Home » » Teresa Kok diarah bayar RM50,000

Teresa Kok diarah bayar RM50,000

Written By Unknown on Thursday 23 April 2015 | 05:51


KUALA LUMPUR: Teresa Kok diperintah membayar RM50,000 selepas Mahkamah Tinggi menggugurkan saman yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh itu berhubung penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.



Kok memfailkan saman itu pada 13 Mac 2009 dan menamakan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pegawai Kanan Polis Cawangan Khas, DSP E Kim Tien dan kerajaan sebagai defendan.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendapati penangkapan dan penahanan Kok pada 2008 dilakukan mengikut undang-undang.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, Seksyen 73 (1) ISA menyatakan mana-mana pegawai polis boleh menangkap dan menahan seseorang atas sesuatu sebab yang munasabah tanpa waran tangkap.
Kok diwakili peguam Sankara Nair manakala defendan diwakili oleh Majlis Kanan Persekutuan, Lailawati Ali.
Kok ditahan di bawah ISA, selepas dia didakwa mengarahkan pihak masjid di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya supaya memperlahankan pembesar suara azan.
Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Malah, Ahli Jawatankuasa Masjid Kota Damansara pula menjelaskan pihaknya tidak memainkan azan disebabkan pembesar suara yang rosak, tidak kena-mengena dengan arahan Kok.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/04/22/teresa-kok-kalah-saman-diarah-bayar-rm50000/
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger