Home » » “Jangan beritahu ayah saya” rayu wanita dicekup khalwat

“Jangan beritahu ayah saya” rayu wanita dicekup khalwat

Written By Unknown on Sunday, 24 May 2015 | 21:24


Melaka –  “Jangan beritahu ayah saya kerana kalau dia tahu, mati saya kena pukul,” itu rayu seorang wanita berusia 22 tahun kepada pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas dicekup bersama pasangannya dalam bilik sebuah hotel bajet di Bachang di sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.
Wanita itu antara 12 individu yang ditahan JAIM dalam Operasi Cegah Maksiat dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi di Pantai Dataran 1Malaysia, Klebang di sini, sebuah pusat judi serta lima hotel di sekitar Bachang dan Jalan Tun Ali.
Wanita yang belajar di sebuah institut kemahiran di Masjid Tanah itu memberi alasan menemani pasangannya yang sebaya untuk berehat akibat kepenatan selepas selesai melakukan ulang kaji.
“Selepas mengulang kaji pelajaran, seorang rakan lelaki saya mengambil keputusan menempah bilik hotel dan kami merancang menggunakan kemudahan itu secara bergilir-gilir untuk berehat.
“Walaupun bersama rakan lelaki dalam bilik, kami hanya berehat dan tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh. Saya merayu jangan maklumkan hal ini kepada ibu atau ayah saya,” katanya.
Dalam operasi itu, tiga pasangan ditangkap bersekedudukan termasuk pelajar berusia 15 tahun serta pasangan warga asing yang masing-masing sudah bersuami dan beristeri.
Dalam serbuan di sebuah hotel di Bachang, lelaki Bangladesh berusia 32 tahun dan pasangannya, wanita Indonesia berusia 28 tahun yang masing-masing sudah berkahwin ditahan selepas disyaki berkhalwat.
Hasil siasatan awal mendapati pasangan itu mendakwa sunyi berikutan berjauhan daripada isteri dan suami masing-masing yang berada di negara asal.
Pengarah JAIM Ismail Hamad berkata, semua individu yang ditahan berusia antara 15 hingga 32 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman yang boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, lapor Harian Metro.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger