Home »
Berita Semasa
» Dicekup dalam semak
Dicekup dalam semak
Written By Unknown on Monday, 30 March 2015 | 17:59
Lumut – Seorang wanita warga Thailand yang bekerja di sebuah restoran lari lintang-pukang menuju ke hutan berhampiran dan menyorok disebalik semak sebaik melihat penguat kuasa Jabatan
Imigresen menjalankan Ops Selera di sekitar pekan Lumut, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, wanita berusia 20-an itu bagaimanapun berjaya dikesan anggota Imigresen dan ditahan.
Wanita terbabit antara tujuh pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi selama lebih tiga jam itu.
Ketua Imigresen Lumut Nor Azman Ibrahim berkata, dalam serbuan membabitkan dua pegawai dan 15 anggota Imigresen itu, pihaknya menahan tujuh warga Thailand berusia 20 hingga 30 tahun.
“Warga asing yang ditahan terdiri daripada tiga wanita dan empat lelaki warga Thailand.
“Semua mereka didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang masak dan pembantu kedai makan. Berdasarkan siasatan lanjut, kesemua mereka sudah hampir dua tahun menetap di negara ini,” katanya.
Nor Azman berkata, kesemua warga asing terbabit dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, pihaknya akan mempergiatkan operasi seperti itu dan menumpukan perhatian kepada beberapa ‘kawasan panas’ terutamanya pusat hiburan kerana ada menerima aduan membabitkan masalah sosial hampir setiap hari, lapor Harian Metro.
Labels:
Berita Semasa
Post a Comment