berceramah pada malam ini ialah Mat sabu, Timbalan Presiden PAS yang menyentuh isu jet eksekutif dan membandingkan dengan negara Singapura.

Disamping itu, Mat Sabu juga menyentuh mengenai hutang negara yang kini telah mencecah RM700 bilion, dengan menambah kenyataan dari Tun M mengenai hutang 1MDB. Mat Sabu juga membidas mengenai pinjaman diberikan kepada Jho Low yang meminjam duit tersebut.

Memetik kata-kata YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk turun GST, menurut Mat Sabu; Tengku berkemungkinan turun bersama pada demonstrasi anti GST yang akan diadakan pada 1 hb Mei nanti. Mat Sabu turut menyatakan bahawa dia sekeluarga  dikenakan GST ketika berbelanja d Langkawi baru-baru ini.

Ceramah pada malam ini hanya dihadiri sekitar kira-kira 60 orang termasuk peniaga-peniaga yang datang dari luar kawasan tersebut.
Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu

Di akhir ucapannya, beliau merayu agar penduduk Rompin memberikan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk memberikan signal kepada Kerajaan agar memberhentikan GST di negara ini.

Di akhir ceramahnya sebentar tadi beliau turut melancarkan tabung kutipan derma untuk membiayai kempen Pilihanraya Pas di Prk Rompin ini.

Tag : keputusan tak rasmi prk Permatang Pauh , Keputusan Rasmi prk Permatang Pauh
keputusan rasmi prk rompin keputusan tak rasmi prk rompin , prk rompinprk permatang pauh
keputusan terkini prk rompin , keputusan terkini prk permatang pauh
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger