Home » » Harga RON97 Di Pam Kekal RM2.25 Selepas GST

Harga RON97 Di Pam Kekal RM2.25 Selepas GST

Written By Unknown on Wednesday 1 April 2015 | 01:17


KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Harga runcit RON97 pada RM2.25 seliter bagi April sudah diambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus, menurut Kementerian Kewangan.



“Harga RON97 itu kekal tidak berubah seperti harga pada bulan Mac, tidak seperti apa yang dilaporkan dalam sebuah akhbar iaitu harga RON97 adalah RM2.385 selepas GST,” kata seorang jurucakap kementerian ketika dihubungi Bernama.
GST akan dilaksanakan mulai hari ini.
Semalam, RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 diumumkan kekal pada harga bulan Mac.
Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Sumber: Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger