Home » » HUDUD : SIAPA YANG MENIPU SIAPA.....

HUDUD : SIAPA YANG MENIPU SIAPA.....

Written By Unknown on Tuesday, 29 April 2014 | 07:05


Biarpun telah beberapa tahun berlalu dan berjaya memenangi beberapa negeri dalam dua pilihanraya umum berturut-turut, pakatan pembangkang itu masih gagal mencari kata putus dalam isu hudud.
Hari ini, PAS cuba menegaskan lagi yang kononnya DAP dan PKR tidak pernah menghalang hudud tetapi DAP pula menafikan yang parti itu atau PR, pernah menerima hudud.



Perbalahan dan tuding menuding jari ini memperlihatkan kelemahan kepimpinan Ketua Pembangkang, sekali gus masalah hierarki kepimpinan yang tidak jelas dalam Pakatan Rakyat. Semakin hangat isu hudud, semakin terserlahlah kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Difahamkan Ketua Pembangkang telah menegaskan berkali-kali bahawa hudud tiada dalam prinsip pentadbiran PR, yakni, PKR serta DAP tidak pernah menerima hudud.
Walaubagaimanapun, suara Ketua Pembangkang nampaknya tidak laku di kalangan parti PAS yang berdegil ingin melaksanakan hudud. Malah, dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Kelantan, Dato’ Hassan Mahmood juga yakin yang DAP akan menerima hudud setelah mendapat penjelasan mengenainya di dalam program Penerangan Hudud pada 30 April nanti.
Pelik, walaupun jenuh berpeluh pemimpin DAP bersongkok, bertudung dan masuk ke surau untuk mengambil hati umat Islam selama ini, tetapi tiada usaha langsung dari PAS untuk menjelaskan mengenai hudud kepada mereka. Akhirnya, setelah bertahun-tahun ‘tidur bersama’, PAS hanya akan menjelaskan kepada DAP mengenai hudud pada hujung bulan ini, iaitu setelah ia diputuskan untuk dibentangkan ke parlimen.
Kita sedia maklum bahawa DAP tidak mungkin akan menerima hudud, begitu juga PKR. Kita juga sedia maklum bahawa PAS tidak mungkin mampu memberi penjelasan yang memuaskan mengenai hudud kerana tiada garis panduan mahupun rujukan perlaksanaan yang sempurna untuk dijadikan contoh.
Enakmen hudud 1993 yang dibentangkan PAS sebelum ini juga penuh dengan kelemahan dan kecacatan sehingga memaksa ia ditolak oleh kerajaan pusat. Di tambah dengan masalah polarisasi kaum di Malaysia, maka tentulah lebih sukar lagi untuk melaksanakannya kerana secara dasarnya, bukan Islam tidak boleh dikecualikan dari hudud atau ia akan menyebabkan ketidakadilan yang jelas dalam masyarakat.
Hakikatnya, hukuman hudud ditafsir dan dilaksanakan secara berbeza di semua negara yang melaksanakannya.
Untuk memastikan Hudud yang dibentangkan itu lengkap dan sempurna, PAS memerlukan ‘input’ dari semua pihak termasuk polis dan pakar forensik bagi mencari titik konsistensi dari segi saksi dan bukti. Kita tidak mahu berlakunya ketidakadilan sekiranya pembuktian kesalahan melalui proses perundangan hudud bercanggah dengan bukti saintifik.
Justeru, bagi memastikan semua pihak berpuas hati dengan hudud PAS, parti itu harus mengemukakan penyelesaian yang bernas jika berlaku percanggahan sebegini. Malangnya, kita tidak yakin langsung yang PAS mampu menawarkan penjelasan yang dapat diterima oleh semua kerana PAS melihat hudud dari satu sudut sempit para ilmuan agama sahaja.
PAS boleh terus berbohong kepada rakyat kononnya DAP akan, atau sudah berpuas hati serta menerima perlaksanaan hudud. PAS boleh berbohong kepada Anwar konon mereka menghormati Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun mereka langsung tidak menghiraukan arahan beliau. PAS juga boleh berbohong kepada diri sendiri kononnya UMNO sengaja ingin memecahbelahkan PR melalui hudud walaupun PAS yang membangkitkan isu ini.
Apa yang pasti, PAS telah membohongi salah satu pihak, sama ada rakyat, atau rakan sekutunya, ataupun diri sendiri.
Namun, PAS lupa bahawa ia tidak boleh berbohong kepada Allah SWT. Allah SWT melihat semua yang PAS lakukan dan katakan dalam mesyuarat bersama DAP dan PKR mahupun di pentas-pentas ceramah. Allah SWT tahu siapa yang berbohong mengenai hudud kepada rakyat Malaysia, sama ada si kafir harbi DAP, atau para Ulama PAS sendiri - ISUHOT.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger