Mayat tanpa biji mata ditemui di Pantai Besut
Written By Unknown on Friday, 13 March 2015 | 23:25
BESUT - Satu mayat lelaki tanpa pakaian dan kedua-dua biji mata ditemui terdampar di Pantai Kampung Beting Lintang, sempadan Besut dan Setiu pagi tadi.
Seorang pemungut telur penyu menemui mayat kira-kira 6.30 pagi dengan kulit muka mayat merekah dan badannya membengkak kerana dipercayai hampir seminggu telah mati dan dibawa ombak ke pantai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata tiada dokumen pengenalan diri pada mayat yang dijangka berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun.
Mayat kini berada di bilik mayat Hospital Besut. Mereka yang kehilangan saudara mara diminta agar menghubungi polis. - Bernama
Related Articles
- Ahmad Razif Tinjau Operasi LPT 2
- Kelantan Bakal Guna NGO Sebagai Alat Kaut Untung Dari Mangsa Banjir?
- Sekretariat Pesona Promosi Terengganu Di Forum Pelancongan Terbesar Dunia
- KPDNKK bakal perkenalkan penyelarasan harga e-rokok
- Koma selepas dipatuk ular
- LPT 2 : MB Puji Tindakan Yang Diambil Tetapi Keselamatan Diri Mesti Di Utamakan
Labels:
Semasa
Post a Comment