Home » » Restoran, hotel dilarang 
kutip caj perkhidmatan

Restoran, hotel dilarang 
kutip caj perkhidmatan

Written By Unknown on Monday 6 April 2015 | 23:35


PUTRAJAYA 6 April - Restoran dan hotel tidak dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan jika majikan dan pekerja tidak mempunyai Perjanjian Bersama, berkuat kuasa hari ini.



Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, restoran juga diwajibkan mempamerkan notis jika mahu mengenakan caj perkhidmatan, yang berkuat kuasa hari ini sehingga satu dasar baharu diwujudkan.
Beliau berkata, pemberi perkhidmatan perlu menjelaskan alasan mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna kerana caj tersebut, yang merupakan amalan antarabangsa, adalah di luar mana-mana kawalan dan terikat antara pengguna dan pemberi perkhidmatan.

“Sekiranya berlaku pelanggaran arahan ini pengguna dikehendaki melaporkan kepada KPDNKK dan kita akan siasat sama ada di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan atau Akta Perlindungan Pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar taklimat cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Bangunan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T. Subromaniam.
Menurut Alias, tindakan tegas itu terpaksa diambil selepas mengambil kira pandangan orang ramai yang membantah pelaksanaan caj tersebut dan tiada badan khusus mengawal selia pelaksanaan caj perkhidmatan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan itu dibuat di peringkat kementeriannya dan akan dilaksanakan sehingga polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan.
Berikutan itu, Alias berkata, penyedia perkhidmatan perlu secara terbuka mempamerkan jenis perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna dan pelanggan mesti mendapat perkhidmatan tersebut.
“Penyedia perkhidmatan mesti tahu apa servis yang diberikan, kalau perkhidmatan yang diberikan memerlukan pengguna membayar di kaunter dan bukan datang ke meja jadi ini perkhidmatan jenis apa, jadi mereka perlu memberi penjelasan kepada pengguna mengapa dikenakan caj ini di restoran,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai aduan GST, katanya, sehingga semalam pihaknya menerima sebanyak 2,494 kumulatif aduan berkaitan anti pencatutan GST menerusi sistem e-aduan, manakala aduan yang diterima menerusi media sosial Facebook dan Twitter masing-masing sebanyak 230 aduan dan 226 aduan untuk semalam sahaja.
“Berdasarkan statistik aduan yang diterima menerusi e-aduan pada Sabtu dan semalam masing-masing sebanyak 269 aduan dan 181 aduan diterima, aduan berkaitan kad tambah nilai telefon bimbit yang dikenakan GST secara relatifnya menurun kepada 44 peratus tetapi aduan kenaikan harga barang menunjukkan peningkatan berbanding Sabtu lalu kepada 823 aduan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/restoran-hotel-dilarang-8232-kutip-caj-perkhidmatan-1.78348#sthash.NMr3rh93.dpuf
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger