Home » » Bapa Jadikan 2 anak Tiri OKU Sebagai Alat Pemuas Nafsu

Bapa Jadikan 2 anak Tiri OKU Sebagai Alat Pemuas Nafsu

Written By Unknown on Saturday, 14 March 2015 | 00:10


BESUT – Seorang mekanik tergamak menjadikan dua anak tirinya yang juga OKU kategori lembam sebagai pemuas nafsu serakah dalam satu kejadian di Kampung Seberang Limbongan, Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan suspek, 41, terbongkar apabila kedua beradik malang yang berusia 14 tahun dan 12 tahun mengambil keputusan ponteng sekolah untuk melarikan diri sebelum diselamatkan oleh seorang wanita, pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi adik lelaki mereka yang berusia 8 tahun yang ketika itu sedang menunggang basikal sebelum terserempak dengan seorang wanita tidak dikenali di bahu jalan, lebih kurang jam 9 pagi.
“Melihatkan gelagat ketiga-tiga beradik ini dalam keadaan mencurigakan, wanita tersebut kemudiannya menghampiri mereka sebelum bertanyakan hendak ke mana.
“Salah seorang daripada kanak-kanak itu terus meminta tolong agar dapat menghantar mereka bertiga ke balai polis kerana mendakwa tidak tahan didera oleh ayah tiri mereka,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Wan Abd Aziz berkata, terkejut mendengar dakwaan tersebut, wanita berkenaan terus membawa mereka ke Balai Polis Kampung Raja, Besut, untuk membuat laporan sebelum mereka dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan bagi mendapatkan rawatan susulan.
Jelas beliau, laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan lama pada kedua-dua mangsa dirogol, bagaimanapun tiada sebarang tanda kecederaan fizikal pada ketiga-tiga beradik berkenaan.
Katanya lagi, ibu kepada ketiga-tiga beradik itu mendakwa langsung tidak mengetahui tragedi yang berlaku ke atas anaknya itu yang turut mengalami masalah pembelajaran.
“Dia yang bekerja di sebuah chalet di Kampung Raja, Besut, mendakwa pada hari kejadian (kelmarin), dia hanya mengetahui yang anaknya itu tidak hadir ke sekolah setelah dimaklumkan oleh pihak sekolah.
“Sebaik dimaklumkan anaknya tidak ke sekolah, si ibu mendakwa terus pergi mencari anaknya itu sebelum terserempak dengan pihak polis yang memberitahu anak-anaknya berada di balai polis,” katanya.
Wan Abd Aziz berkata, suspek yang berkahwin dengan ibu kepada ketiga beradik ini pada 2011 kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, lapor Sinar Harian.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger