Home » » JANGAN SIASAT KES - NAIB PRESIDEN PKR BERI AMARAN KEPADA @PDRMsia .. @Zahid_Hamidi

JANGAN SIASAT KES - NAIB PRESIDEN PKR BERI AMARAN KEPADA @PDRMsia .. @Zahid_Hamidi

Written By Unknown on Monday 21 April 2014 | 07:32


1. Isunya ialah laporan polis yang dibuat NGO terhadap Naib Presiden KEADILAN, N Surendran  yang mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman negara terhadap kes  liwat Anwar Ibrahim.
2. Dengan bongkaknya, N. Surendran telah memberi amaran kepada pihak polis :
“Saya nak bagi amaran, Polis perlu profesional dalam menilai kes. Jangan siasat kes yang remeh seperti ini,” tegasnya.

3. Remeh bagi N.Surendran tetapi tidak kepada mereka yang melihat institusi kehakiman sebagai satu institusi yang patut dipertahankan.

4. Surendran menuduh mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau sebagai jahil padahal, adalah hak rakyat Malaysia untuk tampil ke hadapan apabila institusi kehakiman diperlekehkan oleh sesiapa yang sahaja yang bersikap biadap.
“Walau berjuta-juta laporan polis dibuat, saya tetap dengan pendirian saya dan kita ada hak untuk kritik mahkamah dan saya akan secara lantang kritik seperti yang saya lakukan ini.
“Mereka jahil dan tidak faham bahawa kita ada hak untuk mengkritik kehakiman,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.
Beliau berkata demikian merujuk tindakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong, Pulau Pinang Gerakan Rakyat Marhaen (Geram) yang membuat laporan polis terhadap Surendran. seterusnya
5. Surendran mendakwa kononnya kesimpulan yang diputus tiga hakim bertentangan dengan semua prinsip undang-undang berkaitan rantaian bukti, dan bercanggah dengan semua ‘common sense’. Semua 'common sense'?

6. Come on N.Surendran. Jika ya pun mahu mempertahankan boss sendiri, Anwar Ibrahim, janganlah membuat kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti diri sendiri.

7. Jawapannya mudah. Sila baca analisis ini : Klik Sini

8. Mungkin N.Surendran berfikiran rakyat terlalu bodoh dan percaya bulat-bulat kepada kenyataan beliau itu?

9. Inikah sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang yang perlu disokong oleh rakyat?

10. Atau pun N.Surendran lantang kerana inginkan publisiti murahan menjelang pemilihan kepimpinan PKR tidak lama lagi?

11. Dan apakah respons pihak polis terhadap amaran ahli politik PKR ini dan juga respons institusi kehakiman?

12. Anda baca tembelang Pakatan Pembangkang ini : Klik Sini
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger