Home » » Selangor Memang Maju & Berkebajikan… Kali Ini Lebih 100 Pekerja Hotel Dibuang

Selangor Memang Maju & Berkebajikan… Kali Ini Lebih 100 Pekerja Hotel Dibuang

Written By Unknown on Monday, 7 April 2014 | 06:32


Hotel Quality di Shah Alam telah ditamatkan operasinya, sekaligus menyebabkan nasib lebih 100 orang kakitangan hotel yang telah beroperasi semenjak 26 tahun lalu tidak ketahuan hala.



Alasan yang diberikan oleh Syarikat Perangsang, pemilik hotel tersebut yang juga merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor ialah hotel berkenaan tidak menguntungkan dan beroperasi dengan kawalan kos.

Notis pemberhentian kerja telah dikeluarkan pada 31 Mac lalu dan ditandatangani oleh Pemangku Pengurus Besar hotel tersebut, Amar Maarof Abdullah.

gprs-ngo-mb-menteri-besar-selangor-gagal-khalid-ibrahim-kebajikan-rakyat-manifesto

Kata pecacai Pakatan, Selangor hebat dan diuruskan dengan cara yang sangat bagus. Pelancong pun ramai. Ekonomi Selangor memuncak dan tersangatlah hebatnya.

Namun semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri, sudah banyak aset negeri yang dijual dan penjualan tersebut diisytiharkan sebagai keuntungan dan perolehan. Sebelum ini, tanah-tanah dan aset-aset milik Yayasan Selangor, YBK dan PKNS telah dijual tanpa penebusan. Nampaknya perangai yang sama, berulang lagi tahun ini.

Cuma bezanya, peringkat awal ini, Perangsang menyatakan bahawa 7 tingkat Bangunan Perangsang di Shah Alam yang sebelum ini merupakan Hotel Quality akan diubahsuai menjadi pejabat dan tidak akan dijual sebaliknya hanya untuk disewa.

Tunggu sahajalah tidak lama lagi, pasti bangunan tersebut akan bertukar status sepertimana yang dilakukan dalam melibatkan bangunan-bangunan dan tanah-tanah yang dimiliki oleh Yayasan Selangor dan PKNS.

Inilah kelebihan Pakatan Rakyat. Pada ketika mereka sibuk menuding jari kepada Kerajaan Barisan Nasional, mereka secara senyap-senyap menjual dan memusnahkan kehidupan rakyat marhein yang mencari nafkah dan sara hidup di syarikat-syarikat Kerajaan Negeri.

Dan menariknya, hampir kesemua marhein yang dianiayai itu adalah orang Melayu!

Nak buat macam mana, Melayu Selangor TERSANGATLAH SUKA DAN MENCINTAI PAKATAN RAKYAT, khususnya PKR!!!

theflyingkick.blogspot.com
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger