Home »
Resepi Masakan
» Resepi kuey teow kungfu
Resepi kuey teow kungfu
Written By Unknown on Tuesday, 18 November 2014 | 02:27
Porsi : 1 orang
Bahan-bahan :
100 gm Kuey teow
1 biji Telur
Bahan Kuah :
1 biji Bawang putih - dicincang
3 biji Cili padi - diketuk
15 gm Isi ayam
3 ekor Udang
10 gm Lobak - dipotong panjang
1 batang Putik jagung
1 pokok Kailan
3 kuntun Kobis Bunga
3 sdb Sos tiram
3 sdb Tepung jagung
Garam
Lada sulah
Air secukupnya
Minyak
Langkah penyediaan :
Panaskan minyak atas api.
Pukul telur dan masukkan kuey teow dalam telur.
Goreng hingga garing dan angkat. Hidangkan dalam pinggan.
Untuk menyediakan kuah, tumis bawang putih dan cili padi. Masukkan ayam dan udang.
Kemudian, masukkan sayuran, sos tiram dan air secukupnya. Pastikan kuah cukup untuk 1 orang makan saja.
Perasakan dengan garam, lada sulah dan jus limau.
Bancuhkan tepung jagung dengan air. masukkan kedalam kuah yang mendidih hingga pekat.
Angkat dan tuang kuah atas kuey teow yang digoreng tadi . Hidangkan bersama bawang goreng dan daun ketumbar.
Labels:
Resepi Masakan
Post a Comment