KOTA BHARU - Dua kanak-kanak dipercayai lemas dalam kejadian di Tanjung Kuala Pantai Sabak di sini malam ini.
Mangsa Muhammad Faiz Wafiyuddin Amalhisyam,10 dan Muhammad Irfan Ismail, 13 tahun dipercayai bermain di kawasan berkenaan sambil mengutip kerang dan dipercayai hanyut selepas itu.
Operasi menyelamat mangsa diketuai oleh Ketua Balai Bomba Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohd Fakri Mazlan bersama lapan anggota Penyelamat Di Air serta tiga anggota unit EMRS Kota Bharu.
Mayat Muhammad Irfan, telah dijumpai lebih sejam kemudian, manakala Muhammad Faiz masih belum ditemui.
Mohd Fakri berkata, operasi menyelamat bermula sekitar jam 7 malam dan ditangguhkan sekitar jam 10 malam.
"Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula esok dan anggota masih berada di lokasi meninjau keadaan semasa,"katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya mayat mangsa yang ditemui dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.
Post a Comment