Home » » Gempa Sabah temukan Hadi dan Muhyiddin

Gempa Sabah temukan Hadi dan Muhyiddin

Written By Unknown on Sunday, 7 June 2015 | 03:20


Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dilihat bersama-sama dengan pemimpin nombor dua Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabah pagi ini.

Berdasarkan gambar, ketua Pemuda baru PAS Nik Abduh Nik Aziz dan beberapa pemimpin BN turut dilihat berada di sana bagi meninjau perkembangan bencana alam itu.

The Star Online melaporkan Muhyiddin, Abdul Hadi dan beberapa pemimpin lagi diminta mengosongkan bangunan Ligawu Park di Kinabalu Park, Kundasang, selepas dikejutkan gempa baru pagi tadi.

Muhyddin yang juga timbalan perdana menteri dilaporkan meninjau perkembangan operasi mencari dan menyelamat mangsa sehinggalah gegaran terasa pada jam 1.35 pagi, pada Ahad.

Ia menyebabkan Muhyiddin dan pemimpin Sabah dibawa keluar daripada bangunan dan menyambung mendengar taklimat daripada luar bangunan itu.

Sementara itu, walaupun mungkin kebetulan, kelibat bersama Hadi dan Muhyiddin itu dilihat bakal menambahkan lagi spekulasi berhubung hala tuju PAS selepas muktamarnya meluluskan usul putus hubungan dengan DAP.

Malah, Hadi sendiri dalam kenyataannya terus bersikap lunak terhadap Umno.

Dalam masa yang sama, golongan ulama PAS, yang kini mencengkam kuat parti itu selepas pemilihan Jumaat lalu, terus menyuarakan kecurigaan terhadap hubungan dengan sekutu Pakatan Rakyat mereka.

Hadi memerlukan sokongan Umno jika mahu rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud diluluskan dalam parlimen, selepas ia tidak disambut oleh DAP dan PKR.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Hadi dikatakan turut bertemu dengan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang di Sabah hari ini, menurut gambar yang dimuat naik di Facebook.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger