Home »
Berita Semasa
» Punca pesawat MH192 berpatah balik
Punca pesawat MH192 berpatah balik
Written By Unknown on Sunday, 20 April 2014 | 17:27
KUALA LUMPUR - Roda kanan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ke Bangalore, India dikesan mengalami kerosakan ketika berlepas pada pukul 10.09 malam tadi.
Dalam satu kenyataan pada 1.35 tadi, MAS mengesahkan pesawat itu terpaksa melakukan pusingan balik ke KLIA dan dijangka akan melakukan pendaratan cemas sekitar pukul 2 pagi ini.
Penerbangan MH192 yang menggunakan pesawat Boeing B737-800 sepatutnya dijadualkan mendarat di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama.
Pesawat itu membawa 166 penumpang termasuk tujuh krew.
“MAS kini sedang bekerjasama dengan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) sebagai langkah berjaga-jaga ketika pesawat itu mendarat kelak.
“Kami akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa berhubung situasi ini,” kata kenyataan itu lagi, lapor Utusan.
Labels:
Berita Semasa
Post a Comment