BERITA TERKINI
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Imej Peluru Berpandu Israel, Ceritakan Kezaliman Zionis

Written By Unknown on Friday 1 August 2014 | 22:42


Gaza – Sekeping gambar menceritakan segala-galanya. Gambar ini menunjukkan bagaimana rakyat Palestin yang merupakan orang awam dalam ketakutan selepas peluru berpandu Israel membedil mereka.

Beberapa saat selepas peluru itu dilancarkan , ia menyebabkan sebuah apartment hancur.

Tidak cukup dengan peluru berpandu itu, zionis kemudiannya menggunakan jet pejuang F-16 bagi memastikan bangunan apartment itu hancur menjadi debu.

Hanya beberapa minit sebelum itu, salah seorang penghuni flat itu, Bashir al-Ramlawi, 58, disuruh melarikan diri selepas zionis menghubungi anak lelakinya dan memberi amaran mengenai serangan itu.

Kini penduduk di situ terpaksa menjadi gelandangan dan tidak mempunyai tempat tinggal lagi.

“Saya tidak tahu kenapa ia mensasarkan rumah saya. Kini kami hilang tempat tinggal, tidak tahu lagi kemana nak dituju,’’ katanya.

Terkini Gambar Gambar Letupan Bom Di Betong Thailand

Written By Unknown on Friday 25 July 2014 | 05:38

Breaking New..Perak Pengkalan Hulu Border Thailand Betong BoMB [Bomb][Bomb][Bomb][Bomb][Bomb][Bomb] Explorer on time 6.30pm 25/07/14..near Betong Town Area Holiday Inn Hotel..as report closed 40 over people's died and injuries 打破新..霹雳Pengkalan Hulu的边境泰国勿洞炸弹[Bomb] [Bomb] [Bomb] [Bomb] [Bomb] [Bomb]浏览器上的时间6:30 25/07/14..near勿洞镇面积假日酒店..作为停业超过40人的死亡和受伤

Pesawat Taiwan terhempas

Written By Unknown on Thursday 24 July 2014 | 01:36


TAIPEI - Ribut petir yang melanda akibat Taufan Matmo dipercayai menjadi punca pesawat Taiwan terhempas sehingga mengorbankan 48 orang, menurut syarikat penerbangan berkenaan.
Nahas pesawat dalam penerbangan dari Kaohsiung di selatan Taiwan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Taufan Matmo membadai Taiwan.
Penerbangan ATR-72 milik TransAsia Airways yang membawa 58 penumpang dan kru itu terhempas apabila melakukan pendaratan cemas di Pulau Penghu di Selat Taiwan yang terletak antara negara itu dengan China, malam Rabu.

“Mengikut apa yang kami faham setakat ini, kejadian itu berlaku akibat cuaca buruk yang dipengaruhi taufan berkenaan,” kata wakil TransAsia, Phoebe Lu.
Mangsa yang maut termasuk 46 warga Taiwan dan dua penuntut perubatan Perancis yang menjalani kerja amali di Taiwan.
Terdahulu, kira-kira 200 penerbangan di Lapangan Terbang Taiwan terpaksa dibatalkan berikutan hujan lebat dan angin kuat.
Biro Kajicuaca Pusat Taiwan memberi amaran mengenai hujan lebat melanda negara itu walaupun selepas Taufan Matmo membadai dan menghala ke barat China, lapor mStar.

Potong, rebus tangan anak

Written By Unknown on Monday 21 July 2014 | 22:32


KEKEJAMAN seorang bapa tiri di China yang sanggup memotong tangan anak lelaki tirinya dan kemudian merebus tangan itu di dalam sebuah periuk air yang sedang mendidih terbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun.

Ketika kejadian, Wang Xinyu, 31, dipercayai mengalami pertengkaran kecil dengan isterinya di dalam telefon berhubung masalah kewangan.

Sejurus selepas perbualan dimatikan, suspek hilang sabar dan bertindak merotan anaknya Xiao Jun, 9, sebelum memotong tangan kanak-kanak itu dengan pisau pemotong daging dan mencampakkannya ke dalam periuk bagi menyukarkan ia disambung kembali lapor Mirror Daily.

"Saya dengar kanak-kanak itu merayu, ayah jangan ayah. Kemudian dia menjerit, tetapi saya tidak menyangka ia akan menjadi insiden yang dahsyat begini," menurut jiran suspek.

Bagaimanapun, selepas kejadian itu suspek sendiri menelefon polis untuk mengaku apa yang telah dilakukan dan membawa kanak-kanak malang tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
--sinar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger