Home »
Berita Politik
» “Tahaluf Siyasi” Dap Dengan Pas Bergelumang Dengan Tuba – Jamawi
“Tahaluf Siyasi” Dap Dengan Pas Bergelumang Dengan Tuba – Jamawi
Written By Unknown on Monday, 30 March 2015 | 00:38
KUALA LUMPUR 26 Mac – Tahaluf Siyasi antara Pas dengan rakan sekutunya Dap dilihat bergelumang dengan tuba setelah Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar berkata perkara berkenaan merupakan kemuncak kepada tekanan terhadap Presiden Pas itu dalam usaha merealisasikan hasrat Dap tercapai.
Menurut beliau segala alasan yang dikemukakan bagi menghalalkan perkara berkenaan adalah sekadar satu alasan semata-mata kerana hari ini makin terdedah satu persatu kemelut di dalam pakatan pembangkang.
“Mana perginya konsep Tahaluf Siyasi yang diwar-warkan oleh pimpinan Pas dan sekutu mereka sebelum ini. Ianya satu tamparan hebat kepada konsep berkenaan dan ianya adalah satu pengkhianatan yang cukup jelas kepada Pas.
Jamawi Jaafar“Jika pimpinan Pas masih tidak sedar lagi akan realiti serta hakikat perkara ini tidak tahulah…Sudah tiba masanya mereka memikirkan masa depan dan bukannya lagi terikat dengan rakan sekutu mereka setelah jelas dibalas dengan racun.
“Saya yakin selagi Hadi berada di kerusi Presiden, rakan sekutunya itu tidak akan berdiam diri dan kita boleh tengok selepas ini bagaimana Hadi akan terus ditekan khususnya menjelang Muktamar Agung parti tersebut,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Dap dilapor mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.
Jamawi seterusnya menegaskan bukanlah niat beliau untuk menjadi batu api sebaliknya melihat apa yang berlaku itu adalah satu petanda bagaimana rapuhnya pakatan pembangkang.
“Paling jelas bagaimana Pas selepas ini mungkin akan berpecah kepada dua puak dan mungkin sebaliknya. Kita tunggu dan lihat bagaimana pengakhiran kepada krisis Tahaluf Siyasi antara Dap dengan Hadi,” katanya.- MediaUMNO
Labels:
Berita Politik
Post a Comment