SHAH ALAM - Kurang 24 jam selepas proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin hari ini, foto penyokong sebuah parti politik yang memegang sepanduk telah diubahsuai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Tinjauan Sinar Online mendapati, individu tersebut telah mengubah perkataan pada sepanduk asal yang digunakan oleh penyokong parti itu.
Foto tersebut mula viral dalam aplikasi WhatsApps sejak tengah hari semalam.
AUTA
Foto tersebut yang tersebar menunjukkan penyokong parti politik memegang sepanduk yang bertulis mesej 'Rompin sokong GST' dan 'Pilih GST' dan dipegang oleh dua orang penyokong wanita.
FAKTA
Sepanduk pada gambar sebenar bertulis 'Rompin pilih BN' dan 'Pilih keamanan'.
Post a Comment