Home » » Batu Asas Tinggal Batu Asas, Akhirnya Kerajaan Pusat Mulakan Projek Lebuh Raya

Batu Asas Tinggal Batu Asas, Akhirnya Kerajaan Pusat Mulakan Projek Lebuh Raya

Written By Unknown on Monday 7 April 2014 | 06:28


KOTA BHARU 7 April – Pembinaan projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bagi pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok yang telah pun bermula hari ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kerajaan pusat di bawah teraju Barisan Nasional (BN) untuk membela rakyat tetapi turut menyerlahkan politik tabur janji oleh parti lawan.



Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohamad Azam Ismail berkata sudah terang lagi bersuluh apabila perletakan batu asas oleh kerajaan negeri Kelantan sebelum pilihan raya umum yang lalu jelas sekadar batu asas semata-mata.


Sebaliknya ujar beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Ketereh projek berkenaan yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun bermula dan itulah perbandingan yang cukup ketara antara menunaikan janji berbanding sekadar tabur janji batu asas.

“Nampak jelas batu asas yang diletakkan oleh kerajaan negeri sebelum pilihan raya umum lalu hanyalah sekadar batu asas semata-mata. Bukankah itu kita boleh nampak ianya sekadar politik tabur janji. Maklumlah sebelum pilihan raya umum.

“Tetapi bagi BN, meskipun ditohmah, meskipun dicerca dengan macam-macam oleh pihak lawan kepimpinan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib sama sekali tidak pernah pun merungut tetapi melaksanakan apa yang dijanjikan.

“Yang penting adalah untuk manfaat rakyat dan kesenangan serta keselesaan bersama. Segala tohmahan yang dilontarkan nampaknya terpalit ke muka mereka sendiri. Alhamdulillah syukur segala-galanya telah bermula,” katanya kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi kerajaan negeri seharusnya berterima kasih kepada kerajaan pusat yang sama sekali tidak meminggirkan malah jauh lebih daripada itu mengenepikan Kelantan.

“Rasanya baru sahaja perkara ini dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin, dan hari ini projek tersebut telah pun mengorak langkah. Berbanding dengan apa yang telah dilancarkan oleh kerajaan Pas Kelantan di Machang sebelum pilihan raya umum lalu, hanya tinggal batu asas sahaja.

“Mungkin batu asas berkenaan melengkapi projek-projek batu asas yang telah pun memahat sejarah di beberapa kawasan negeri ini. Apa pun Pemuda Kelantan bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan pusat dalam soal ini,” katanya.


Semalam Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata pembinaan projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai bagi pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini bermula hari ini.

Beliau berkata projek sepanjang tujuh kilometer itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, iaitu pada April 2017.

“Pakej 1B ini akan melibatkan pembinaan enam jambatan, dua persimpangan lampu isyarat dan dua jejambat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa lepas merasmikan majlis pecah tanah projek lebuh raya itu bagi pakej 1B berkenaan di Tiong. -MediaUMNO
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger