BERITA TERKINI

'Tidak mustahil serpihan hanyut ke pulau itu'

Written By Unknown on Wednesday, 5 August 2015 | 21:44


KUALA LUMPUR - Corak pergerakan ombak di lautan dilihat tidak mustahil serpihan sayap MH370 hanyut ke Pulau Reunion.

Menurut bekas ketua juruterbang Malaysia Airlines (MAS‎), Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, penemuan serpihan itu adalah bukti fizikal pertama pesawat tersebut sebenarnya terhempas di Lautan Hindi seperti yang dijangka oleh pasukan mencari.

"Ia adalah bukti fizikal pertama dan jika dilihat daripada corak pergerakan ombak di lautan, adalah tidak mustahil serpihan itu hanyut ke pulau itu," katanya.

Selepas penantian hampir 17 bulan ke atas misteri paling besar industri penerbangan, akhirnya ia boleh dikatakan MH370 disahkan terhempas di Lautan Hindi.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal pagi ini secara rasmi mengumumkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah sah milik MH370‎ yang hilang dari radar pada tengah malam 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Namun persoalan sekarang adalah apa yang berlaku selepas pengumuman ini?

Sementara itu, kata Nik Ahmad lagi, ‎selepas pengesahan serpihan itu adalah sebahagian daripada pesawat tersebut,  pasukan siasatan harus membuat senarai inventori bahagian pesawat Boeing 777 itu yang mungkin boleh hanyut.

"Dengan cara ini, pasukan siasatan pasti boleh mengenalpasti secara pantas jika ada bahagian lain daripada pesawat itu yang ditemui penduduk pulau tersebut," katanya.

Nik Ahmad berkata, pasukan itu juga harus membuat model objek hanyut bagi mencari laluan kemungkinan serpihan lain di lautan berkenaan.

"Mereka juga harus melakukan simulasi menggunakan komputer untuk cuba mencari lokasi sebenar tempat ia terhempas di Lautan Hindi," katanya.

Mengulas perkara sama, Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian yang juga Ketua Kajian dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur, tugas utama sekarang adalah untuk mengesan lebih banyak serpihan dan kemungkinan untuk itu adalah tinggi dengan penemuan itu.

"Langkah seterusnya pasti untuk menumpukan pencarian di sekitar Madagascar dan Afrika kerana serpihan pesawat berkemungkinan besar hanyut ke sana.

"Selain itu, lebih banyak ujian dan analisis perlu dibuat ke atas serpihan itu untuk memastikan sama ada pesawat tersebut terhempas ke laut atau terlebih dahulu meletup di udara," katanya.

Walaupun pengumuman Najib itu membongkar banyak soalan yang tidak terjawab lebih daripada setahun, ia tetap memberi cabaran yang lebih besar kepada penyiasat yang terlibat dalam misi pencarian ini.

Menurut Harridon, cabaran termasuk mencari keseluruhan pesawat yang mungkin terbenam di dasar laut serta mengesan 239 mayat yang mungkin bertaburan pasti satu tugas besar yang memerlukan kesungguhan daripada pasukan mencari.

"Ia pasti sukar dan mencabar untuk pasukan mencari kerana untuk mengesan serpihan adalah proses yang rumit kerana objek biasanya kecil," katanya.

Pesawat itu hilang 120 batu nautika dari timur Kota Kinabalu di Laut China Selatan, dan tiada isyarat kecemasan diberikan dari pesawat Boeing 777-200ER yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam dan dijangka tiba di Beijing jam 6.30 pagi. - Bernama

Serpihan sayap di sahkan milik MH370


KUALA LUMPUR - Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hari ini pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370.

"Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi," Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada jam 1.45 pagi hari ini.

Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden.    

Terdahulu, MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014.

"Menghitung hari, minggu dan bulan merupakan suatu tempoh yang menyeksakan buat keluarga mangsa," kata Najib.

"Kehilangan pesawat itu adalah tanpa sebarang duluan.  Pada setiap peringkat, kami mengikuti sekecil mana bukti yang ada. Biarpun usaha dari 26 negara dan pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan dari Laut China Selatan hingga ke Lautan Hindi, pesawat itu tidak dapat dikesan.

Begitu juga penyiasatan oleh pakar penerbangan terkemuka dunia tidak dapat menjawab mengapa MH370 tersasar daripada haluan dan hilang. Sementara kehilangan pesawat itu kekal misteri, kami berkongsi penderitaan mereka yang dalam kesedihan," kata beliau.

Pengumuman Perdana Menteri yang disiarkan di seluruh dunia hari ini adalah selepas 515 hari pesawat itu hilang.

Najib mengucapkan terima kasih kepada banyak negara, organisasi dan individu yang terlibat dalam pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan.

Beliau berharap pengesahan itu walau bagaimana tragik dan menyakitkan sekurang-kurangnya memberi kepastian kepada keluarga dan "mereka yang tersayang" penumpang dan kru MH370.  

"Mereka mendapat simpati yang teramat dan doa dari kami, " kata beliau.

Perdana Menteri memberi jaminan kepada semua mereka yang menerima kesan tragedi itu bahawa Kerajaan Malaysia akan berbuat apa saja di dalam kemampuannya untuk mencari kebenaran tentang apa yang berlaku.

"Kehilangan MH370 menyebabkan kita bersatu sebagai satu bangsa. Kami berkabung bersama anda, sebagai satu negara.
 
Saya menjanjikan ini: Malaysia akan sentiasa memperingati mereka yang terkorban dalam MH370," kata Najib. - Bernama

Menantu ‘hantu’

Written By Unknown on Tuesday, 4 August 2015 | 20:17


Bachok: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun trauma dan ketakutan selepas cuba dicabul seorang ahli keluarga angkat yang turut mengacukan pisau ke lehernya dalam kejadian, minggu lalu.
Kejadian berlaku di sebuah kampung di daerah ini jam 12 tengah malam, pada 29 Julai, ketika dia bersama ibu angkat dikenali Faridah, 50-an serta ahli keluarganya sedang tidur.
Mangsa dikenali sebagai Yana yang tidak lagi bersekolah, tidur di dalam bilik seorang diri manakala Faridah dan anak perempuannya berusia 19 tahun serta cucu lelaki berumur sembilan bulan tidur di ruang tamu.
Faridah berkata, dia tidak menyedari anak angkatnya itu dalam bahaya sehingga terjaga apabila mendengar bunyi bising dari dalam bilik.
“Sebaik terjaga, saya segera bangun dan ke bilik menjenguk Yana, namun terkejut apabila dia memaklumkan menantu saya berusia 26 tahun menceroboh masuk bilik dan cuba meraba badan serta menindihnya ketika tidur.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68296#sthash.h2iHFSDE.dpuf

Lagi objek dipercayai ada kaitan MH370 ditemui


LA REUNION - PERANCIS - Pasukan penyiasat dilaporkan menemui beberapa objek yang dipercayai milik pesawat MH370 yang hilang Mac tahun lalu.

Memetik laporan Channel News Asia, seorang pegawai kumpulan penyiasat Malaysia yang tidak dinamakan mengesahkan pasukannya menemui beberapa objek yang ditemui di pesisiran pantai Saint Andre dan diserahkan kepada pakar Perancis.

Pegawai menemui beberapa objek kecil berwarna putih di kawasan yang sama beberapa penduduk menemui sayap pesawat Boeing 777 Khamis lepas.

“Kami berjalan di pantai untuk mencari apa-apa yang berkemungkinan boleh membantu dalam penyiasatan itu.

"Kita tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat MH370,"  kata pegawai tersebut.

Pasukan Malaysia telah berada di pulau itu sejak Sabtu dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa Perancis.

Jangan Kita Diperbodohkan Sertai Demonstrasi Jalanan, Kata Hadi Awang


KUALA LUMPUR – Penyokong-penyokong PAS diminta tidak menyertai sebarang aktiviti demonstrasi jalanan sehingga melibatkan pergaduhan dengan pihak berkuasa.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka tidak seharusnya dipergunakan untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan mereka hanya memerhati tanpa melibatkan diri dengan aktiviti tersebut.

Beliau yang baru mengekalkan kerusi Presiden PAS selepas menewaskan kumpulan profesional daripada PAS berkata segala permasalahan politik yang sedang melanda negara ini seharusnya diselesaikan mengikut lunas dan syariat Islam.

“Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati.

“Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab),” katanya semasa berucap di Perhimpunan Pihak 4.0 di Kuala Lumpur, Ahad malam.

Jelas Abdul Hadi lagi, demonstrasi jalanan akan mengundang keganasan sekiranya dibiarkan apatah lagi jika terdapat pihak yang membuat provokasi.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas mengenai perhimpunan haram yang diadakan di hadapan Pusat Membeli-belah Sogo pada Sabtu lalu yang menyaksikan 29 orang ditangkap pihak berkuasa.

Pemimpin profesional PAS, Mohamad Sabu yang tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini meminta penyokong-penyokongnya menyertai perhimpunan BERSIH untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Beliau yang kini mengetuai Gerakan Harapan Baru (GHB) berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir negara sehingga diadakan pilihan raya bebas demi menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran.

Perhimpunan BERSIH dirancang diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu. – TheRakyatPost

Seorang lagi ditahan kes bunuh guru al-Quran

Written By Unknown on Monday, 3 August 2015 | 23:17


KOTA BHARU -  Seorang lagi lelaki berusia 54 tahun menjadi suspek kedua ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang guru ajar mengaji al-Quran yang dikelar kaki dan tangan di Batu Melintang, Jeli, Khamis lalu.

Lelaki tersebut ditahan di sebuah kedai kopi di Kampung Kalai, Jeli pada jam 5 petang, semalam.

 Perintah reman akan dibuat hari ini.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 Motif kejadian masih dalam siasatan.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger