Home » » Bermalam di hutan berteman pacat

Bermalam di hutan berteman pacat

Written By Unknown on Saturday, 6 June 2015 | 22:39


BUKIT PAYONG - Tidur di hutan, berbaring atas tanah, menggali kubu  dan  melakukan serangan adalah antara sebahagian pengalaman berharga yang  dilalui  seorang rekrut wanita pasukan sukarela Rejimen 512 Askar Wataniah (AW) Nuraqilah Shahrin, 20.

Gadis manis ini salah seorang daripada 10 rekrut wanita yang menyertai Kursus Asas Perajurit Muda (sukarela) Siri Kedua 2015 Rejimen AW yang berlangsung selama sebulan dan berakhir 16 Jun ini di Kem Seri Tembila dan beberapa lokasi di daerah ini.

Menurutnya,  pengalaman tersebut pertama kali dilaluinya malah amat mencabar namun hasil kerjasama rakan dia mampu mengharungi latihan perang di hutan.

“Pada kursus ini, saya perlu berada di hutan dalam gelap gelita dan berdepan dengan pacat serta nyamuk.

"Namun pengalaman selama lima hari mengikuti latihan hutan di kawasan Hulu Besut itu melatih saya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan,” katanya.

Sementara itu Penolong Pegawai Memerintah Batalian ke2, Rejimen 512 Askar Wataniah, Mejar Rosini Mahmood berkata, latihan sebulan itu membabitkan 60 perajurit muda termasuk sepuluh rekrut wanita.

Menurutnya, mereka antara umur 18 dan 24 tahun terdiri daripada orang awam yang mempunyai pelbagai latar belakang dari negeri ini.

“Latihan di hutan salah satu disiplin yang perlu dilalui selain kawad, pandu arah, menembak, latihan merempuh halangan, taktik peperangan dan sebagainya,” katanya.

Rosini berkata, bagaimanapun sambutan belia untuk menyertai anggota sukarela AW masih sederhana.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger