Home »
Luar Negara
» Pesawat Hercules tentera Indonesia terhempas di Medan, 20 disahkan maut
Pesawat Hercules tentera Indonesia terhempas di Medan, 20 disahkan maut
Written By Unknown on Tuesday, 30 June 2015 | 01:27
MEDAN: Sejumlah 20 orang telah disahkan terkorban dalam nahas pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang jatuh terhempas di perkampungan di Simalingkar, Medan, Sumatera Utara pada Selasa.
Terdahulu, Ketua Polis Medan Mardiaz Dwihananto menegsahkan tentang penemuan beberapa mayat yang dikeluarkan dari bangkai pesawat dan dari bawah runtuhan bangunan di kawasan nahas.
Lokasi pesawat itu jatuh terhempas tidak jauh daripada Pangkalan Udara Soewondo atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Polonia Medan, lapor portal berita negara itu.
Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan udara berkenaan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.
“Pesawat berkenaan digunakan dalam urusan logistik TNI. Belum dipastikan berapakah jumlah mangsa. Selain juruterbang, pesawat itu turut membawa kru lain,” kata jurucakap tentera Fuad Basya.
Setakat ini gambar mengenai kemalangan itu banyak disebarkan ke media sosial, termasuk yang menunjukkan fiuslaj pesawat yang masih terbakar dan menyelubungi kawasan sekitar dengan asap hitam. Beberapa bangunan di kawasan nahas juga musnah.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/pesawat-hercules-tentera-indonesia-terhempas-di-medan-20-disahkan-maut-64284?cp
Related Articles
- Kucing disahkan mati ‘pulang’ ke rumah
- Jurutera Malaysia mengaku adakan seks dengan 31 kanak-kanak lelaki
- Detik detik terakhir unit pemusnah bom terakam
- Dipukul, dipaksa menyusukan kekasih di khalayak ramai
- Peniaga di tangkap kerana jual bangkai ayam
- Video Terkini Serang balai polis dengan van perisai, bom
Labels:
Luar Negara
Post a Comment